Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 23 Disember 2011

Dua golongan mahasiswa, satu yang cergas dan satu lagi macam lembu Fidlot NFC

Dua demo pelajar yang berlaku dalam bulan ini menunjukkan dua tahap kualiti yang dimiliki pelajar IPT sekarang ini. Satu dari golongan yang cergas menuntut keadilan, kebebasan serta ruang untuk melahirkan pandangan dan keyakinan mereka. Satu golongan lagi  macam lembu belaan NFC kerana gagal menjustifikasikan tindakan mereka malah secara jelas melakukan sesuatu yang disuruh oleh tuannya tak ubah seperti lembu Fidlot belaan NFC yang dicucuk hidung.
Perhatikan demo yang pertama, pelajar berarak ke SUHAKAM dan kemudian ke PWTC untuk menyerahkan memorandum tuntutan kebebasan mereka kepada Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Saifudin Abdullah. Sementara satu lagi demo dianjurkan oleh pelajar yang membuat tuntutan budak tadika, menuntut Saifudin meletak jawatan seolah-olah beliau sudah melakukan jenayah besar kerana menghormati pelajar yang berdemo di PWTC.
Sebenarnya apa yang dituntut oleh kumpulan pelajar pertama sudah lama terpendam dan kemampuan mereka menyerahkan memorandum dan menaikkan bendera freedom seharusnya disokong oleh semua mahasiswa tak kira dari kem mana sekalipun. Itu logik dan rasionalnya, tetapi ada sekumpulan pelajar lembu Fidiot belaan NFC yang sudah dicucuk hidung tidak dapat bertindak dengan waras lagi lalu berhimpun di depan pejabat Saifudin menuntut Saifudin meletak jawatan. Apa punya bangang! sama bangang dengan abang ludah yang muncul dalam video tu!
Mana munasabah, mahasiswa berdemo kerana mahaisswa berdemo, sedangkan yang awal berdemo itu menuntut hak untuk semua termasuk yang berdemo kali kedua tu! Tidakkah bangang namanya walaupun yang dituntut itu ialah perletakan jawatan Saifudin tetapi sebabnya adalah kerana terlalu mesra dengan pelajar yang berdemo awal tu. Nak tulispun pening pasal demo pertama dan kedua ini sebab kedua duanya melibatkan mahasiswa.
Tetapi yang tidak munasabahnya itulah, demo kedua dibuat kerana demo pertama yang menuntut hak untuk semua termasuk pendemo kedua juga. Jadi apa kejadahnya pendemo kedua berdemo?
Lembu Fidiot belaan NFC!