Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Peduli apa ETP dgn pelaburan RM170b. Harga ikan tetap naik 30%

"Cakap macam bagus. Cakap macam Malaysia adalah negara kaya-raya dengan pelaburan terkumpul sehingga RM170.28 bilion. Cakap macam 362,396 kerja baru disediakan (Baca sini). Tetapi, rakyat tetap hidup sakit dengan inflasi yang bertambah naik.




Baru-baru ini, harga ikan pula naik melonjak 30% di pasar basah. Apa kes? Semuanya sebab harga diesel naik 38sen seliter. Mana tak mengamuk nelayan C2. Memang patut mereka mogok. Cuba bayang, petrol RON95, naik 38 sen, jadi RM2.28 seliter. Mahu tak terduduk kita dibuatnya.

PM Najib hendak kata apa tentang ETP katalah apa pun. Yang bertambah kaya dengan Transformasi Ekonomi bukannya rakyat marhaen macam kita ini, tetapi yang kayanya tokey-tokey besar kompeni besar. Sebab yang membuat program ini pun semuanya jenis kapitalis. Pembuat dasar kapitalis, yang memikir untuk perlaksanaan dasar berkepala kapitalis dan melaburkan duit pun kapitalis juga. Jadi, orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin.

Rakyat dapat apa dengan ekonomi 'boom' jika pelaburan ini terjadi? Dapat kerja? Bagi yang menganggur, seronoklah, tetapi, berapa gaji dia dapat? Gaji dia itu dapatkah menampung kos kehidupan yang bertambah mahal? Yang pasti, hidup pekerja kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Entah-entah malam pun kena kais juga untuk tampung makan pagi, jual burger dari jam 7 hingga larut malam. Itupun harga burger dah naik.

Najib ingat, kita semua rakyat marhaen suka sangat ke kome semua berceloteh dengan pelaburan berbilion-bilion ini? Kami menyampahlah. Sebab kami tahu, yang kaya raya, semuanya kroni, yang jutawan-jutawan, semuanya kroni, bukan takat kroni, malah orang yang sama bertambah kaya dan kaya. Kami rakyat marhaen pula, bertambah susut dan susut RM sebab hendak beli susu anak Dutchlady pun dah naik harga 10%. Haram punya umno. Padan muka Melay

Tiada ulasan: