Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 21 Mac 2011

ZAMAN BATU: SATU PEMBOHONGAN SEJARAH (4)

TINGGALAN MASYARAKAT PURBA YANG MENGAGUMKAN
Kesilapan konsep tentang evolusi sosio-budaya telah dikemukakan pada beberapa waktu yang berbeza oleh orang-orang seperti August Comte, Herbert Spencer dan Lewis Henry Morgan - dan kemudian digabungkan dengan teori Charles Darwin - menyatakan bahawa semua masyarakat berkembang daripada primitif ke arah peradaban yang lebih kompleks. Penipuan ini dibangunkan pada akhir kurun ke-19 dan pengaruhnya meningkat selepas Perang Dunia 1, disokong dengan asas yang kononnya 'saintifik' untuk rasisme, kolonialisme, dan gerakan eugenik yang kejam. Masyarakat di kawasan dunia yang berbeza dengan budaya, warna kulit dan ciri fizikal yang berlainan tertakluk kepada layanan yang tidak berperikemanusiaan hasil daripada praandaian yang tidak saintifik itu.

Today, alongside highly advanced civilizations, there are also rather backward ones. However, that some societies are more advanced technologically does not mean that they are more mentally or physically developed.
Ramai penulis dan pemikir seperti Adam Ferguson, John Millar dan Adam Smith menyatakan bahawa semua masyarakat berubah menerusi empat peringkat asas: memburu dan mengumpul, hidup di perkampungan dan berpindah-randah, pertanian dan akhirnya, perniagaan. Menurut evolusionis, orang primitif yang baru barubah daripada beruk hanya memburu dan mengumpul tumbuhan dan buah-buahan dengan alatan yang paling asas. Sementara kecerdikan dan kemampuan meningkat secara beransur-ansur, mereka mula menternak haiwan ragut seperti biri-biri dan lembu. Kepintaran dan keupayaan orang primitif seterusnya berkembang ke tahap di mana mereka mula melibatkan diri dalam bidang pertanian, dan akhirnya, terlibat dalam perniagaan dan pertukaran barangan.
Walau bagaimanapun, banyak penemuan terbaru dalam bidang arkeologi, antropologi, dan cabang sains yang lain telah menyangkal dakwaan asas kisah 'evolusi budaya dan sosial'. Semua ini tidak lain hanyalah percubaan materialis untuk menggambarkan perubahan manusia daripada binatang tidak berakal dan menanam mitos ini - yang kononnya atas dasar falsafah - bersandarkan sains.
Keupayaan manusia untuk hidup dengan berburu atau bertani tidak membuktikan bahawa mereka lebih mundur atau maju secara mental. Dengan kata lain, tiada masyarakat yang terlibat dengan perburuan disebabkan kemunduran dan secara mental lebih hampir kepada beruk. Mengusahakan bidang pertanian tidak bermakna sesebuah masyarakat itu telah menjarakkan diri mereka daripada kehidupan primitif. Tiada sebarang aktiviti masyarakat yang membayangkan bahawa penduduknya adalah keturunan hidupan yang lain. Di sepanjang proses yang kononnya evolusi, aktiviti-aktiviti seperti itu tidak melahirkan individu yang lebih maju dari segi kepintaran dan keupayaan. Banyak puak-puak yang secara teknologinya terkebelakang pada hari ini hanya memburu dan mengumpul, tetapi ini langsung tidak menunjukkan bahawa mereka bukan manusia. Begitu juga dengan kehidupan manusia puluhan ribu tahun akan datang, sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka ratusan ribu tahun lalu. Manusia terkemudian bukan primitif, dan manusia akan datang juga bukan spesis yang lebih maju.
That people survive through hunting or agriculture does not mean that they are any more advanced or backward in terms of their mental abilities. In other words, a society that survives through hunting does not do so because it is supposedly closely allied to the apes. Nor a society's engagement in agriculture means that it has moved a long way on from apes.

No such primitive creatures such as are shown in this drawing ever existed. This and similar images are the work of the imaginations of Darwinist scientists, and are of no scientific value.
Membina sejarah evolusi peradaban berdasarkan gaya hidup sesebuah masyarakat merupakan cara yang tidak saintifik. Perspektif sebegini semata-mata bergantung pada pelbagai tafsiran terhadap penemuan arkeologi yang berdasarkan prejudis saintis materialis, yang menganggap manusia yang menggunakan perkakasan batuan adalah manusia beruk yang mendengus, berjalan bongkok, dan bersifat binatang. Tetapi tiada tinggalan yang memberi maklumat tentang kapasiti mental mereka. Semua ini semata-mata andaian. Seperti mana yang telah dinyatakan, jika banyak contoh seni hari ini ditemui dalam 100,000 tahun akan datang dan jika manusia pada masa itu kekurangan maklumat, kemungkinan mereka juga akan menghasilkan tafsiran berbeza berkaitan kemanusiaan hari ini dan teknologi yang kita miliki.
Seperti yang telah ditunjukkan tadi, pandangan bahawa masyarakat berubah tidak berdasarkan kepada mana-mana bukti saintifik. Asas teori ini adalah kesilapan dan pendapat tidak saintifik bahawa manusia pada mulanya memiliki minda seperti beruk. William Howells, seorang ahli antropologi evolusionis di Universiti Harvard mengaku bahawa teori evolusi menimbulkan persoalan lain, bukan berkaitan dengan tubuh tetapi berkenaan sifat yang mempengaruhi falsafah, menentukan fakta saintifik yang lebih sukar. Howells menyatakan bahawa sifat tidak 'difosilkan' seperti mana tengkorak dan ianya tidak kekal seperti alatan batu. Maka, katanya, kita hanya ada sedikit petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku dalam sejarah purba. Beliau juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menguji hipotesis seperti itu.36
Baru-baru ini, majoriti saintis sosial telah mengaku tentang kesalahan dalam pandangan evolusionis, dan menyatakan teori evolusi sosial bertentangan dengan sains dalam perkara berikut:
  1. Ia hampir kepada diskriminasi etnik, membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza - contohnya, anggapan bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.
  2. Ia menganggap semua masyarakat berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi tujuan yang sama.
  3. Ia melihat masyarakat daripada kaca mata materialistik.
  4. Ia kebanyakannya bertentangan dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden - dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan. Ole kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.
Hal-hal di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan masyarakat daripada primitif kepada moden merupakan pendapat yang amat bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik. Teori ini berdasarkan tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi materialis. Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah mendedahkan kesilapan dalam pembohongan 'evolusi sejarah dan budaya'.
TINGGALAN PURBA MENYANGGAH EVOLUSI
Hasil penemuan dari tamadun purba telah menyangkal teori 'perkembangan daripada primitif kepada bertamadun'. Jika kita mengkaji perjalanan sejarah, jawapannya ialah manusia telah sentiasa menikmati daya kecerdasan dan kreativiti yang sama. Hasil kerja yang dibuat oleh manusia ratusan ribu tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan, sebenarnya mempunyai makna yang berbeza dengan dakwaan evolusionis. Sekiranya kita mengkaji jejak-jejak ini, akan didapati bahawa manusia dengan kebijaksanaan dan kebolehan mereka di semua zaman lampau telah membuat penemuan baru, mencapai tahap keperluan mereka dan membina tamadun.
Para utusan yang dihantar membantu mereka membangun dan berkembang dengan memulakan perubahan-perubahan baru. Mereka memiliki pengetahuan saintifik yang terperinci hasil inspirasi daripada Ilahi. Misalannya, Nabi Nuh (as) tahu teknologi pembuatan perahu, seperti mana yang kita fahami dari Al-Quran bahawa bahteranya dijana oleh kuasa stim (wallahualam):
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Surah al-Hud, ayat 40)
Dapur tersebut yang dikenali sebagai tannur, masih lagi digunakan hari ini di pelbagai kawasan. Ia berkaitan dengan ayat yang menyatakan bahawa dapur ini telah melimpahkan air. Maka, bahtera disediakan untuk belayar dengan tenaga janaan stim. Dalam komentarnya, Hamdi Yazir dari Elmali berkata bahawa bahtera tersebut “seakan kapal stim yang dijana oleh sebuah dapur”:
Tannur: Dinyatakan di dalam kamus sebagai dapur atau ketuhar tertutup. Perkataan 'fara' bermaksud mendidih dan menyembur dengan kuasa dan kesungguhan yang kuat. ... Dalam kata lain, ini membayangkan bahawa kapal tersebut tidak menggunakan layar, tetapi kapal api yang menggunakan tenaga janaan sebuah dapur.37
Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi juga telah dicapai sewaktu zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran menunjukkan bahawa kenderaan pengangkutan di zamannya juga sepantas kapal terbang: “Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba', ayat 12).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jarak yang jauh mampu dilalui dengan cepat. Ini merujuk kepada kenderaan udara yang menggunakan teknologi sama seperti yang digunakan hari ini (wallahualam). Tambahan pula, Al-Quran mencatatkan bahawa:
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah as-Saba', ayat 13)
Dalam erti kata lain, Nabi Sulaiman (as) menyebabkan para pekerjanya menggunakan teknologi pembinaan dan senibina yang amat canggih.
Ayat lain menyatakan bahawa:
Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Surah as-saad, ayat 37)
Hakikat bahawa Nabi Sulaiman (as) mampu mengawal jin-jin penyelam menandakan lokasi dan pengeluaran sumber-sumber dasar laut. Minyak dasar laut serta proses dan kerja pengekstrakan logam berharga memerlukan teknologi yang amat maju. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa teknologi seumpama itu telah wujud dan diguna pakai.
Ayat lain menyatakan "mata air dari tembaga" (Surah as-Saba', ayat 12)Penggunaan cairan tembaga menandakan kewujudan teknologi canggih yang menggunakan elektrik di zaman Nabi Sulaiman (as). Seperti yang kita sedia maklum, tembaga merupakan antara konduktor haba yang terbaik, maka ia dipercayai mewujudkan asas industri elektrik pada masa itu. Ayat "Kami alirkan baginya mata air dari tembaga" dalam segala kemungkinan merujuk kepada sejumlah besar kuantiti elektrik yang dikeluar dan digunakan dalam banyak cabang teknologi (wallahualam).
Beberapa ayat menunjukkan bahawa Nabi Daud (as) memiliki pengetahuan yang baik dalam pertukangan besi dan pembuatan senjata:
(Serta Kami wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (Surah as-Saba', ayat 11)
Al-Quran juga mengisahkan tentang tembok di antara dua gunung yang dibina oleh Zulkarnain yang tidak mampu diseberangi dan ditembusi oleh masyarakat zaman itu. Menurut ayat berkaitan, beliau menggunakan potongan-potongan besi dan cairan tembaga:
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (Surah al-Kahfi, ayat 96)
Maklumat ini menunjukkan bahawa Zulkarnain telah menggunakan teknologi reinforced concrete.Besi, antara bahan paling kuat yang digunakan dalam pembinaan, amat penting untuk menambah keteguhan binaan seperti bangunan, jambatan, dan empangan. Ayat ini menyatakan bahawa beliau telah meletakkan besi dari hujung ke hujung dan menghasilkan struktur konkrit yang teguh dengan menuang mortar ke atasnya (wallahualam).
Prasasti dari peradaban purba Amerika Tengah merujuk kepada seorang yang tinggi, berjanggut dan datang dengan memakai jubah putih. Mereka juga melaporkan bahawa dalam jangka waktu yang singkat, kepercayaan terhadap dewa tunggal tersebar dan berlaku perkembangan mendadak dalam seni dan sains.
Ramai nabi seperti Nabi Yaakub (as), Nabi Yusuf (as), Nabi Musa (as), dan Nabi Harun (as) telah diutus ke Mesir purba. Utusan-utusan ini dan golongan yang mempercayai mereka telah membawa pengaruh penting terhadap peningkatan artistik dan saintifik yang pantas oleh masyarakat Mesir pada kebanyakan zaman.
Ramai saintis Muslim yang patuh kepada ajaran Al-Quran dan sunnah nabi telah membuat penemuan penting dalam bidang astronomi, matematik, geometri, perubatan, dan cabang sains yang lain. Semua ini telah membolehkan perubahan besar dan perkembangan mengagumkan dalam sains dan kehidupan sosial. Beberapa saintis Muslim beserta hasil kerja mereka adalah seperti berikut:
Abd al-Latif al-Baghdadi dikenali melalui kerjanya dalam bidang anatomi. Dia membetulkan kesilapan sebelumnya berkaitan banyak tetulang dalam badan seperti rahang bawah dan sternum. Tulisannya bertajuk Al-Ifada wa al-I'tibar telah diterbitkan pada tahun 1788 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Jerman, dan Perancis. Beliau juga mengkaji organ-organ deria rasa dalam kitabnya yang berjudul Makalatun fial-Havas.
Ibn Sina (Avicenna) menerangkan tentang cara-cara rawatan ke atas pelbagai jenis penyakit. Kitab agungnya, Kitab al-Qanun fi at-Tibb, yang ditulis dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12. Ia diajar dan dianggap sebagai buku pelajaran asas di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Kebanyakan maklumat perubatannya masih lagi sesuai untuk diaplikasikan pada hari ini.
Zakaria Qazvini meruntuhkan banyak pendapat-pendapat yang salah berkaitan dengan otak dan jantung, yang mana telah dianggap tepat sejak zaman Aristotle lagi. Maklumat yang beliau berikan berkenaan dengan dua organ tersebut sama dengan pengetahuan hari ini.
Zakaria Qazvini, Hamd Allah Mustawfi Qazvini (1281-1350), dan Ibn Nafs, semuanya merupakan pengkaji anatomi serta membentuk asas sains perubatan moden.
Ali ibn Isa telah menulis tiga jilid buku tentang penyakit mata, Tazkirat al-Kahhalin. Jilid pertama tertumpu sepenuhnya pada anatomi mata dan mengandungai banyak informasi berharga. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Jerman.
Al-Bairuni membuktikan 600 tahun lebih awal sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga telah mengira diameternya 700 tahun sebelum Newton melakukannya.
Ali Kuscu menghasilkan peta pertama untuk bulan, satu bahagian yang dinamakan sempena nama beliau.
Thabit ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan berkurun-kurun sebelum Newton.
Al-Battani merupakan manusia pertama yang mengasaskan trigonometri.
Abu'l Vafa bertanggungjawab mewujudkan istilah secant dan cosecant dalam bidang trigonometri.
Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang menulis buku berkenaan algebra.
Al-Maghribi mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum ditemui oleh Pascal sendiri.
Ibn Haitam merupakan pengasas optik. Bacon dan Kepler sekadar menggunakan hasil kerja beliau, sementara Galileo mengunakan penemuan beliau dalam penghasilan teleskop.
Al-Kindi memajukan relativiti dan teori relativiti 1,100 tahun lebih awal daripada Einstein.
Akshamsaddin, yang hidup lebih kurang 400 tahun daripada Pascal, merupakan orang pertama yang menemui kewujudan mikrob.
Ali ibn Abbas adalah orang pertama yang menjalankan pembedahan kanser.
Ibn Jazzar menjelaskan punca-punca dan cara rawatan penyakit kusta.
Saintis-saintis Muslim, yang hanya sebahagian kecil disenaraikan di atas, telah membuat banyak penemuan penting yang membentuk asas sains moden dengan mematuhi ajaran Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah (saw).
Seperti yang telah kita lihat, ramai manusia dahulu kala yang mencapai kemajuan dalam bidang seni, perubatan, teknologi, dan sains menerusi utusan yang dihantar kepada mereka. Dengan mematuhi dan mengambil iktibar daripada cadangan dan galakan para nabi, mereka memiliki ilmu dan mewariskannya kepada generasi kemudian. Tambahan pula, masyarakat yang kadang-kadang lari daripada agama sebenar dan membangun pelbagai kepercayaan karut akhirnya kembali percaya akan Keesaan Allah hasil daripada usaha para nabi.
Apabila penemuan-penemuan zaman lampau dikaji tanpa prejudis, sejarah kemanusiaan dapat difahami dengan jelas dan nyata.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, peradaban yang mundur dan maju telah wujud serentak sepanjang sejarah, sepertimana juga hari ini. Kini, kita menikmati teknologi angkasa, sementara mereka di kawasan dunia yang lain hidup serba kekurangan, begitu juga dengan masa lalu di mana Mesir purba mempunyai tamadun gemilang, sementara masyarakat yang lebih terkebelakang juga wujud di kawasan yang lain. Masyarakat Maya membina bandar-bandar yang amat membangun, yang mana dari jejak-jejak yang mereka tinggalkan menunjukkan bahawa mereka telah memiliki teknologi yang amat canggih, mengira orbit planet Venus dan menemui bulan-bulan pada planet Jupiter. Pada masa yang sama, manusia di wilayah-wilayah Eropah percaya bahawa bumi merupakan pusat sistem suria. Di kala masyarakat Mesir berjaya melaksanakan pembedahan otak, penduduk di kawasan lain pula percaya bahawa penyakit adalah disebabkan oleh pelbagai semangat jahat. Dengan sistem perundangan, kesusasteraan, pemahaman seni dan pengetahuan astronomi, masyarakat Sumeria membina peradaban gemilang di Mesopotamia, manakala di satu sudut dunia yang lain terdapat golongan yang jahil. Maka, sebagaimana masyarakat hari ini yang tidak maju dalam segalanya, zaman lampau juga tidak pernah ada golongan yang primitif sepenuhnya.
Setakat ini, kita telah mengkaji bukti dari zaman sejarah yang berbeza dan menilai contoh-contoh budaya puluhan bahkan ratusan ribu tahun lampau. Dengan mengkaji sejarah yang lebih baru, kita juga akan mendapat bukti bahawa manusia sememangnya manusia: Di sini kita bukan berbincang mengenai orang 'primitif' yang baru mengasingkan cara hidup dari beruk, tetapi manusia bertamadun yang didapati telah mewarisi peradaban lain yang tetap terpelihara untuk ribuan tahun sebelum mereka.
Sementara teknologi meningkat di abad ke-20, perkembangan kajian arkeologi juga semakin pesat, dan mula mengeluarkan lebih banyak bukti tentang sejarah sebenar manusia. Maka, disepakati bahawa kehidupan lampau di Mesir, Amerika Tengah, Mesopotamia dan wilayah lain ribuan tahun dahulu adalah sama seperti cara kehidupan kita hari ini.
MEGALIT: ARTIFAK MENAKJUBKAN DARI SEJARAH MANUSIA
Megalit ialah nama yang diberi kepada monumen yang terbina daripada sekumpulan blok batuan gergasi. Banyak megalit purba masih kekal sehingga ke hari ini. Antara aspek monumen ini yang paling mengejutkan ialah bagaimana blok-blok batuan besar sedemikian, yang sesetengahnya mempunyai berat lebih daripada satu tan, telah digunakan untuk membina struktur yang dibincangkan, bagaimana dan teknik apa yang telah digunakan untuk membawa batuan ini ke tapak pembinaan. Bagaimana manusia pada zaman itu mendirikan struktur sebegini dengan meletakkan satu blok batu yang besar di atas blok yang lain? Megalit ini biasanya dibina dengan menggunakan batu yang dibawa dari jauh, dan kini dianggap sebagai keajaiban dalam pembinaan dan kejuruteraan. Golongan yang menghasilkan kerja sedemikian pasti memiliki teknologi yang maju.

The construction technique and technology employed on the pyramids are still a mystery. These giant works, whose construction would be hard to duplicate even using today's technology, were completed by highly competent people who lived over 2,500 years ago.
Pertama sekali, perancangan pastinya sesuatu yang penting untuk mendirikan monument-monumen ini, dan rancangan itu mesti difahami dengan tepat dan sepenuhnya oleh setiap orang yang terlibat dalam projek tersebut. Lukisan teknikal tentang lokasi pembinaan monumen harus disediakan. Tambahan pula, pengiraan dalam lukisan-lukisan ini mestilah bebas daripada sebarang ralat, kerana kesilapan kecil akan menyebabkan pembinaan struktur ini mustahil. Organisasi yang terlibat juga harus sempurna jika pembinaan dilaksanakan. Faktor-faktor seperti penyelarasan pekerja dan keperluan mereka (makanan, rehat, dsb.) amat penting untuk proses pembinaan yang teratur.
Jelas bahawa mereka yang terlibat dalam pembinaan ini mempunyai banyak pengetahuan dan teknologi yang jauh lebih canggih daripada apa yang biasa dibayangkan. Sebagaiman yang telah dijelaskan dalam buku ini, peradaban tidak sentiasa bergerak ke hadapan; ada kalanya merosot. Dan sebenarnya dalam kebanyakan waktu, perkembangan dan penguncupan tamadun boleh wujud serentak di pelbagai tempat dunia.
Barangkali mereka yang membina megalit memiliki tamadun yang lebih maju seperti mana yang ditunjukkan oleh tinggalan arkeologi dan sejarah. Struktur yang dibina membuktikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam matematik dan geometri; tahu teknologi yang diperlukan untuk mendirikan monumen dengan mengira titik teguh di kawasan berbukit; mengguna peralatan (seperti kompas) untuk menentukan kedudukan geografi, serta mampu mengangkut bahan-bahan binaan dari jarak jauh apabila diperlukan. Tentu saja mereka tidak melakukan semua ini dengan hanya mengguna alatan dan tenaga kerja primitif. Banyak eksperimen oleh pengkaji dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa adalah mustahil untuk membuat monumen sebegini dalam keadaan seperti yang didakwa oleh teori evolusi. Ramai penyelidik yang cuba untuk membina monumen sama dengan menghasilkan semula keadaan 'Zaman Batu' khayalan telah gagal. Mereka bukan saja menemui kesukaran untuk membina struktur sama, tetapi juga mengalami masalah dalam memindahkan blok-blok batuan dari tempat lain ke tapak binaan. Ini sekali lagi menunjukkan manusia zaman itu tidak mundur seperti dakwaan evolusionis. Mereka menikmati dan memahami senibina, memanfaat teknologi pembinaan dan turut mengkaji astronomi.

