Barack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan terkini. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.
Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama di antarabangsa".
Obama adalah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal di dalam Senat Illinois dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. di dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.
Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak mengumumkan kempen presiden pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan di dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi di dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.
Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani untuk Wanita & Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas yang berdarah Inggeris dan Irish. Bapanya, Barack Obama Sr, pula berketurunan Luo dari Kenya.
Keluarga Ann Dunham berpindah ke Pulau Hawaii. Ibunya bertemu bapanya yang pada masa itu belajar di Universiti Hawaii di Manoa, di mana bapanya seorang pelajar tajaan Kenya. Pasangan ini berkahwin pada 2 Februari 1961. Pada 4 Ogos 1961, Obama dilahirkan di Honolulu. Dua tahun kemudian, ibu bapa Obama berpisah.
2 ulasan:
bukan dia lahir kat indonesia ker?
tu lah faktanyer.. klo der fakta lain sila lah beri yer.. mak encik..
Catat Ulasan