Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 Mac 2012

Tema Tauhid: Suatu Cetusan Inovasi Terhadap Kuasa Duniawi



Islam meletakkan aqidah sebagai asas utama dalam perjuangan. Bahkan ia merupakan rahsia kekuatan Islam sepanjang zaman. Dengan kata lain, ISLAM TIDAK MELETAKKAN ISU SEBAGAI LANDASAN UTAMA kerana PERSOALAN AQIDAH ADALAH BERSIFAT MENYELURUH DAN EVERGREEN. Perjuangan yang berasaskan ISU akan tamat dengan selesainya isu berkenaan. Sebaliknya Islam sentiasa mengetengahkan isu-isu yang berpaksi pada aqidah untuk menjelaskan tuntutan sebenar tauhid. 


Kalimah syahadah La ilaha illa Allah yang menjadi tema tauhid itu sendiri adalah suatu cetusan revolusi atau perubahan besar-besaran di dalam jiwa dan kehidupan manusia kerana ia bererti pengakuan kepada kekuasaan menghukum dan memerintah tertinggi yang diserahkan hanya kepada Allah. Ia adalah cetusan revolusi terhadap kuasa duniawi yang telah merampas suatu sifat Tuhan yang utama iaitu menentukan perjalanan dan peraturan hidup manusia. Islam adalah revolusi terhadap kenyataan hidup yang bersandarkan kepada rampasan hak Tuhan itu dan juga merupakan suatu pukulan maut keatas sebarang peraturan dan kekuasaan yang tidak diredhai Allah.
Sebaliknya Islam menuntut manusia tunduk dan patuh kepada Allah selaras dengan pengertian kalimah Islam itu sendiri. Syed Qutb menyifatkan Islam merupakan revolusi didalam kehidupan manusia. “Seseorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidup yang lampau di zaman jahiliyyah.
Sikapnya terhadap segala sesuatu berlaku di zaman jahiliyah dahulu adalah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.” Ibn Taimiyah pula menyatakan apabila ucapan syahadah, itu merupakan ucapan yang sebenar, jadilah orang yang mengucapkannya itu ahliNya dan tergolong dalam golonganNya, manakala orang yang mengingkarinya adalah musuhNya dan orang-orang yang dimurkaiNya Risalah islam yang disebarkan melalui dakwah yang telah dimulakan oleh para nabi itu sendiri bersifat menyeru kepada Allah dan menentang taghut iaitu segala perkara atau sembahan yang bersifat merampas hak-hak keTuhanan sama ada dari sudut ibadah, undang-undang dan pemerintahan.
Tuntutan menzahirkan terjemahan kalimah tauhid ini dijelaskan sehinggalah dalam soal peperangan juga. Tujuan peperangan dalam islam sendiri adalah untuk memastikan bahawa islam menjadi penentu dalam percaturan politik dan hidup manusia agar kekufuran tidak melata dan Din Allah diatas segala-galanya sehingga Din al-islam ada dimana-mana.