The Ishtar Gate, Baghdad
Memang diketahui bahawa hanya blok batuan, struktur batuan dan pelbagai alatan batuan yang tersisa daripada peradaban ribuan tahun dulu. Namun, adalah tidak wajar untuk melihat beberapa struktur batuan dan artifak lalu membuat kesimpulan bahawa mereka hidup terkebelakang dan kekurangan teknologi serta hanya tahu mengguna batu. Andaian yang didasarkan pada pelbagai dogma sebegini tiada konotasi saintifik. Tetapi jika semua penemuan ini dikaji tanpa sebarang praandaian negatif, penjelasan yang hampir kepada kebenaran akan dapat dibuat.  Walaupun manusia ratusan ribu tahun dulu hidup dalam rumah-rumah kayu yang hebat, membina vila dengan tingkap kaca dan mengguna bahan dekorasi paling menarik, tentu saja hanya sedikit buktinya yang tahan terhadap kesan-kesan hakisan angin, hujan, gempa bumi dan banjir selama berkurun-kurun. Dalam keadaan semulajadi, hanya purata 100 ke 200 tahun masa yang diperlukan untuk kayu, kaca, tembaga, gangsa dan logam lain untuk luluh sepenuhnya. Dengan kata lain, dalam masa dua abad, dinding-dinding rumah anda akan reput, dan hanya beberapa perhiasan dalamannya yang akan tinggal. Malah hanya sedikit yang akan kekal andai dipengaruhi oleh gempa bumi, banjir atau taufan. Apa yang akan tinggal hanyalah blok-blok batuan yang mengambil masa lebih lama untuk dihakis. Bahkan peralatan batuan juga akan hancur menjadi serpihan-serpihan kecil. Maka, amat mustahil untuk menggambarkan cara kehidupan masyarakat pada zaman itu semata-mata berdasarkan blok batuan tersebut. Hubungan sosial, kepercayaan, citarasa dan pemahaman artistik tidak dapat digambarkan secara jelas.

