Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 21 Januari 2012

KEINDAHAN DUNIA LAUT BAHG 2

Taktik-taktik Pertahanan

Persekitaran yang didiami oleh haiwan laut menyediakan pelbagai sumber makanan kepada mereka. Walaubagaimanapun, mereka juga di dalam keadaan bahaya kerana diburu untuk menjadi makanan bagi haiwan lain.  Oleh sebab itu, sistem pertahanan adalah sangat penting.  Sistem pertahanan dan teknik pemburuan haiwan-haiwan ini adalah sangat menakjubkan. Walaupun mereka tidak memiliki kebijaksanaan, mereka mempamerkan corak perlakuan  terancang terhadap persekitaran. Sebahagian melakukan pertahanan diri daripada musuh mereka dengan cara menyamar hidupan lain dan sebahagian menghasilkan racun.Terdapat juga yang menyembunyikan diri dengan menukar warna kulit badan supaya menyamai warna dan bentuk persekitaran. Ini dinamakan sebagai teknik penyamaran.

Penyamaran merupakan antara teknik yang menakjubkan yang dipunyai oleh hidupan laut untuk melindungi diri. . Disebabkan teknik ini, ikan-ikan tidak dapat dilihat oleh musuh-musuh mereka. Badan mereka menyamai warna dan bentuk persekitaran mengikut kesesuaian dan kadar tertentu. Kadang-kala, adalah sangat sukar untuk membezakan dengan sekali imbas, samada ini ialah tumbuhan atau haiwan.

Salah satu hidupan laut yang menggunakan teknik ini ialah ikan ‘kala jengking’ (ikan scorpion).

Adalah  sukar untuk membezakan ikan scorpion yang tersembunyi dan tidak bergerak, dengan batu-batu karang di sekitarnya.  Terima kasih pada kebolehan penyamaran ini, ikan ini terselamat daripada menjadi mangsa kepada ikan besar ini. Kebolehan ini juga membolehkan mereka memburu dengan mudah, tanpa disedari haiwan lain.

Ikan scorpion ini adalah antara contoh terbaik yang menggunakan ‘kuku’ sebagai ‘cangkuk’ semasa berenang. . Ia berenang di sepanjang dasar lautan, bersedia setiap masa untuk melindungi diri daripada bahaya yang boleh muncul tiba-tiba. Dengan sekelip mata, ikan scorpion ini menenggelamkan diri di dalam pasir untuk tujuan penyamaran. Dalam masa beberapa saat, ia hilang dari pandangan. Amat mustahil untuk mengenalpasti ikan scorpion ini yang kaku tidak bergerak ini di dasar laut.

Hidupan laut lain yang menyembunyikan diri dengan cara penyamaran ialah ketam. Apabila bahaya datang, ketam ini menyembunyikan diri dengan menyorok di dalam pasir dan akan berada di situ sehingga bahaya hilang. Pada masa yang sama, matanya yang dicipta khas untuk memerhatikan dari dalam pasir,  tidak lupa untuk memerhatikan keadaan alam sekitar. Hidupan lain yang boleh melakukan penyamaran ialah ikan flounder. Apabila ikan ini berenang di permukaan air, satu perkara menarik berlaku.  Ikan ini menukar warna kulit badannya mengikut warna dasar laut di mana ia berenang.  . Ia boleh berubah dari warna putih kekelabuan di kawasan batu-batuan atau pasir, kepada warna bercorak hijau di kawasan yang padat dengan rumpai laut. Ikan ini tinggal di kawasan pasir dan secara pantas boleh berubah corak mengikut persekitaran.

Hidupan bawah laut yang kita bincang setakat ini telah dicipta sebaik mungkin untuk melakukan penyamaran warna badan termasuk warna mata mereka. Mata mereka sentiasa berada di atas permukaan pasir ketika seluruh badan mereka terbenam di dalam pasir, membolehkan mereka memerhatikan persekitaran dengan selamat, seperti sebuah teropong periskop kapal selam.

Sotong katak dikenali sebagai penyamar yang mahir. Haiwan ini mempunyai kebolehan untuk menukar corak dan warna pada badan mereka dalam masa yang singkat.

Perubahan warna pada hidupan-hidupan ini membuktikan penciptaan mekanisma pertahanan yang hebat. Adalah sangat jelas seekor ikan tidak  memiliki kebijaksanaan untuk menukar warna kulit dengan sekelip mata.Sekiranya kita menganggap ianya ada kebolehan tersebut, bagaimana ia tahu mekanisma fisiologi mana yang berlaku yang membawa kepada perubahan itu?Dengan cara apa mekanisma ini dicipta di dalam badan, dan bagaimana mereka melakukannya?

Seekor ikan yang tidak memiliki kuasa untuk berfikir, menilai, dan merancang tidak mampu memperolehi kebolehan kualiti penyamaran ini dengan sendiri.

Ini jelas menunjukkan, sistem yang kompleks yang melibatkan perubahan warna ini tidak berlaku secara kebetulan.

Pencipta kepada keajaiban alam ini ialah Tuhan Yang Maha Esa, yang Maha Menciptakan kesemua hidupan daripada tiada dan mengurniakan mereka dengan mekanisma pertahanan dalaman untuk terus hidup.

Tiada ulasan: