Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.
Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.
Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.
Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.
Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.
Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.
Selamat Hari Guru
2 ulasan:
selamat hari guru
selamat hari guruu...
Catat Ulasan