Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 20 Mei 2011

Faktor Penyebab Anak Mendusta Dan Mencuri

ANAK dalam tahap awal pertumbuhannya kadangkala suka berkata bohong dengan menceritkan sesuatu yang tiada buktinya. Ia menceritakan kepada rakan-rakannya bahawa ayahnya membeli kereta baru. Ia bercerita juga bahawa ibunya membeli baju yang cantik. Atau mungkin ia bercerita kepada ibunya tentang binatang yang menemaninya berjalan.

Atau ia berbohong dengan cara menutupi peristiwa yang sebenarnya. Seperti ketika seorang anak mengatakan bahawa temannya telah memecahkan kaca. Atau ia tidak mengaku bahawa ia telah bertindak kasar terhadap saudaranya.

Semua jenis dusta ini bukan sifat semulajadi anak tersebut, sebab pada dasasrnya ia dilahirkan dengan membawa sifat seorang yang jujur. Maka anak terebut mustahil menjadi pendusta kalau tidak ada faktor yang mendorongnya berbuat demikian.

Beberapa faktor yang menjadi pendorong mengapa seseorang anak berdusta;

1. Untuk Menarik Perhatian


Ketika si anak berbicara di hadapan ibunya dalam tahap awal perkembangannya, ia mungkin akan membicarakan hal-hal yang tidak wujud, demi menarik perhatian kerana ia merasakan bahawa ayah dan ibunya tidak mahu memberi perhatian ketika ia berbicara seperti seorang dewasa.


2. Untuk Menghindari Hukuman


Kalau siibu bertanya mengapa adiknya terluka atau bajunya kotor maka mungkin ia tidak akan mengatakan perkara yang sebenarnya. Ia mengaku tidak melakukan semua hal tersebut, padahal hatinya ingin mengatakan apa yang sebenarnya. Tetapi mungkin kerana takut akan mendapat hukuman maka ia terpaksa menutupinya dengan berdusta. Semakin galak dan keras sikap orangtuanya maka semakin berani pula ia berdusta.


3. Meniru Gaya Orang Tua


Anak kecil selalu meniru dan mengikuti perilaku orangtua. Kalau ia mendengar ibunya mengatakan tidak kelaur rumah kepada ayahnya, sedangkan ia tahu ibunya keluar ke rumah jirannya. Atau ia menyaksikan ayahnya menghormati pemimpin ketika bertemu tetapi mencaci dan mencemuh ketika pemimpin itu sudah tiada. Maka perbuatan-perbuatan itu akan ditiru oleh si anak ketika ia bermasaslah dengan ayah atau ibunya.


Kesan Dari Berdusta


Mencegah anak supaya tidak berbuat dosa adalah hal yang mesti dilakukan seawal yang mungkin kerana dusta itu berbeza dengan perilaku-perilaku buruk yang lain. Dusta atau berbohong akan menyebabkan pelakunya dengan sewenang-wenangnya melakukan perbuatan tercela yang lainnya, tiada bezanya dengan penyakit Aids yang menyebabkan kehilangan kekebalan sehingga si penderita akan dijangkiti denga  penyakit yang lain,

Sebagaimana ucapan Imama Hasan Askari as, "Keburukan itu disimpan di suatu tempat dan dusta adalah pembukanya."


Kebohongan, samada yang kecil ataupun besar sememangnya tidak boleh dianggap kecil/enteng kerana dampaknya amat dahsyat. Orangtua hendaknya tidak memberi contoh yang buruk dan tidak memberi jalan supaya ia mahu melakukan dosa. Imam Sajjad as mengatakan, "Waspadailah dusta kecil dan besar baik ketika serius atau sambil main-main kerana jika seseorang tidak malu melakukan dusta kecil maka ia akan berani melakukan dusta besar."


Mengapa Anak-Anak Suka Mencuri


Mencuri adalah perbuatan yang burukl baik menurut pandangan umum atau agama. Jika anda memiliki anak-anak yang suka melakukan perbuatan sedemikian maka yang utama kita harus membezakan usia anak, antara yang baru berusia 3 tahun dan yang berusia di atas 5 tahun. Anak berusia 3 tahun belum dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Kerana ketika se usia sebegitu ia mencuri masih bisa dianggap bukan perbuatan buruk.


