Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 27 Jun 2011

Manusia Robot : Teknologi Yang Mengancam Umat Islam (Bahagian 2)

Perkembangan penyelidikan human-robot
Usaha Yahudi Zionis di dalam melahirkan biologi manusia yang di luar kemampuan manusia biasa sudah lama dijalankan. Usaha ini telah direalisasikan dengan penubuhan Future Humanity of Institute di bawah Fakulti Falsafah, Universiti Oxford.
Di bawah FHI, terdapat lima projek penyelidikan utama dan salah satunya ialah projek Global Catastrophic Risks (GCR) yang dipimpin sendiri oleh pengarah FHI iaitu Dr. Nick Bostrom. Projek GCR ini menetapkan dua persoalan misinya tentang manusia;
  1. Apakah ancaman terbesar terhadap ketamadunan dunia dan kehidupan manusia?
  2. Mampukah spesis manusia bertahan pada era abad ke-21?
Dua persoalan di atas dijadikan misi untuk FHI berdiri kukuh di tengah-tengah kesibukan Univerisiti Oxford. Misi ini sudah pasti lebih bertumpu ke arah menyelongkar biologi manusia dan mencari kelemahan-kelemahan ciptaan tuhan. Atau dalam erti kata lain FHI cuba mengetengahkan idea bahawa ciptaan tuhan itu lemah dan perlu diperbaharui dengan teknologi ciptaan manusia.
Institut yang ditubuhkan pada 2005 ini telah pun melangsungkan 9 seminar pembentangan kertas kerja dan yang terbaru akan sedang berlangsung pada bulan Julai 2009 ini.
james_huges
(Gambar) Dr. James Huges sewaktu membentang kertas kerja bertajuk ”Strengthening Transnational Governance to Mitigate Risks” di seminar GCR pada 14 Nov 2008 lalu.
Di antara 9 seminar yang telah dijalannkan, terdapat 2 aturcara yang paling menimbulkan syak kebanyakan penyiasat konspirasi barat, iaitu:
  1. Persidangan Global Catastrophic Risks (17-20 Julai 2008)
  2. Policy Foresight and Global Catastrophic Risks Workshop (21 Julai 2008)
Persidangan Global Catastrophic Risks (17-20 Julai 2008)
Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr. Nick Bostrom ini memfokuskan isu terhadap usaha-usaha menggabungkan teknologi nano robot ke dalam sistem biologi manusia. Lihat artikel bahagian 1.
Policy Foresight and Global Catastrophic Risks Workshop (21 Julai 2008)
Bengkel sehari yang dikelolakan oleh Sir Crispin Tickell ini membincangkan bagaimana membentuk persefahaman antara ahli akademik dan perancang-perancang dasar kerajaan agar setiap tindakan kerajaan akan mengambil kira pandangan ahli akademik khususnya dalam mendidik masyarakat menghadapi bencana global.
Amat menghairankan, hanya apabila peserta seminar membincangkan tentang“pengubahsuaian sistem biologi manusia” barulah cadangan tersebut akan dikemukakan kepada kerajaan.
Sekiranya cip-cip nano robot yang akan dipasang di dalam organ manusia telah dicipta, persoalannya adakah ia akan dipromosikan kepada semua negara atau bangsa tanpa mengira warna kulit?
Setakat hari ini, tiada langsung perbincangan di peringkat antarabangsa mahupun seminar-seminar prestij berkaitan sains yang menyebut penggunaannya terhadap bangsa lain. Yang disebut hanyalah ungkapan ‘kegunaan manusia’. Jika ada pun hasrat menyebarkan teknologi untuk diguna bangsa lain, kemungkinan kemampuan teknologi itu dikurangkan agar tidak setanding teknologi asal yang dicipta.
Jangkaan Kewujudan Sistem Kasta Pada Masa Depan
Apabila kita menujah isu ini di dalam ruang ilmu konspirasi, kita dapat menjangka bahawa Dajjal kelak mahu membahagikan manusia ini terpecah kepada dua kelompok. Kelompok pertama, adalah kelompok manusia yang mempunyai kepintaran dan kemampuan biologi di luar batasan manusia normal. Manakala kelompok kedua, adalah golongan manusia biasa tanpa pelengkap teknologi di dalam sistem biologi.
Kewujudan ini dijangka akan berlaku kerana penyelidikan dan hasil kajian-kajian terhadap teknologi ini bukan lagi di peringkat perancangan atau draf, ianya sudah dalam proses pembangunan. Usaha ini bolehlah disifatkan sebagai perancangan Illuminati untuk meluaskan lagi jurang antara masyarakat miskin dan masyarakat kaya.
Teknologi yang bakal memecah-belahkan umat Islam
Untuk mendapatkan kemampuan ‘luar biasa’ yang diperkenalkan teknologi ini, nano robot ini perlu dimasukkan dan digabungkan dengan sistem biologi badan. Selepas dimasukkan, ia akan menjadi kekal atau menjadi sebahagian dari anggota badan manusia.
Di dalam Islam, memasukkan sebarang bendasing dalam badan bagi tujuan memperelokkan fizikal sedia ada adalah haram. Ia umpama memakai gigi palsu (emas/perak), mewarnakan kuku, mewarnakan rambut, memasukkan susuk kecantikan dan sebagainya dengan tujuan melunaskan hasrat ingin kepada kepuasan nafsu.
Jika situasi ini benar-benar berlaku, kemungkinan akan wujud dua kelompok ulama’ yang mana salah satunya berfatwa bersetuju membenarkan penggunaan bendasing (nano robot) ini dengan alasan atas kebaikan manusia atau mengelakkan dari ketinggalan kemampuan berbanding bangsa lain. Manakala satu kelompok ulama lagi mungkin dilabelkan konservatif kerana melarang memasukkan bendasing dengan sengaja.
Sesungguhnya, keadaan huru-hara (fitnah) ini boleh menyebabkan kelompok ulama’ Islam kembali terpecah dua seperti zaman penjajahan dahulu.
Misalnya, pada zaman penjajahan dahulu, ulama terbahagi kepada Kaum Muda dan Kaum Tua.
Golongan agama Kaum Muda memperjuangkan kemerdekaan berasaskan perjuangan nasionalis (kebangsaan). Mereka juga berpendapat idea dan falsafah barat patut diterapkan agar bangsa Melayu setanding dengan bangsa lain. Manakala golongan ulama’ Kaum Tua pula seperti Tok Kenali, Tok Janggut, memperjuangkan kemerdekaan berasaskan Islam. Mereka pula memperjuangkan sistem pondok lama.
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara ; Dia meridhoi kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah”
[HR Muslim : 3236]
Kini, jelas terbukti perjuangan Kaum Tua teramat benar. Walaupun negara Islam banyak yang merdeka tetapi kemerdekaan itu sebenarnya hanya pada buku-buku sejarah, realitinya sistem politik, ekonomi dan sosio-budaya telah dikuasai sepenuhnya negara-negara barat yang dikuasai Illuminati.
 
(Kiri) Syed Al-Hadi, pelopor Kaum Muda (Kanan) Tok Kenali, pelopor Kaum Tua.
Selain itu, walaupun kedua-duanya (Kaum Muda dan Kaum Tua) kelihatan mempunyai objektif yang murni, tetapi kewujudkan dua kelompok ini telah berjaya dari segi perancangan Illuminati untuk memecahkan pemikiran masa depan umat Islam.
Na’uzubillahiminzaalik….

Tiada ulasan: