Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 28 Mac 2012

Persamaan Cubaan Bunuh Obama dan Duta Saudi


Oscar Ramiro Ortega-Hernandez penembak White House

Seorang lelaki umur 21 tahun bernama Oscar Ramiro Ortega-Hernandez dari Idaho telah ditahan atas cubaan membunuh Obama atau pun pegawai-pegawainya.

Ini berikutan tembakan yang dilepaskan olehnya tepat mengenai tingkap white house tetapi terhalang oleh cermin kalis peluru. Motif cubaan membunuh seperti yang dikemukakan kepada mahkamah adalah ganjil iaitu beliau mendakwa Obama adalah "anti christ" yang menimbulkan kebenciannya. Sumber mahkamah juga mengatakan mungkin lelaki itu mempunyai masalah mental. Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada mengemukakan sumber bahawa Obama adalah mungkin pengikut kumpulan rahsia Knights Templer.

Dakwaan terhadap beliau menimbulkan lebih persoalan kerana didapati beliau mempunyai tattoo yang mempunyai tulisan ISRAEL dikiri tengkuknya. Siapakah sebenarnya beliau? Apakah dia Mossad?

Tattoo ISRAEL jelas di tengkoknya
Kebolehannya membuat tembakan dari dalam kereta pada waktu malam dan tepat mengenai tingkap white house membayangkan beliau seorang penembak professional dan bukannya seorang mempunyai masalah mental seperti yang dilapurkan polis.

Pihak berkuasa menjumpai didalam keretanya selaras senjata semi-automatik Romanian Cugir SA lengkap dengan teropong jauh. Senjata ini juga banyak digunakan oleh tentera US dalam perang Iraq. Sekali lagi persoalan bagaimana seorang yang mempunyai masalah mental mendapat senjata yang terkawal dan melepasi kawalan keselamatan untuk melancarkan serangan tersebut.

Tetapi mengikut sumber FSB bahawa serangan itu dilancarkan oleh anggota salah satu cartel dadah Mexico yang sedang bertarung merebut kuasa kerajaan mexico. Terdapat dua kumpulan cartel dadah Mexico yang sedang berperang setakat ini iaitu Sinaloa Cartel dan Los Zetas Cartel, yang telah mengorbankan lebih 40,000 nyawa. Tetapi kumpulan Sinaloa Cartel dilapurkan mendapat bantuan senjata dan immunity dari CIA bagi mengimbangi kumpulan Los Zetas Cartel yang mampu menumbangkan kerajaan Mexico.
Sumber: www.washingtontimes.com

Jadi persamaan yang saya cuba kaitkan dalam kononya cubaan bunuh Obama dan cubaan membunuh duta Saudi (yang didakwa US di rancang Iran) adalah melibatkan cartel dadah Mexico!
Sumber: www.miamiherald.com

Apakah ini amaran CIA terhadap Obama supaya melancarkan perang terhadap Iran atau menerima nasib seperti John F. Kennedy?

Sumber: petunjukzaman.blogspot.com"