Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 23 Mac 2011

sebuah Kisah Orang Biasa: bacalah kalau ada masa

Salam, Saya pernah dengar ada orang alim kata hidup kita ini tidak lain hanyalah ujian belaka. Dia kata Tuhan bagi kita sakit, bagi kita demam, bagi kita sihat, bagi kita senang bagi kita susah, kadang-kadang sampai susah sesusah-susahnya hinggakan tidak pernah terlintas di akal kita yang kita akan susah sampai macam itu sekali. Dia kata semua itu tidak lain hanyalah sebagai dugaan belaka, Tuhan nak tengok sejauh mana kita tabah menerima semua cubaan itu
Bila saya tengok klip video Tsunami di Jepun kat You Tube yang berbagai rupa itu, terlintas juga awat la teruk sangat Tuhan pi balun depa-depa kat Jepun itu. Apa salah depa sampaikan habis mati bergelimpangan semuanya (sekali tu depa jumpa dekat 2000 mayat tersadai kat satu kawasan pantai itu); dan yang hidup pula kena uji dengan cuaca sejuk, tiada air tiada letrik tiada selimut tiada makanan dsg nya.

Saya tidak melihat semua itu sebagai satu Ujian untuk depa, tapi lebih kepada Ujian untuk kita semua. Tuhan nak tengok sama ada kita nak bantu ke tidak insan-insan malang seperti depa-depa ini.
Dan, yang menariknya kerana faktor media barangkali, kita dok ingat hanya di Jepun saja, hanya mangsa-mangsa Tsunami ini sahaja yang sedang diuji dengan masalah tiada air tiada letrik tiada makanan dan 1001 lagi kepayahan untuk meneruskan kehidupan, wal hal yang sebenarnya insan-insan seperti mereka ini banyak terdapat melata di sekeliling kita.
Saya nak mengambil kesempatan di sini, nak kongsi satu pengalaman duka saya dan teman-teman dari NGO Wargakilang berkunjung ke rumah seorang bekas pekerja kilang yang menjadi mangsa TSUNAMI VSS yang melanda kilang-kilang industry di sekitar tahun 2008 yang lalu.
Namanya Azizan, tinggal di Kg Tok Pasai Kuala Kedah, di sebuah rumah buruk di celah-celah rumah-rumah usang yang dijadikan sebagai tempat parking kereta mereka-mereka yang nak ke Langkawi.




Sebaik-baik saja kena VSS, beliau adalah dok buat bisness sikit sendiri-sendiri dan kemudian bekerja mengikut kawan wiring letrik di kawasan berdekatan, dapatlah sikit habuan lepas makan anak-anaknya yang 7 orang itu (yang sulung tingkatan 3).



Takdir, tanpa menunggu terus datang membawa Ujian untuk dirinya.
Sekitar awal tahun 2010 baru-baru ini beliau disahkan mengidap radang hati, tidak mampu bergerak banyak dan hanya terlantar di tempat tidur. Waktu kami ke rumahnya, boleh nampak perutnya macam membengkak, kalau dulu-dulu org mungkin kata busung barangkali.
Beliau tak mampu ke hospital kerana faktor kewangan dan pengangkutan, setiap kali ke hospital pasti tersangkut di ICU; kalau 2 hari dah hampir RM200 sedangkan dalam keadaan sekarang tanpa punca pendapatan, mana nak cari RM200 itu.
Isteri? Dua tiga minggu lepas dah keluar berita keluarga ini dalam SINAR HARIAN, entah apa yang tak kenanya dikatakan Majlis Bandaran Alor Setar menghalang isterinya daripada berniaga Nasi Lemak di tapak seperti yang tertera di bawah ini.