Rudyard Kipling's book, Just So Stories
Tetapi, evolusionis tetap berpegang pada pendapat mereka dan mencemar pelbagai hasil penemuan dengan banyak gambaran rekaan yang karut. Mencipta fanstasi dengan penyelewengan fakta adalah cara yang sebenarnya dikritik sendiri oleh segelinti evolusionis. Malah mereka menamakan kaedah sebegini sebagai 'Sekadar Cerita'.
Istilah tersebut yang muncul dalam kritikan Stephen Jay Gould, seorang ahli paleontolgi evolusionis terkenal, dipinjam daripada sebuah buku terbitan tahun 1902 bertajuk Just So Stories karya penulis dan penyair British bernama Rudyard Kipling (1865-1936). Dalam buku cerita yang ditujukan untuk kanak-kanak ini, Kipling menulis beberapa kisah fantasi tentang bagaimana pelbagai hidupan mendapat organ dan sifat masing-masing. Sebagai contoh, beliau menulis petikan berikut tentang belalai gajah:
Pada zaman dahulu kala, sang haiwan yang disukai, Gajah, tidak mempunyai belalai. Ia hanya mempunyai hidung yang kehitaman dan membonjol . . . Tetapi ada seekor anak Gajah kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu . . . Maka ia pun berpergian . . . sehingga sampai di tebing Sungai Limpopo yang licin dan kabut, ia terpijak sesuatu yang disangkanya batang kayu. Tetapi itu sebenarnya Sang Buaya . . . kemudian anak Gajah menundukkan kepala menghampiri mulut sang Buaya yang berbau dan bertaring, lalu Sang Buaya menerkam pada hidung si anak Gajah . . .  Kemudian anak Gajah duduk pada punggungnya dan menarik, dan tarik, dan tarik, dan hidungnya pun mula memanjang. Sementara Sang Buaya pula terkial-kial di dalam air sambil melibas-libas ekornya, dan ia menarik, dan tarik, dan tarik.38
Gould dan beberapa saintis evolusionis lain telah mengkritik penulisan yang penuh dengan senario serupa tanpa ada sebarang bukti untuk menyokong mereka. Begitu juga dengan mereka yang cuba menjelaskan perkembangan masyarakat dalam rangka teori evolusi. Sebagaimana cerita dongeng Kipling, saintis sosial evolusionis bergantung semata-mata pada imaginasi. Bayangkan sejarah manusia yang berdasarkan masyarakat-masyarakat yang moyang mereka kononnya hanya tahu mendengus dan mengguna alatan batuan kasar, tinggal di dalam gua, dan hidup semata-mata bergantung pada hasil buruan dan kutipan, yang kemudiannya mula berkembang dan menceburi bidang pertanian, lalu mula mengguna logam, serta mula membina hubungan sosial seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. 'Sejarah' sedemikian tiada bezanya dengan kisah bagaimana Sang Gajah mempunyai belalainya.
Gould memberi penjelasan tentang pendekatan tidak saintifik ini:
Para saintis sedar bahawa kesemua kisah tersebut sekadar cerita rekaan; malangnya, ia dipaparkan dalam penulisan yang profesional sehingga mendapat perhatian serius. Akhirnya ia menjadi 'fakta' dan tergolong dalam kesusasteraan popular...39
Gould menambah lagi dengan menyatakan bahawa cerita rekaan tersebut tidak membuktikan apa-apa dalam rangka teori evolusi:
Dalam tradisi 'sekadar cerita' sejarah semulajadi evolusi, cerita-cerita tersebut tidak membawa apa-apa makna. Tetapi pengaruhnya, dan kes-kes sama yang lain, telah mengatasi kepercayaan saya secara perlahan sejak dulu lagi. Idea-idea rekaan yang semakin banyak mungkin menyelamatkannya setakat ini, tetapi kebanyakan konsep yang diselamat oleh spekulasi murahan tidak mencukupi buat saya.40
NEWGRANGE

