Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 Disember 2011

Penyambung lidah musuh



k saraf adalah elemen yang sangat penting dalam menghadapi sesuatu peristiwa. Kebiasaannya elemen ini adalah sentuhan halus para pemikir kepada sesuatu  agenda.Jika pada kelompok baik eloklah kegunaannya tapi jika digunakan oleh mereka yang memusuhi gerakan Islam maka punahlah jadinya. Ianya seakan akar tuba yang meresapi aliran sungai , jika kena  arus dan cukup ‘racunnya’ maka cepatlah Si Haloba meraih untungnya.Adapun dalam politik unsur ini sukar dikesan dan disedari waima oleh mereka yang mengaku pejuang tulen sekalipun.Ada yang terlalu mudah terbawa-bawa dengan percakapan atau perbuatan.
Ada juga isu yang sengaja dibangkitkan oleh mana-mana individu yang zahirnya nampak baik namun sebenarnya racun kepada perjuangan. Di sinilah kebijaksanaan pertimbangan politik dan Fiqh Aulawwiyat menjadi penanda aras kepada  tindakan seseorang.

Isu yang paling mudah ialah isu pencalonan Dr Hassan Ali yang sengaja diperbesar supaya enak diperbincangkan oleh ahli Pas sendiri yang mana akhirnya boleh membuahkan benih-benih perpecahan di kalangan ahli . Jawapan yang paling bijak Oleh Dato’ Seri Presiden tempohari pun seakan tidak boleh menghentikan pertikaian ini. Presiden telah menunjukkan akhlak contoh yang baik dengan mengatakan perkara ini belum diputuskan diperingkat pusat demi menjaga kerukunan jemaah namun masih ramai yang  seronok menjadi penyambung lidah musuh. Musuh kepada perjuangan Islam!.
Pedulikan kesukaan atau kedinginan kita kepada mana-mana pimpinan. Selagi berbaiah sebagai ahli gerakan Islam maka adab sebagai seorang da’i perlu dijaga. Jika kita tahu keburukan orang barangkali orang lain lebih tahu keburukan kita cuma memilih untuk berdiam kerana beradab.
Membahaskan isu-isu dalaman yang tidak boleh membawa kebaikkan kepada parti adalah satu tindakan yang paling tidak cerdik. Bukan sekadar mulut ke mulut malah hingga ke akhbar dan media baru. Pihak musuhlah akan oportunis meniup bara supaya menyala menjadi api perpecahan. Setiap ahli Pas perlu ada ‘sensor’ tarbiyyah untuk mengesan  isu manakah yang perlu diketengahkan dan isu manakah yang perlu diabaikan. Berfikirlah sebelum bercakap walaupun sebenarnya banyak perkara yang ingin kita perkatakan.