Bila saya tengok gambar isteri dan 3 orang anaknya ini di tempat yang mereka dihalang berniaga, yang berlatarbelakangkan lambang sebuah parti politik Melayu, UMNO dulu kini dan selamanya, yang tercatat megah kat signboard itu - memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara, satu perasaan marah yang tak dapat diceritakan tiba-tiba saja naik tersirat di dada. Entahlah!
Apalah malangnya nasib orang-orang bawahan rakyat marhain seperti sdra Azizan suami isteri dan 7 orang anak-anaknya ini. Rumah tak ada letrik walaupun duduk tak jauh dari BANDARAYA ALOR SETAR negeri Kedah Sejahtera sedangkan Tok Esah makcik saya di Ulu Baling sana nu pun rumahnya boleh ada letrik dan lampu cahaya.
Nak buat macam mana, hutang letrik dan juga air sudah tertunggak lebih dari seribu. Nasib baik ada jiran yang bersimpati tolong hulurkan wayar letrik sambung extension ke rumahnya buat sementara.
Sembang pi sembang mai dengan Azizan, di celah-celah air mata jernih yang mengalir di kedua hujung kelopak matanya, beliau bercerita bagaimana kesan barah itu sudah mula menapak di kedua tulang rusuknya, kalau lambat dirawat rasanya tak lama lah kot beliau akan terus berada bersama kita.


Bila saya tanya tak ada kah YB ka sapa-sapa mai melawat, salah seorang kawan yg turut serta menyampuk kata, kalau ada Pilihanraya Kecik kat sini sebab YB mati ka apa sure berduyun-duyun org mai rumah Azizan punya, siap masuk TV lagi nanti. Azizan senyum saja, dia tak salahkan sapa-sapa.
Bila saya tanya sapa dia YB kat sini; sorang kawan tu kata nama dia ada nama Mustapha Mustapha macam itu (YB PAS).
Saya kata:
“Apa dia? KASIM MUSTAPHA?”
Kawan saya tu gelak sakan, dia kata:
“Kalau KASIM MUSTAPHA Tauke Nasi Kandaq itu tak jadi macam inilah; dia boleh bawak angkut mai Nasik-Nasik Kandaq itu bagi budak-budak ini makan, ha ha ha”.
Sorry noh, kawan saya ni melawak saja; minta maaf melawak kasaq sikit.
Walaupun dalam melawak, tiba-tiba saya terfikir; sebenarnya inilah dia realiti hidup masyarakat marhain kat bawah ini, depa bukan perlukan tender projek jutaan-jutaan ringgit, apa yang depa perlukan, macam juga mangsa Tsunami di Jepun nu, orang-orang macam keluarga Azizan rakyat kat bawah ini, depa cuma perlukan makan minum saja. Kalau dapat letrik itu kira bonus dah tu. Hat ini yang ramai YB tak paham.
Rakyat kat bawah ini tak minta benda-benda besar, depa cuma perlukan benda asas, makan dan minum saja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maka itu, kepada YB semua, fikirlah mcm mana cara supaya rakyat jelata kat bawah ini mudah nak cari rezeki tanpa dibebani dengan isu lesen, permit dan lain-lain yang membebankan mereka. Mana yang boleh dipermudah, tolonglah permudahkan. Insyaallah depa amat menghargainya.
Kalau tidak, eloklah lepas ini dalam pilihanraya kita letak Tauke-Tauke Nasi Kandaq macam Kasim Mustapha itu pula jadi calun, agak tersepit macam sdra Azizan ini bolehlah juga anak bini dia dapat makan free barang sehari dua sementara nak ikhtiar benda lain. Kalau tidak, penat aja orang-orang bawah ini undi YB; habis hari pilihan raya batang hidung pun tak nampak.
Sekian, sebuah kisah tragis dari Kuala Kedah di celah-celah kesibukan kita berbicara kisah Tsunami dan Nuklear Jepun serta serangan tentera berikat terhadap Libya, ada juga orang-orang seperti sdra Azizan yang perlu diberi perhatian.
(Maklumat mutakhir yg saya dapat, Azizan sedang mengalami masalah penglihatan di kedua-dua belah matanya, mungkin akibat komplikasi drpd serangan barah itu)
Sekian. Moga ada iktibarnya buat kita semua.

2 ulasan:

tiqosmile berkata...

n3 yg sungguh menyentuh perasaan...

mudah mudahan Allah memberi seseorang yg dpt mmbntu depa ni...insyaAllah

T.J berkata...

rakyat kita asek dok tgk yg luar,dlm negara kita mcm na??ini yang dapt kan....mana kata-kata nk tolong rakyat..beruk di hutan di susu kan,anak di rumah mati kelapran...