Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 23 Januari 2012

KEINDAHAN DUNIA LAUT BAHG 4











MATA PALSU

Sistem pertahanan lain yang kita boleh lihat ialah kewujudan mata palsu.. Sesetengah ikan mempunyai kulit yang bercorak tompok ‘mata besar’ di belakang ekornya.Tompok-tompok ini menjadikan mereka seolah-olah mempunyai saiz berbadan besar. Selain itu, ia juga mengalih perhatian musuhnya tertumpu kepada ekornya, daripada menyerang pada bahagian badan yang lebih bahaya iaitu kepala, dan ini memberi peluang kepadanya untuk melepaskan diri.  Mata sebenarnya juga kurang menyerlah dengan adanya corak hitam berjalur lebar.Semestinya, corak ini tidak terhasil dengan sendirinya, tetapi telah dicipta khusus sebagai alat perlindungan .

Adalah mustahil untuk membezakan kepala dan ekor ikan ini. Mata palsunya yang terletak di belakang badannya adalah alat pertahanan yang sempurna… Namun, apa yang lebih menakjubkan, hidupan ini bukanlah tumbuhan, tapi seekor kuda laut!

 Ikan badut ini tinggal di persekitaran di mana ikan-ikan lain berasa mustahil untuk memburunya. Tumbuhan laut yang didiami oleh ikan ini mempunyai racun yang sangat berbahaya yang dapat melumpuhkan segala jenis hidupan yang menyentuhnya.   . Namun, ikan badut  imun sepenuhnya terhadap racun ini. Ini kerana terdapat selaput pelindung yang tidak kelihatan di  badan ikan ini yang menghentikan tindakan berbahaya kapsul berbahaya daripada tumbuhan tersebut. Apabila ia menghampiri tumbuhan ini, ia merendahkan bahagian perutnya dan mula memecahkan kapsul-kapsul ini.Terima kasih kepada selaput lutsinar ini yang  meyelamatkannya, dan selepas beberapa kali menyentuh tumbuhan ini, imuniti ikan tersebut semakin meningkat. Ia sekarang boleh tinggal bersama-sama tumbuhan ini dengan selamat.

Untuk menyatakan bahawa penyamaran, perubahan bentuk badan, dan beberapa lagi cara sistem pertahanan wujud dari masa ke semasa atau berlaku secara kebetulan adalah dilihat sebagai jawapan yang tidak logik. Hidupan-hidupan ini, yang tidak memiliki kebijaksanaan dan pemikiran logik, masih terus hidup kerana sistem biologi yang dicipta secara unik untuk mereka.

Hanya Allah Yang Menganugerahkan mereka dengan aset kehidupan yang penting dan khusus, sesuai dengan tempat tinggal mereka.

Dia berfirman mengenai kebenaran ini di dalam sepotong ayat Al-Quran:

 … Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. (Surah Saba’: 21)

SIMBIOSIS

Sebahagian hidupan laut perlu kerap membersihkan badan mereka daripada kulat ataupun parasit yang hidup di atas badan mereka. Namun, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan tugas ini.

Untuk tujuan ini, mereka mendapat bantuan hidupan lain. Sesetengah spesis, secara normalnya, ia mungkin menjadi mangsa, boleh berenang bebas sesuka hati di sekitar haiwan yang lebih besar untuk membersihkan parasit dan kulat dengan cara memakan hidupan-hidupan kecil itu.

Kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perlakuan ini. Satu pihak mendapat makanan, dan satu pihak lagi mendapat ‘servis’ pembersihan. Walau sebesar mana haiwan pun, seperti ikan jerung atau ikan paus, mereka perlu dibersihkan dengan cara ini. Mereka membenarkan hidupan kecil untuk melakukan tugas ini, berenang bebas di sekeliling dan di dalam mulut mereka sendiri, tanpa mencederakan hidupan kecil ini. Hidupan-hidupan kecil ini melakukan tugas ini dengan tiada rasa takut kerana tahu tiada apa yang akan mencederakan mereka.

Tiada ulasan: