Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 Disember 2011

PM, TPM, Majoriti Menteri, Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penghulu & JKKK Se

Ke hulu dan ke hilir puak UMNO bertempik dan berceramah untuk memberitahu kepada orang Melayu kononya jika UMNO tumbang pada PRU13 nanti maka nasib orang Melayu musnah, negara akan tergadai dan hak-hak orang Melayu akan lenyap. 

Mereka ini umpama orang gila, seperti orang disampuk pelesit tanpa rasa malu dan tanpa maruah cuba meracuni pemikiran rakyat bahawa hanya UMNO sajalah tempat orang Melayu berlindung dan hanya UMNO sajalah yang mampu menjaga hak dan maruah orang Melayu, negara dan agama.

Bagi UMNO, parti selain UMNO tidak akan mampu. Mereka cuba menuding jari kepada DAP dan memberi berbagai gelaran kepada parti itu dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan yang telah terjalin itu dan untuk menarik orang Melayu supaya jangan menyokong parti itu.

Perlu kita sebagai orang Melayu melihat dengan hati terbuka, pemikiran yang matang akan segala tohmahan UMNO itu. Apakah selama ini, tanah rezab Melayu yang tergadai, hak-hak anak Melayu seperti biasiswa dan bantuan persekolahan dihapuskan, penduduk Melayu dihalau dan tanah mereka dirampas, peluang perniagaan untuk orang Melayu di nafikan (kecuali untuk puak-puak kroni) dan berbagai lagi itu dilakukan oleh DAP?
Mengapa apabila orang-orang Cina yang hidup mewah, kayaraya dengan perniagaan yang berkembang dijadikan isu oleh UMNO dengan menuduh kaum Cina menindas orang Melayu?

Mengapa mereka tidak melihat bagaimana kaum Cina boleh hidup senang sedangkan orang Melayu yang tinggal di tanah air sendiri majoritinya hidup miskin dan merempat?

Sedarkah wahai UMNO, sudah lebih 50 tahun kamu memerintah dengan Perdana Menteri dan Timbalanya dari kalangan Melayu UMNO. Menteri-Menteri di Pusat juga majoritinya orang Melayu UMNO. Menteri-Menteri Besar, Pegawai Daerah, JKKK semuanya dari kalangan Melayu UMNO, tetapi apa yang telah kamu buat untuk Melayu selama ini? Sepatutnya orang Melayu kini hidup selesa walaupun tidak semuanya kaya raya, tidak ada yang tinggal di rumah seperti reban ayam atau reban kambing, anank-anak mereka sepatutnya gembira ke sekolah atau ke menara gading kerana tiada masalah kewangan, semuanya punya tanah dan rumah milik sendiri malahan orang Melayu mengatasi semua kaum di negara ini dalam semua bidang. 

Tetapi apa yang berlaku? Angkara Melayu UMNO lah maka orang Melayu kini umpama rakyat kelas kedua atau ketiga, mereka umpama pendatang asing yang menumpang sambil mengemis untuk mencari rezeki. Mereka diusir dari tanah dan rumah mereka dan berbagai penindasan dan tekanan dilakukan oleh Melayu UMNO terhadap rakyat semata-mata untuk mengaut keuntungan hasil dari titikpeluh rakyat yang susah dan tidak berdaya.

Puak-puak Melayu UMNO berebut-rebut untuk mendapatkan projek-projek walaupun mereka tidak punya kelayakan. Mereka "alibabakan" projek atau menjual projek-projek tersebut untuk mendapatkan keuntungan atas angin kepada taukeh-taukeh Cina. Tetapi apabila taukeh-taukeh tadi berjaya dengan projek yang mereka beli itu dan menjadi kaya, maka puak Melayu UMNO ini jugalah yang mengutuk taukeh-taukeh Cina tadi kononya orang Cina merampas hak orang Melayu, orang Cina mengambil kesempatan untuk mengaut kekayaan dinegara ini tanpa Melayu UMNO ini sedar bahawa merekalah puncanya taukeh-taukeh Cina itu jadi kaya. Jadi mengapa perlu di persalahkan kepada orang Cina pula?

Tuduhan Melayu UMNO terhadap DAP, bolehkah UMNO perincikan apakah dan dimanakah penindasan yang telah dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu selama ini? Jika mereka memberi alasan yang DAP akan menindas Melayu jika Pakatan Rakyat berjaya ke Purtajaya, itu hanyalah andaian dan tuduhan tanpa bukti UMNO sahaja. Sedangkan kezaliman, penindasan, rompakan dan penipuan UMNO terhadap orang Melayu sudah terbukti dan berlaku dimana-mana sahaja tempat yang ada orang Melayu tinggal disitu. 

Dan semua ini akan terus berlaku selagi UMNO berkuasa.

Kalaulah kepimpinan negara dan negeri selama ini dipegang oleh Melayu UMNO tetapi mereka tak mampu untuk membela orang Melayu malahan berlaku zalim dan menindas pula, apakah lagi yang orang Melayu ingin harapkan dari Melayu UMNO ini? Butakah, pekahkak atau bisukah kamu wahai orang Melayu selama ini? Tidak kesihankah kamu kepada nasib dan masa depan anak-anak dan cucu serta zuriat-zuriat kamu yang akan datang nanti?

Siapakah yang bunuh orang Melayu Islam di Memali? Siapakah yang merampas hak dan menafikan peruntukan untuk negeri-negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu seperti Kelantan? Mengapakah negeri-negeri yang mengeluarkan minyak seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak majoritinya kehidupan rakyatnya miskin dan melarat? Adakah ini angkara DAP? Yang jelasnya, semuanya adalah angkara Melayu UMNO. 

Terlalu banyak kezaliman, penindasan dan penipuan yang telah dilakukan oleh Melayu UMNO terhadap orang Melayu termasuk menipu hak-hak orang Melayu yang tinggal di Felda-felda.

Kezaliman, penipuan dan penindasan UMNO terhadap orang Melayu telah terbukti sedangk tuduhan UMNO bahawa DAP anti Melayu dan akan menindas Melayu jika berkuasa kelak hanya omongan kosong UMNO tanpa bukti dan hanya fitnah semata-mata. Pulau Pinang kini diperintah oleh DAP adalah bukti yang nyata bahawa nasib orang Melayu lebih terbela, Islam lebih terjaga dan rakyat hidup selesa jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh Melayu UMNO.

Ingatlah! Tanpa UMNO, bangsa, agama dan negara akan lebih selamat sejahtera dari ancaman lanun dan perompak durjana, kerana mereka adalah pendusta antarabangsa dan juga pendusta agama.