Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

Transfomasi selak kain!



Assalamualaikum,, Persidangan parti yang mendominasi kerajaan sudah berlalu. Persidangan kali ini ditayangkan keseluruh negara oleh kesemua stesen tv dan akhbar pengampunya.Banyak yang boleh didengar dan dilihat sepanjang persidangan tetapi tidak ada satupun lontaran idea yang bernas yang dilaungkan oleh kesemua perwakilan serta presiden dan timbalan presidennya tentang rancangan transfomasi yang dicanangkan oleh kerajaan menerusi PM Najib.

Yang ada hanyalah kata kata budak budak kecil termasuk ugutan selak kain ketua wanitanya yang mengingatkan kita kepada kisah dulu dulu bila dua orang wanita tua bergaduh yang berakhir dengan kain diselak bagi membuktikan kebenaran satu satu pihak.Ketua wanitanya nampaknya sudah mahu kembali ke zaman jahiliyah dengan ugutan raja  lawak sebegini.

Jadi tidak keterlaluan kalau dikatakan transfomasi yang dicanangkan Najib hanyalah satu bentuk transfomasi selak kain yang mengajak umat melayu kembali ke zaman jahiliyah.Rakyat yang mahu mendengar satu perubahan drastik yang diumumkan di persidangan parti pembela melayu terbesar itu akhirnya kecewa kerana bukan perubahan yang dinanti nantikan yang dibicarakan secara mendalam tetapi tuduhan dan kutukan yang tidak diperlukan terhadap parti lawan yang menjadi bahan utama persidangan.
Untuk apa tuduhan dan kutukan yang tidak diperlukan ini?Sepatutnya sebagai parti yang memegang kuasa, UMNO sudah mampu mengumumkan satu pelan transfomasi menyeluruh bagi dinilai oleh rakyat.Pelan bagaimana mahu meringankan beban rakyat menerusi rancangan menurunkan harga minyak umpamanya, atau rancangan menyediakan rancangan pendidikan percuma yang lebih berkesan kepada anak anak generasi negara sebagai lanjutan sumbangan RM100-00 yang baru diberikan kerajaan.Serta satu rancangan induk untuk kembali kepada had atau hudud ALLAH sebagai langkah penting bagi mengatasi keruntuhan moral anak bangsa.Tetapi perkara ini tidak disentuh langsung selain ada perwakilan yang menyentuh tentang pemimpin beriman secara umum sebaliknya tuduhan tuduhan kesat setaraf maki hamun yang dihamburkan kepada pemimpin parti lawan.
Selama ini UMNO sering menuduh parti lawan menggunakan maki hamun terhadap pemimpinnya, tetapi dalam persidangan kali ini maki hamun dihamburkan kepada pemimpin parti lawan dan disiarkan ke seluruh negara.Usaha membuka kedai 1Malaysia dijadikan hujah yang kuat oleh UMNO sebagai usaha meringankan beban rakyat tetapi UMNO lupa bahawa rakyat yang menggunakan kedai 1Malaysia ini bukanlah robot, tetapi rakyat yang berakal yang boleh menilai sejauh mana kedai 1Malaysia meringankan beban mereka.
Minyak langsung tidak disentuh oleh perwakilan UMNO.Minyak yang dikorek di laut negara mendatangkan hasil yang lumayan tetapi kemana hasil yang lumayan ini pergi?Ahli UMNO dari semua peringkat langsung tidak mahu menyentuh bab ini seolah olah ianya bab yang terlarang.Bagaimana hasil minyak yang lumayan ini dapat digunakan untuk menafaat rakyat juga tidak diusik, sebaliknya menuduh DAP sebagai rasist menjadi kalimah yang utama di sepanjang persidangan kali ini.
Mendakwa melayu akan hina kalau UMNO kalah juga menjadi ungkapan yang amat popular di kalangan pemimpin dan ahli UMNO tetapi bagaimana keadaan melayu yang sudahpun hina di setengah tempat yang berpunca dari kerja tangan UMNO tidak pula disebut.Begitu juga rancangan untuk meningkatkan taraf hidup melayu tidak lansung dibincangkan dan sudah tentu bajet 2012 yang sudah diluluskan yang memperuntukkan RM500-00 kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3K menjadi hujah kepada pemimpin dan ahli UMNO untuk mengatakan kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat.Apakah RM500-00 ini merupakan yang terbaik dilakukan kerajaan? Kalau ini yang terbaik maka kerajaan sebenarnya sudah gagal bak kata Bung Mokhtar dalam satu sessi perbahasan parlimen tidak lama dulu, bahawa apa yang patut diberi kepada rakyat ialah kail supaya rakyat boleh mencari ikan, bukannya ikan.
Tetapi UMNO kini sudah kehabisan idea untuk membantu rakyat, yang ada dalam kepala pemimpin dan ahlinya  hanyalah maki hamun kepada pemimpin parti lawan sehingga sedikit hari lagi, pemimpin UMNO dari kalangan wanita bakal menjadikan alasan selak kain untuk membuktikan mereka tidak bersalah walaupun bukti bukti diperincikan di depan mata mereka.
Akhirnya Transfomasi Najib juga bakal diikuti dengan selak kain dan jadilah transfomasi selak kain UMNO pemusnah melayu.