Terasa amat hina, jijik dan memualkan apabila pemimpin UMNO mempertahankan Utusan Malaysia dalam isu 1Bumi, 1 Melayu dengan alasan bahawa akhbar itu adalah milik orang Melayu, maruah Melayu dan wajah orang Melayu. Perlu diingatkan kepda puak Melayu yang tidak bermaruah seperti UMNO, kamu boleh mengatakan begitu tetapi jangan kait kan dengan semua orang Melayu kerana hanya Melayu yang menyokong UMNO, yang tidak tahu dosa pahala, tidak pedulikan syurga atau neraka dan tidak pedulikan Allah dan Rasul sahaja yang mempertahankan yang Utusan Malaysia itu adalah hak mereka. Yang pasti, majority orang Melayu yang beriman akan menolak dan membuang akhbar tersebut ke dalam kandang khinzir termasuk akhbar Berita Harian, Kosmo dan lainya yang ada kaitan dengan UMNO.
Ingatlah wahai sang UMNO…bumi ini bukan milik UMNO, ianya cipataan dan milik Allah. Dijadikan untuk semua makluk Allah tanpa mengira yang beriman atau yang kufur. Sekiranya orang Cina dinafikan hak oleh UMNO untuk tinggal dan berpijak dibumi Malaysia ini, maka sedarlah wahai puak UMNO bahawa golongan zalim, pengkhianat, penderhaka pada Allah dan Rasul, penindas, perompak dan ibu segala kemungkaran dan maksit juga tidak layak bukan sahaja berada dibumi Malaysia bahkan orang UMNO juga tidak layak berada dimana sahaja ruang bumi Allah ini.
Sebelum ini UMNO begitu lantang mengutuk DAP dengan gelaran komunislah, parti perkauman lah, DAP nak merampas negaralah dan berbagai lagi, tetapi kini tiba-tiba UMNO bertukar watak (watak munafiq yang sudah sebati dalam UMNO) pula cuba berlembut dengan DAP dan cuba memujuk DAP bergabung dengan BN. Tujuanya semua orang tahu, pelawaan yang tidak ikhlas dan punya maksud busuk dan jahat yang semata-mata untuk menarik kembali kaum Cina supaya menyokong BN khususnya UMNO. Bila sudah kuat semula nanti, DAP akan dihina kembali, diusir dan di keji sepertimana kini UMNO mengeji dan mengutuk MCA dan Gerakan. UMNO fikir orang Cina bodoh dan tolol seperti orang Melayu UMNO agaknya. Kalau orang Melayu yang sebangsa pun UMNO sanggup tindas, fitnah, halau, rampas tanah, roboh masjid dan surau, tipu, rampas hak (seperti royalty di Kelantan dan Terengganu), apa jaminanya UMNO tidak akan melakukanya kepada orang Cina? Yang pastinya UMNO kini sudah tersungkur, melutut dan sujud di kaki DAP. Inilah dia UMNO golongan yang tidak punya maruah dan tidak punya moral serta talam dua muka sama seperti sekutu mereka APCO/Yahudi laknatullah itu.
Lihat saja dalam isu DSAI, akhbar ini yang merupakan harta tetap milik UMNO seperti hilang pedoman dan tidak punya agama, menyiarkan berita dan gambar-gambar yang tidak layak dibaca dan dilihat oleh makhluk yang mengaku dirinya manusia yang berakal kecuali mereka yang sama tahapnya dengan haiwan malah lebih hina dari haiwan sahaja yang suka dan redha membaca akhbar tersebut.
