Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 26 Disember 2011

Harga minyak naik ok, tapi turun bendera mampus!


mahasiswa anak muda


Assalamualaikum,,..
Apa nak jadi dengan penyokong UMNO ni?Tak mampu berfikir dengan rasional lagi?Ada ke patut budak Adam dimarahi dengan berbagai bagai ragam hanya kerana beliau turunkan bendera Najib selama 5 minit untuk menaikkan bendera kebebasannya.Pelik, macamlah turunkan bendera itu boleh bawa mati atau kebulur.Kalau kita tanya kenapa tidak boleh turunkan bendera, ada kalangan mereka menjawab perbuatan itu bertentangan dengan akhlak Islam, kalau pergi rumah orang mesti kena hormat, pandailah pulak cakap pasal ISLAM!Tapi apabila kita kata tindakan menaikan harga minyak yang terpaksa ditanggung rakyat lagi tidak berakhlak mengikut akhlak Islam, maka melentinglah mereka kerana katanya minyak terpaksa mengikut harga dunia yang sedang melambung tinggi.Tidakkah jawaban ini tidak berakhlak?Jawaban yang licik dengan menggunakan harga dunia tetapi menyembunyikan hasil lumayan yang disonglap UMNO dari khazanah minyak mentah negara?Berakhlak kah itu?

Malah tidak berakhlaknya pemimpin no 1 UMNO yang benderanya diturunkan Adam mewakili mahasiswa yang menuntut kebebasan bersuara menyebabkan rakyat sengsara,menderita dengan berbagai bagai penderitaan.Mahsiswa sendiri merasainya dengan PTPTN, rakyat jelata merasai dengan berbagai bagai keperitahan.

Tetapi apakah kesakitan dan penderitaan yang disebabkan Adam yang menurunkan bendera itu sehingga ia diugut, dimaki dan difitnah?Kenapa bendera itu yang dibesar besarkan tetapi kebebasan yang dituntut tidak begitu dilayan?Sedangkan itulah isu sebenarnya.Oleh itu kalau benarlah penyokong UMNO ini jenis orang berakhlak, hormati tuntutan Adam dan Mahasiswa, berikan kebebasan seperti mana kebebasan seorang manusia yang diberikan oleh ALLAH kepada mereka.Penyokong UMNO boleh menegur Adam kerana keterlanjuran menurunkan bendera Najib atas dasar menghormati rumah orang tetapi terguran haruslah teguran berhemat sesuai dengan tuntutan akhlak Islam seperti disebut itu.

Namun macam biasalah, orang UMNO selalunya pandai berkata kata pasal Islam tetapi tak tahu bagaimana nak membawa ISLAM dalam kehidupan mereka.Akhirnya menipu rakyat untuk menaikkan harga minyak menjadikan akhlak mereka mulia tetapi yang menurunkan bendera Najib tidak berakhlak dan tidak mengikut ajaran Islam(walaupun menolak hudud itu sebenarnya tidak mengikut ajaran Islam)