Newgrange, one of world's best-known stone structures, consists of 93 megaliths.
Pemakaman yang terletak berhampiran Dublin ini disepakati telah dibina sekitar 3,200 BC. Newgrange sememangnya telah usang sebelum kewujudan peradaban Mesir, dan sebelum kelahiran tamadun Babylon dan Cretan. Stonehenge, antara struktur batuan yang paling terkenal di dunia, masih belum dibina pada waktu itu. Kajian menunjukkan bahawa Newgrange bukan sahaja sebuah kawasan perkuburan, tetapi para pekerjanya mempunyai pengetahuan mendalam tentang astronomi - dan memiliki teknik kejuruteraan serta ilmu senibina yang perlu diberi perhatian.
Ramai ahli arkeologi menghuraikan Newgrange sebagai keajaiban teknikal. Sebagai contoh, kubah di atas struktur itu sememangnya adalah kehebatan kejuruteraan. Setiap batu yang berat di bahagian bawah dan ringan di sebelah atas dengan cermat diletakkan saling bertindih sehingga setiap satunya lebih menonjol daripada yang di bawah. Maka terbinalah satu cerobong berbentuk heksagon dengan ketinggian enam meter di atas bahagian tengah struktur itu. Di atas cerobong itu terdapat penutup yang diperbuat daripada batu yang boleh dibuka dan ditutup bila perlu.
Jelas bahawa binaan gergasi ini dibina oleh mereka yang mempunyai pemahaman mendalam tentang kejuruteraan, mampu mengira dengan tepat, merancang dengan betul, mengangkut beban batuan yang berat, dan memanfaat ilmu pembinaan mereka. Evolusionis tiada penjelasan tentang cara pembinaan struktur ini kerana berdasarkan pandangan karut mereka, manusia pada masa itu bekerja dalam keadaan serba kekurangan dan terkebelakang. Tetapi amat mustahil untuk monumen sebesar itu didirikan oleh golongan yang tiada pengetahuan yang baik dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.

