Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 14 April 2012

Ulasan Buku : Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia? ( part - 3 )



Pembodohan Pembahasan Tentang Bahtera Noh (ms 36-52)
Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.
(Gambar) Ekspedisi mencari bahtera Nuh di Gunung Ararat.
MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.
(Gambar) Gunung Armenia yang dikatakan terdamparnya bahtera Nabi Nuh.
Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.
Isi-Isi Penting Topik Ini
  • Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
  • MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
  • Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel danNational Geographic.
  • Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.
Kenyataan-Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradiksi-Kontradiksi Dalam Injil (ms 53-90)
Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :
“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”
Isi-Isi Penting
  • Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
  • Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
  • MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
  • MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucasdan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua.
  • Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.
Lima Juta Tahun Sebelum Adam (ms 91-109)
  • Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
  • MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh HerbertBlatsber,William MorrowCharles ThomasAshley Montagu dan Alfred Kroeber.
  • Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…
  • MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
  • Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turun Adam (ms 117-140)
  • MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
  • Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
  • Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
  • Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
  • Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.
Adam Dan Hawa Di Atas Potongan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 141-162)
  • Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya diZimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
  • MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhoveryang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
  • Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
  • Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
  • MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman...