Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Kisah Seks di Malaysia - Diam

Seks dan Malaysia sudah menjadi sinonim kebelakangan ini. Isu ini menjadi perkara terpenting untuk tahun ini sahaja. Apakah agaknya bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia dan apakah kesudahannya akan menjadi persoalan yang rumit untuk dirungkaikan.

Pendedahan video seks oleh Datuk T sebelum piliharaya Sarawak menjadi fenomena yang besar bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mengatakannya palsu tetapi tidak kurang mengatakannya tulen.


Namun menjadi persoalannya kenapa kerajaan membakul sampahkan kes ini dan tidak dibawa ke makamah Syariah seperti diminta oleh tertuduh. Adakah Makamah ini tidak cukup undang-undang untuk mendakwa tertuduh atau pendakwa?
Perkara yang memburukkan lagi ialah dengan tersebarnya video tersebut di internet.  TV3 pula mengambil peluang daripada penyebaran tersebut dengan menayangkannya di Buletin Utama. Apakah tindakan kerajaan? Diam. Bagaikan tidak ada undang-undang di tanah melayu ini.
Kelemahan kerajaan telah mendorong pula video clip berunsur lucah diterbitkan. Kononnya ianya adalah untuk export keluar negara tetapi sejauh manakah kebenaranya? Penerbit video tersebut iaitu Gambit saifullah dikecam hebat di internet kerana tidak memikirkan unsur video tersebut amat sensitif di Malaysia. Namun sekali lagi persoalannya, adakah kerajaan sensitif? Diam. Bagaikan mengalakkan penerbitan video tersebut.
Lain pula cerita pendedahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Perempuan ini dikenali sebagai Adinda Evans mengaku sudah kehilangan dara di blognya. Maka ramailah mengutuk remajanya ini kerana pendedahan tersebut. Namun remaja tersebut menjawab kutukannya dengan mempersoalkan kegiatan GRO, Bohsia serta remaja seusianya di Bukit Bintang yang kehilangan dara tidak sama mendapat kutukan sepertinya. Kerajaan? Diam. Bagaikan merestui perbuatan remaja ini.
Perkara yang lebih menyayat hati adalah kes buang bayi dari tingkat 5. Di mana? Malaysia. Si pelaku ini cukup kejam. Tidak terfikir dek akal apakah yang mendorongnya melakukan perkara terkutuk tersebut. Walhal masih ramai lagi yang sanggup untuk menjaga bayi tersebut daripada mensia-siakannya. Diam. Siapa? Kerajaan. Bagaikan menghalalkan perbuatan tersebut.
Semua ini adalah berkaitan dengan seks. Adakah ini bala? Inilah kesan domino dengan seks. Bermula dengan tayangan video berjangkit kepada remaja dan berakhir dengan pembuangan bayi. Adakah anda berdiam diri

4 ulasan:

e y r a . t a j u d d i n berkata...

manusia.... malaysia... mudah lupa.

bersama kak Es berkata...

setiap hari mesti ada kisah macam ni di peringkat bawahan. Tak pelik sebab pimpinan pun mcm tu..

sangat setia berkata...

al insanu nisyan :)

Balqis Nazid berkata...

erm..bosan dengar berita yang sama cuma cerita yang berbeza