Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 29 Mac 2011

Fitnah Ummah Masa Kini...Bodoh Dalam Berpolitik ?

"Dalam kehidupan seharian, jika mukmin memahami kewajipan bernikah dengan cara nikah yang syar’i, berpuasa dengan cara puasa yang syar’i, menyembah tuhan dengan cara yang syar’i, dan lain-lain lagi. Maka begitulah keadaannya apabila mukmin berhadapan dengan persoalan politik. Politik mereka perlu bergerak dengan asas yang syar’i.

Nilai-Nilai Kemanusiaan atau Bangsa Sahaja Tidak Mencukupi 

Di sinilah pemisah antara politik yang berteraskan tauhid dan politik yang kosong dari nilai tauhid. Walaupun politik yang kosong dari nilai tauhid ini mempunyai gagasan perjuangan membela rakyat, bangsa dan seumpamanya, ia tetap terdedah ke arah kesudahan yang penuh dengan warna-warni syahwat haiwani yang membinasakan.

Manakala nilai manusiawi semata-mata yang kososog dari ikatan syariat sangat buruk sifatnya.Ketika inilah fitnah terbesar akan menimpa kehidupan rakyat jelata.Politik Quranik Bukan Pilihan Tapi Kemestian... 
Manakala politik yang berteraskan tauhid memandu dan memantau naluri dan akal manusia. Politik ini meletakkan redha Allah sebagai tujuan utama gerakannya. Politik ini mengurus ummah dan negara berasaskan Undang-Undang Pencipta. Politik ini merupakan suatu ibadah. Politik ini mengikat iman, mendaulat syariat dan merawat akhlak. Inilah Politik Quranik yang perlu dihadam semula kefahamannya.

Seorang muslim perlu mengimani hakikat ini. Sesungguhnya islam yang dibawa oleh Rasul SAW bersifat syumul. Cara menyembah tuhan menurut al Quran ialah solat fardhu lima waktu. Tiada pilihan bagi seorang muslim melainkan wajib menunaikannya. Maka cara berpolitik berteraskan Al Quran bukan suatu pilihan tapi ia adalah suatu kewajipan. Wajib untuknya terlibat secara langsung atau tidak langsung.Begitulah bandingan yang mudah untuk difahami dalam kewajipan berpolitik mengikut acuan Allah dan Rasul SAW.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman al Ahzab ayat 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا
أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا (٣٦

36. Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.

Dr PHD dan Politik... 

Dr Abdul Aziz Izzat Khiyyat di dalam kitabnya (( Dr Abdul Aziz mendapat PHD Fiqh Perbandingan di Universiti Azhar. Kitab : An Nizhom As Siasi Fil Islam ( Cetakan Maktabah Darus Salam, Mesir, m/s 9,10. )) berkata :

“ Sesungguhnya orang islam itu memiliki asas perundangan politik yang tersedia. Asas perundangan politik ini telah dimulakan oleh Baginda Muhammad SAW. Baginda SAW telah menjelaskan kandungannya, telah mengasas hukum-hukumnya, telah menjelaskan kaedah-kaedahnya dan asas politik ini telahpun dilaksanakan sesudah kewafatan Baginda SAW oleh khilaafah / pemimpin islam selepas Nya…. 

Walaupun sebahagian Khalifah –Khalifah yang memimpin ummah pada ketika itu punya kelemahan dalam melaksana hukum islam dan sebahagian masyarakat hanyut dalam maksiat dan melakukan kesalahan. Tetapi itu bukan persoalannya kerana setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. Apa yang lebih penting , pengajarannya ialah pada zaman itu pemerintah negara telah meletakkan hukum-hukum Allah sebagai asas politik mereka, syariat-syariat diterapkan dan undang-undang Allah di kuatkuasakan……….” 

Dengan izin Allah yang Maha Bijaksana, insyaAllah tazkirah bersiri ini dapat memberikan perkongsian ilmu guna mendepani kelemahan-kelemahan masyarakat mengenai persoalan politik di dalam kehidupan seharian.

Kepada para ilmuan sekelian, tuan-tuan dialu-alukan untuk memperbaiki kandungan tulisan ini sekiranya ada lompang-lompang kosong yang memudhoratkan.

Apapun tujuan penulis ialah untuk sama-sama mengisi kekosongan ruang dalam masyarakat yang semakin serabut dalam persoalan politik.

Fitnah Ummah Masa Kini

Fitnah ummah Nabi Musa Alaihissalam adalah kemungkaran sihir berleluasa. kecelakaan ummah Nabi Luth kerana perilaku sex sodom mereka. Jika boleh kita katakan bahawa fitnah ummah masa kini adalah kebodohan mereka dalam politik. Akhirnya kejahatan berkuasa manakala kebaikan menjadi hamba.

Insya Allah sesudah anda selesai membaca tulisan ini, anda akan dapati politik sangat penting dalam kehidupan dan iman.

Kepada Allah jua ku pohon petunjuk dan pertolongan. Amin…."

2 ulasan:

peNulis SeNjA berkata...

nauzubiLLah .. dunia dh nak kiamat dah ...

Unknown berkata...

fitnah dalam berpolitik..persis spt yg berlaku sekarang..strategi yg sama masa tahun 1998..sape lg yg percaya dgn taktik yg sama..tak tau nak kata dah..