The entrance stone and the roof box at Newgrange. It is still not known how the blocks were transported, nor what techniques were employed during construction.
Ciri-ciri astronomi bangunan itu sendiri sungguh mengagumkan. Pembinaan struktur gergasi ini membenarkan biasan cahaya yang menarik pada solstis musim sejuk. Sebaik saja matahari muncul pada hari terpendek dalam setiap tahun, sinaran cahaya matahari menerangi ruang pemakaman Newgrange. Di saat ini, berlakulah permainan cahaya yang sempurna. Sinaran matahari pagi menembusi bukaan kecil di bawah bumbung pintu masuk dan menyinari laluan ke ruangan dalamannya. Semua blok batuan diletak pada sudut yang membenarkan pembiasan cahaya - satu faktor penting yang memungkinkan berlakunya semua pertunjukan cahaya ini.
Maka, dapat dilihat bahawa para pembina Newgrange bukan sahaja mempunyai ilmu kejuruteraan, malah memiliki pengetahuan astronomi yang membolehkan mereka mengira masa harian dan pergerakan matahari.
Newgrange hanyalah sebahagian daripada struktur batuan zaman itu yang masih lagi kekal di wilayah berkenaan. Dengan melihat pada struktur ini saja, anda dapat menyimpulkan bahawa ianya didirikan oleh golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam serta menggunakan cara dan teknik yang amat canggih. Apakah tafsiran yang boleh dibuat berkaitan dengan gaya hidup mereka? Masyarakat yang membina struktur ini pastinya telah hidup dalam persekitaran yang selesa dan penuh tamadun. Jika mereka mempunyai pengetahuan astronomi dan kemahiran yang baik untuk membuat pemerhatian dengan tepat, kehidupan seharian juga pasti bertamadun selari dengan perkembangan pengetahuan mereka. Monumen batuan ini mungkin satu-satunya bangunan yang kekal daripada masyarakat yang hidup dalam rumah yang selesa, mempunyai taman-taman yang diselenggara dengan baik, menerima rawatan di hospital yang bagus, terlibat dengan aktiviti ekonomi, menghargai seni dan sastera serta menikmati warisan budaya yang luas lagi penting. Semua tafsiran realistik berkenaan pembina monumen batuan ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi dan fakta sejarah. Tetapi, evolusionis yang telah sebati dengan pemikiran materialis lebih cenderung mengaitkan cerita rekaan hasil dogma-dogma tertentu berbanding membuat tafsiran rasional yang bersesuaian dengan sains. Walau bagaimanapun, semua cerita mereka tidak akan pernah mampu untuk memberi penjelasan muktamad dan benar.
STONEHENGE