Untuk anak-anak yang baru berumur 3 tahun belum tiba masanya untuk dimaki dan dimarahi selama mereka belum memahami erti dari perbuatan mencuri dan ia tidak tahu bahawa barang yang diambil itu perlu mendapat izin dari tuan empunya. Atau katakan bahawa tidak baik mengambil barang orang lain tanpa keizinan, seperti juga kita tidak ingin orang lain mengambil barang dari kita.

Sementara bagi anak yang berumur di atas 5 tahun, maka itu juga tidak bererti ia tidak mendapatkan pendidikan yang baik. Kerana mungkin sahaja orang tuanya pelit.


Kalau begitu faktor apa sahaja yang membuuat si anak mendorong si anak melakukan kegiatan mencuri?

Kami akan menyebutkan beberapa faktor yang mendorong sang anak melakukan perbuatan mencuri;

1. Hubuingan yang gersang antara orangtua dan anak;
2. Anak tidak merasa puas keperluan emosinya;
3. Anak tidak mendapatkan perlakuan yang baik dari orangtuanya;
4. Perlakuan yang sangat keras dari orangtuanya dalam tahap awal perkembangannya;
5. Anak merasa tertekan secara emosionalnya.


Dalam tahap perkembangan kedua hal-hal seperti ini biasanya mendorong si anak  mencuri, khususnya ketika sudah berusia 7 tahun. Ia melakukan perbuatan itu untuk membalas sakit hati kerana perlakuan keluarganya atau kerana merasa ada sesuatu yang terampas darinya secara emosional atau tidak ada kehangatan dari keluarganya.


Merasakan Dikucilkan


Perasaan diabaikan atau dikucilkan dalam tahap kedua dari perkembangan anak adalah perkara yang gawat kerana saat-saat itu ia harus mendapatkan tempat di tengah-tengah orang-orang dan teman-temannya. Ia mencuri untuk menyenangkan sahabat atau menarik simpati dan kasih sayang dari mereka kerana ia merasa lemah. Atau ia mencuri juga untuk membanggakan diri di hadapan teman-temannya supaya dianggap sebagai orang yang berani sebagaimana yang ia sangkakan.


Apakah sikap kita terhadap anak-anak yang suka mencuri?


Anak-anak yang suka mencuri dalam tahap kedua dari perkembangannya, selama ia masih tinggal bersama orangtua yang tidak pelit, maka anak-anak seperti ini sangat mudah untuk diatasi dengan mencegahnya dari awal, memberikan perhatian, kehangatan dan kelimpahan emosional serta membantu berinteraksi dan bergaul dengan teman-teman yang baik akhlak untuknya.

Para orangtua harus memberikan perhatian yang sangat besar kepada anak-anak mereka yang telah mencapai usia 5 tahun. Tidak perlu memperlakukan mereka dengan kasar dan keras tetapi cukup dengan hanya memberikan pengertian bahawa perbuatan tersebut sangat tidak terpuji. Berikan penjelasan bahawa barang yang mereka ambil itu harus dikembalikan kepada tuan empunya.

Adalah merupakan satu kesalahan besar mempermalukan anak yang melakukan pencurian dengan mengumumkannya atau menyebarkan kepada orang lain, kerana perbuatan itu hanya akan mendorong si anak itu untuk mencuri dengan skala yang lebih besar dan ia lebih terdorong untuk membalas dendam kepada orang yang merendah-rendahkannya, mempermalukannya atau menuduhnya.

Sumber: Syiar edisi Muharram 1427H; terjemahan Nano Warno dari Asbabul Kidzi'inda 'Athfal dan Asbabul Kidzbi 'inda 'Athful.

1 ulasan:

fi berkata...

Kalau boleh nanti buat la entri pasal cara untuk elakkan benda-benda mcm tu jd kat anak2.. risau jgak bakal anak2 fyza jd mcm tu =="