Dalam isu perbicaraan kes liwat DSAI, dalam hujah penggulungan peguambela DSAI dengan jelas mengatakan bahawa si Saiful laknatullah itu jelas bercakap bohong dan mengikut saksi-saksi yang tidak dibawa ke mahkamah mengakui bahawa mereka berada bersama DSAI di kondominium pada hari dan tarikh tuduhan liwat itu dibuat dan mereka tidak nampak pun kelibat Saiful pada hari dan tarikh tersebut. Yang peliknya beberapa orang saksi-saksi ini yang ditelah disoalsiasat oleh polis termasuk pemilik kondo dan isteri, dua orang gaji dan beberapa orang lagi tidak pula dipanggil oleh pihak pendakwa sebagai saksi dalam mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung. Adakah kerana mereka tidak bekerjasama dengan polis untuk membuat kenyataan palsu maka mereka diharamkan dari menjadi saksi? Begitu juga kamera CCTV yang dikatakan menunjukan Saiful ada dalam kondo tersebut juga tidak dibawa sebagai bahan bukti dalam mahkamah sedangkan ianya ada dalam simpanan polis. Hanya CCTV diluar kondo saja yang melihatkan Saiful keluar masuk dipintu luar kondo tetapi tidak ada bukti Saiful masuk ke dalam kondo tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu.
Inilah rekaan, penipuan dan konspirasi yang menjijikan hasil ciptaan UMNO yang menjadikan Saiful ini sebagai alat dan bahan korbanya dengan umpanan wang ringgit. Layakah mereka-mereka ini berpijak di bumi Allah ini? Termasuk mereka yang terlibat dengan video sek itu juga.
Walaubagaimanapun kita tunggu keputusan hakim pada 16 Mei nanti samada membuang kes ini atau memanggil DSAI membela diri. Jika membela diri, peguambela DSAI telah membuat keputusan untuk memanggil PM dan isteri dan juga pemilik kondo dan isteri, dua orang gaji dan bebarapa orang yang bermesyuarat dengan DSAI yang ada di kondo tersebut pada hari yang Saiful dakwa dilihat walaupun mungkin dibantah oleh pihak pendakwa kelak, peguambela akan tetap berkeras untuk memanggil mereka semua ini sebagai saksi nanti. Tetapi jika hakim membuang kes….maka Ghani Patail akan pastikan kes video sek DSAI akan mengambilalih untuk menyeret kembali DSAI ke mahkamah seterusnya dihumban ke Sungai Buluh, dengan itu nanti semangat pejuang keadilan dan semangat rakyat akan bangkit dengan lebih hebat dan meluap-luap untuk menjatuhkan dan menumbangkan BN khususnya UMNO laknatullah itu. Yang pasti UMNO wajib di sungkurkan dan ditalqinkan sebelum rakyat dan negara menjadi hancur dan aqidah umat Islam lebur. Insyaallah.
1 ulasan:
mana yang baik dari Allah.. mana yang kurang dari kealpaan kita sendiri..
utusan ker, berita harian ker, kosmo ker, harakah ker.. semuanya sama menjaga kepentingan masing2..
bila perlu baca, kita baca.. sebab info2 yang ada itu buat kita tahu apa yg berlaku.. bagi saya, wartawan hanya menulis mengikut fakta.. apa yang yang disampaikan daripada mulut2 orang itu sendiri..
kalau apa yg mereka tulis terpesong, dah lama surat khabar itu kene saman.
Jangan salahkan mana2 surat khabar dan mengaitkan dengan isu2 politik.. mereka hanya buat keje mereka.. menerima dan menyampaikan..
betul atau salah itu keje pihak berkuasa.. tanap surat khbar, sapa lah kita?
sebagai rrakyat malaysia yang cintakan demokrasi.. anda berpeluang memilih mana2 bahan bacaan yang anda mahukan.. tepuk dada tnya selera..
jgn kerana isu anwar yang tidak berkesudahan itu, surat khabar pulak yang hendak digembar gembur kan.. rakyat malaysia sudah bijak berfikir.. mana yang betul dan mana yang salah..
sabar..
lepas ni jgn lagi kamu baca utusan melayu kalau itu boleh menyemarakkan lagi perasaan marah.. baca harakah saja k? atau sekutu dengannya..
utusan melayu itu biar saya saja yang baca..
maafkan saya kalau ada kata2 saya yang mengguris perasaan.. seabgai umat islam, ukhuwah itu penting.. dan ukhuwah itu bermula dari kata-kata dan terus ke hati..
sekian
Catat Ulasan