Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 7 Mac 2012

Ayuh KUBURKAN KAPITALIS!



Gerakan Occupy Wall Street semakin mendapat perhatian dan mungkin merebak keseluruh dunia. Krisis ekonomi global sekarang ini menonjolkan penindasan, kerapuhan dan ketaktentuan terhadap sistem ekonomi riba-kapitalis. Ketidakadilan terserlah apabila kerajaan-kerajaan bersedia menyelamatkan bank dan instituisi kewangan yang gagal dengan wang rakyat akibat kerakusan mereka sendiri, tetapi sebaliknya tiada yang berusaha menyelamatkan nasib beribu-ribu rakyat biasa yang kehilangan tempat tinggal dan wang simpanan mereka.

Golongan biasa rakyat Amerika sekarang memberontak meminta mereka diberi layanan yang sama seperti gergasi perbankan dalam kadar pinjaman mereka. Peminjam ini kebanyakannya pinjaman pendidikan tidak dapat pertimbangan pengurangan kadar interest pinjaman kolej mereka; tidak seperti dinikmati oleh syarikat koperat yang mendapat berbagai keistemewaan dan pengecualian.  Akhirnya ia membuahkan hutang yang diluar kemampuan mereka. Sesiapa yang tamat belajar dari kolej akan mempunyai hutang yang mengambil masa berdekad untuk dilunaskan. Purata USD23,000 seorang pelajar; sesiapa yang mengambil ijazah profesional mencecah bebanan enam angka! Inilah bebanan yang menimpa generasi muda Amerika akibat kezaliman sistem riba-kapitalis dan menyebabkan mereka bangkit memberontak dihadapan mercu tanda kapitalis dunia itu sendiri - wall street. Bencana seperti ini juga menimpa setiap generasi muda yang tamat pendidikan tinggi dinegara kita!

Walaupun negara kita mengembar-gemburkan mengamalkan kewangan Islam tapi hakikatnya ia adalah pembohongan atas nama Islam. Ia lebih kepada pelengkap kepada sistem Kapitalis; bahkan lebih menonjolkan ketidak adilan kepada rakyat yang terdesak. Baru-baru ini seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa beliau membuat pinjaman peribadi secara islamik, pinjaman ekpress dengan kaedah syariah dinamakan Financing-i. Prosedurnya amat mudah, dalam masa 2 hari sahaja beliau mendapat pinjamannya sebanyak RM5,000. Tetapi amat mengejutkan kadar 'keuntungan' yang dikenakan adalah 25% setahun dan dalam masa 5 tahun pinjamannya jumlah penyelesaiannya mencecah RM11,250! Ini merupakan satu omokan terhadap keadilan Islam!

Padahal dalam al-Quran dengan jelas menyatakan, penambahan hutang akibat penambahan tempoh masa adalah jelas riba;

"Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

Baru-baru ini juga saya terdengar dalam radio Ikim tentang porak puranda menimpa masyarakat akibat penindasan bank kapitalis ini. Nasib seorang lelaki yang hidupnya bahagia tiba-tiba berubah selepas beliau mengalami kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama. Masalahnya bermula apabila beliau tidak mampu menjelaskan bayaran pinjaman perumahan akibat tidak bekerja dan di istiharkan bengkrap oleh mahkamah. Seterusnya beliau terpaksa juga dimasukan penjara kerana tidak mampu juga membayar jumlah yang ditetapkan mahkamah dan menyebabkan rumah tangganya porak peranda. Masalahnya mungkin beliau gagal menyelesaikan pinjaman mungkin hanya RM100,000 tapi kisahnya berlainan jika beliau membuat pinjaman hutang RM1 billion atau RM7 billion; maka pihak berkuasa sedaya upaya akan memberi bantuan, bahkan mungkin mahkamah sendiri akan mempertahankan beliau...

Pernah saya bertanya kepada seorang pengurus perbankan Islam terkemuka, bagaimanakah sistem perbankan Islam menetapkan kadar keuntungan? Beliau mengatakan tidak pasti, beliau hanya membuat pengiraan berdasarkan tetapan yang dibuat oleh perisian komputer dan kadarnya adalah selaras dengan jumlah pasaran semasa. Perbezaannya hanyalah dari segi terma-terma instrument kewangan. Sebenarnya setakat ini tidak adapun rumusan formula yang berdasarkan Syariah. Semua ekonomi berdasarkan sistem kapitalis, yang menetapkan kadar keuntungan akan bertambah apabila bertambahnya masa. Semuanya berdasarkan formulasi Time Value Money.

Krisis kapitalis dan kononnya perbankan syariah hari ini ialah kerana mereka tidak percaya bahawa riba itu bukan perniagaan, pinjaman ialah jumlah hutang yang tidak bertambah dengan masa dan sedekah lah yang sebenarnya mengembangkan ekonomi!

Perbankan Syariah cuba berselindung bahawa pinjaman itu adalah perniagaan, tetapi kalau perniagaan mereka mesti menanggung untung rugi bukan mengaut keuntungan semata-mata. Khilafah Islam telah membuktikan dan tersurat dalam sejarah apabila kewangan Islam dijalankan sepenuhnya; kemiskinan berjaya dihapuskan secara total. Kita cabar kapitalis ini tunjukkan modelnya yang kemiskinan boleh dihapuskan...hakikat sebenarnya kekayaan yang mereka maksudkan ialah hutang..debt based money system...hutang itu mereka cagarkan keatas kepala rakyat dan negara..NAH INILAH PEMBANGUNAN YANG KAMU MINTA!

Allah dan Rasulnya telah lama mengistiharkan perang terhadap Riba-Kapitalis, apakah yang menghalang kita untuk turun berjuang?

"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)