Stonehenge may have been erected as the building blocks of a wooden construction. A wooden building erected on this would have been unaffected by wind and storms. It is likely that only the foundations of the building have survived. The methods and motives for the construction of Stonehenge are still a matter for debate, but one important feature revealed by scientists is its relationship with astronomy. The people who built this structure possessed an advanced knowledge of the heavens, as well as of engineering.
Stonehenge, monumen yang tegak di selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter (15 kaki) dan berat purata 25 tan. Monumen ini telah menarik perhatian ramai penyelidik dan banyak teori telah dibentang untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa ia dibina. Betul atau tidaknya teori-teori ini bukanlah persoalan penting di sini, tetapi monumen ini sekali lagi telah membatalkan teori evolusi dalam sejarah manusia.
Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang 2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000 tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.
Aspek utama monumen ini ialah bluestones yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih kurang 380 kilometer (240 batu). Jika ahli sejarah evolusionis berpendapat bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge kini berdiri? Persoalan ini tidak dapat dijawab dengan senario khayalan yang direka-reka.
Dengan membina semula peralatan yang kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang diperbuat daripada batu dan kayu.
Seperkara lagi yang perlu ditegaskan ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup 5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Stonehenge dan banyak megalit lainnya telah dibina dengan teknologi yang masih belum dapat difahami pada hari ini.
TINGGALAN MENAKJUBKAN DI BANDAR TIAHUANACO

It is impossible for stones weighing many tons each, used here in the South American city of Tiahuanaco, to be transported without steel cables, winches, and other construction equipment.
Lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki) di atas paras laut, di Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru, bandar Tiahuanaco penuh dengan runtuhan yang membuatkan ramai pelawat terpegun. Kawasan ini dianggap sebagai antara satu keajaiban arkeologi di Amerika Selatan, dan mungkin juga di dunia.
Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan ekuinoks- ekuinoks, musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.
Seorang penulis Reader's Digest menulis, "...para jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada diri sendiri tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan besar seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi itu kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya..."41

The Gate of the Sun, estimated to weigh around 10 tons, could not have been built by a society devoid of technological means, as evolutionists claim. Such structures invalidate the evolutionist claim that human history evolved from the primitive to the developed.
Sebagai contoh, dinding-dinding bandar berkenaan dibina dengan meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu pasir yang beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam. Blok-blok segi empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang sepanjang 2.5 meter (8 kaki) telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10 tan. Pada sesetengah bahagian runtuhan tersebut, terdapat saluran air yang diperbuat daripada batu dengan kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini adalah sebahagian ketetapan yang jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah amat mustahil untuk mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran teknologi seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan yang serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang daripada hayat manusia untuk mendirikan hanya satu daripada struktur-struktur tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna yang pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa berkurun lamanya, dan dengan sendirinya membuktikan kesalahan pendapat evolusionis.
Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan. Jelas bahawa semua ini dicapai dengan menggunakan lebih daripada alatan dan perkakasan asas seperti yang digembar-gemburkan oleh evolusionis.
Sekiranya anda mengambil kira keadaan geografi di kawasan Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang lebih mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya separuh berbanding atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang berkurangan ini akan menyebabkan sebarang kerja memerlukan lebih banyak tenaga kerja.
Semua ini membuktikan, seperti juga kawasan lain di dunia, bahawa peradaban yang maju telah wujud di masa lalu - sekaligus menyangkal dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang kepada tahap yang lebih maju.
EXPERT STONEMASONS WHO LIVED ON GOBEKLI TEPE 11,000 YEARS AGO

The stonework in the photos at bottom left and its detailed shapes display the artistic taste of the people who made them, 11,000 years ago. More important, however, is that the artists must have used metal tools to carve these stones, not by hitting or rubbing one stone against another. Such fine work is only possible by means of such tools, as the metal lathes, files and saws used in stonemasonry today.
The photo at bottom right shows a present-day stonemason at work, using similar techniques. Artists living 11,000 years ago may have produced their works of art only by employing similar methods..
    

3 ulasan:

dkama berkata...

bro... text tak boleh baca bro... aligment sebelah kanan tak kena edjust sikit tuh... PEACE...

Tanpa Nama berkata...

OOPART (Out-Of-Place-Arktifak)
zaman purba mngkn dah maju mcm kita hari ni :D

Unknown berkata...

erm.. tulah.. puas nak adjust...