Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 4 Jun 2011

Indonesia mampu turunkan harga minyak, Kenapa Malaysia tidak ?

Saya suka untuk mengulas tindakan PT Pertamina Indonesia semacam Petronas di Malaysia yang mengambil tindakan untuk kali kedua kelmarin dalam tempoh seminggu

Sedangkan pada isnin lepas Pertamina baru saja menurunkan harga minyak yang terdiri dari Pertamax/Bio Pertamax, Pertamax Plus, dan Pertamina Dex ini. Penurunan itu semacam menjadi satu persaingan bila dua syarikat saingan Pertamina iaitu Shell dan PT Total Oil Indonesia turut menurunkan harga minyak jenis yang sama pada hari Selasa lepas 

Penurunan itu adalah antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam Ringgit Malaysia antara RM 0.07 hingga RM 0.21.

Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu bagi saya merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyatat di Malaysia bahawa kerajaan sepatutnya memikirkan untuk menurunkan harga minyak.

Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang.

Dimanakah pemimpin UMNO dan BN yang sering mengatakan ekonomi Malaysia yang lebih baik dari Indonesia sedangkan dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu mebela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

Kalaupun pernah dilakukan oleh PM Pak Lah sebelum ini, kenapa juga PM Najib tidak mampu melakukannya?

Realitinya pemim[pin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga.

Penurunan harga minyak sangat berkaitan dengan langkah jimat cermat sebuah kerajaan dalam berbelanja dan langkah membenteras rasuah khususnya dalam batang tubuh syarikat pengendali minyak negara Petronas.

Bayangkan sekiranya semua kos yang berkaitan dengan Petronas sangat mahal harganya
dan dikaitkan dengan kepentingan kroni dan rasuah menyebabkan Petronas menjadi tempat pihak tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi sedangkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kos berganda itu dengan harga minyak yang mahal.

Contohnya sebuah stesen minyak yang ingin dibina di sebuah tanah kampung yang terpencil yang sangat murah harganya akan digandakan harga tanah itu sehingga lebih 10 kali ganda. Keaadan ini menyebabkan menyebabkan kos berganda termasuk lah dalam semua urusan lain yang berkaitan dengan Petronas sehingga mengheret rakyat untuk membayar lebih bagi setiap liter minyak.

Saya yakin sekiranya semua langkah dilakukan dalam menyusun kembali pengendalian urusan Petronas termasuk wang hasil negara itu diauditkan maka sesuatu yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak akan menjadi kenyataan.

Apapun rakyat mesti memastikan dahulu dalam PRU ke 13 akan BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

Kenyataan Media..

3 ulasan:

sha berkata...

bila la harga minyak nak turun ni?

tikin berkata...

tu la..bile entah hrga mnyak nk trun...asyik2 naik jer..adoi.=.="

duabedo berkata...

indonesia gitu loh........ hehhe