Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 11 (TAMAT)

 Kod #9: Star of David

Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.

Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?

Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David

Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David

    Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet
    di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara
    dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari

    Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, penulis biarkan anda membuat kesimpulan.


Buta hati kamu. Wahai saudara Hindu, carilah kebenaran sebenar. Saya pernah berbual sendiri dengan seorang bekas Sami Batu Caves (berkasta Brahmin). Beliau telah menceritakan kepada saya, kisah hidupnya yang begitu menyentuh hati saya dan membuatkan saya amat bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam. Beliau sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya yang berjaya (beliau adalah bekas penuntut University Of Oxford) semata-mata demi Islam. Dan beliau telah cuba dibunuh oleh Hindraf atas arahan ayahnya sendiri kerana memeluk Islam, kepalanya ditetak, perutnya ditikam sehingga tembus dan urat nadi dia dipotong. Doktor meramalkan dia dapat hidup 3 bulan sahaja dengan keadaannya tetapi Allah maha berkuasa, sehingga sekarang beliau masih hidup dan sudah lebih 3 tahun beliau mengalami peristiwa itu. Kata-katanya yang begitu menyentuh ialah, semuanya kerana Allah, semuanya kerana Allah.

Tetapi apa yang menyedihkan, berapa ramai melayu Islam yang murtad! Betapa tidak bersyukurnya mereka dan begitu nipisnya iman mereka sedangkan itulah nikmat yang paling besar, Iman dan Islam. Carilah kebenaran, dan kamu akan temui cahaya kebenaran di celah-celah kegelapan.

    Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi penulis pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini penulis ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.

    Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya...ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad... dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.

    Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis..."sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya...?". Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori penulis ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?

    Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan 'bergaya' di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.

    Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.

    Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.

    Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.

    Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.

    Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.


Masih ingatkah anda dengan sabda Rasullulah s.a.w?

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Jika Rasullulah masih hidup, baginda akan mempertahankan umatnya dari Dajal ini, tetapi baginda telah wafat dan menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menepis fitnah dajal ini. Bagaimana kita mahu untuk menepis fitnah Dajal ini? Kita mestilah memperkuatkan diri kita dengan ibadat, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, tinggalkan segala hal yang boleh melemahkan iman kita dan kita juga mestilah melengkapkan ilmu di dada untuk menolak penyelamat yang salah ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah dari fitnah Al-Masih Ad-Dajal!

Jika ada pendapat atau sebarang komen, mari sama-sama kita bincangkan di sini. Mari sama-sama melengkapi antara satu sama lain. Kumpulkan puzzle bersama-sama. Dan semakin mudah ia akan lengkap. Insya Allah.

Tiada ulasan: