Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 19 April 2012

Layakkah Melayu Moden dikenali sebagai Bani Qeturah/ Bani Ishak/ Bani Jawi ( Part-1 )



Istiadat Melayu masih wujud
Kini ramai dari anak Melayu yang sudah tidak mengetahui apa sebenarnya maksud "Jawi" ini. Apa yang mereka tahu hanyalah tulisan jawi. Malangnya tulisan Jawi juga semakin tenggelam dan bakal hilang dari pengetahuan Melayu Moden.





kehalusan Bani Jawi terpancar pada seni binaan


JAWI kini hanya diketahui sebagai salah satu jenis tulisan berunsurkan abjad Arab. Namun dari kajian beberapa penyelidik asing, terdedah satu rahsia terpendam. 


Kedudukan Bumi Jawi dari Kaabah




Ia mengenai kisah satu bangsa yang pernah mendominasi dunia satu masa dahulu tetapi kini hanya tersimpan dalam misteri sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai niat tersembunyi. 


Tiada siapa yang benar-benar tahu sebab sebenar kenapa ia cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia. Namun kebenaran itu akan tetap menampilkan dirinya secara tidak dirancang. Itulah juga yang akan berlaku kepada misteri ini. 


Semakin hari semakin jelas kewujudan bangsa purba yang mana di satu saat dahulu terpahat satu nama baru yang menarik, mereka digelar Bangsa Jawi oleh pedagang Arab. Sebelum itu tidak diketahui apa nama panggilan Arab untuk mereka selain “zabaq”. 


“Jawi” bukanlah bangsa baru muncul sebaliknya ia berasal dari satu bangsa terdahulu yang di kenali sebagai Mala, Mala-vu, Mala-yu, Mala-yang atau Jawaka yang dikaitkan dengan bangsa “Melayu” purba. 


Kajian masih diteruskan untuk mengesan asal usul perkataan Jawi ini. Belum ada jawapan yang konkrit sama ada ia berkait dengan perkataan ”levi”. “kawi”, “jawa” atau “lawi”. Ianya masih kabur dan terus diselubungi misteri.


Jawi meliputi seluruh bangsa di Nusantara ini yang menerima Islam sebagai pegangan. Ia adalah sebuah kesatuan besar, tiada lagi Melayu, Jawa, Bugis dan lain-lain. Semuanya terhimpun dalam istilah "Jawi" tersebut. Apa lagi jika kita sebutkan negara seperti Imdonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Fatani. Tiada semua itu. Inilah kelebihan Jawi berbanding bangsa, etnik dan puak. Ia lebih senonim dengan nama Kesatuan Islam Nusantara.


Dari sudud budaya Melayu “Jawi” hanya diikat dengan “Islam”. Selain dari yang beragama Islam walaupun dari rumpun Melayu atau Nusantara, tidak digelar sebagai Bangsa Jawi. Kita ambil pendekatan mudah dengan mengingat kembali budaya lama kaum Melayu ini. 


Satu masa dahulu, sebelum perkataan berkhatan menjadi popular ia disebut “masuk jawi”. Maksudnya sesaorang kanak-kanak Melayu tidak layak dipanggil “jawi” sekiranya belum akhir baligh yang dikait dengan “berkhatan” itu. Ini sebuah simbolik mengapa Jawi itu dikaitkan dengan Islam sahaja. Orang Jawi mesti berkhatan. Orang Melayu tidak semestinya berkhatan. 


Kesimpulan mudah Jawi adalah orang Melayu Islam yang telah dewasa dan berakal. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai, bangsa Jawi ini amat terkenal dengan sifat yang berlawanan dengan bangsa Arab. Sikap bangsa Jawi yang sentiasa merendah diri dan bersopan amat dikagumi oleh bangsa Arab sendiri. 


Setelah masyarakat Melayu bertukar menjadi bangsa Jawi, maka penulisan juga ikut berubah kepada abjad Arab di tambah dengan sedikit abjad Parsi (Ga Nga Pa Nya) untuk membolehkan sebutan Melayu-polinesia Austronesian (asli) bercampur Sanskrita itu dapat ditulis sepenuhnya. Terciplah sejarah Tulisan Jawi yang khusus untuk masyarakat Melayu Islam (Jawi). 


Dari beberapa kitab lama Melayu versi Jawi, telah dapat dikenal pasti apakah jenis manusia yang berbangsa Jawi ini. Selain dari Ilmu Islam yang lazim untuk umat Islam, bangsa ini amat meminati dan mendalami unsur “kebathinan” atau “kerohanian” yang mendarah daging dalam jiwa orang Melayu sebelum Islam. 


Orang Melayu Jawi ini menjadi satu entiti yang mendapat tempat khas dalam bidang tasawwuf yang menjadi pokok kepada ilmu kerohanian. Muncullah beberapa ulama Melayu Jawi yang terkenal dan ada yang dilantik sebagai guru malah mahaguru di Makkatul Mukarromah sebelum berkuasanya kerajaan Wahhabi Saud. Samaada dari Fatani, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi. Inilah ulama Jawi yang dikagumi oleh Arab. 


Kegahirahan Bani Jawi terhadap agama Islam amat menakjubkan. Letusan dari ketekunan mereka maka muncullah beberapa ulama yang bertaraf Wali Allah dari bumi ini yang disanjung hingga akhir zaman seperti Habib Noh, Tol Kenali, Tuan Tulis, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Wali Sembilan di Pulau Jawa dan banyak lagi (beratus orang) tidak termasuk para wali yang mengelak dari kemasyhuran tersembunyi dari pengetahuan umum. 


Pada masa ini pun masih ramai Wali Allah yang bermukim di bumi Jawi ini walaupun tidak diketahui ramai. Mereka sedang menanti “mujahid” yang bakal muncul dan menjadi penghulu mereka diakhir zaman ini. 


Jalan yang diteroka oleh para ulama inilah (kesemuanya beraliran Ahlussunah wal-Jamaah) menjadi pegangan segenap ahli masyarakat sehinggalah wujudnya kumpulan ulama baru yang cuba menukar arah kepada aliran wahhabiah dan kini wujud pula penggerak aliran liberalisma. Perkembangan ini menolak jauh apa yang dipusakai dari para ulama tersebut. Ia berupa malapetaka yang terpaksa kita semua hadapi atas kesilapan kita sendiri. 


Kita pernah mendengar perkhabaran bahawa Islam akan bangkit dari timur. Adakah “timur” di sini bermaksud Nusantara atau Gugusan Melayu? Ia masih menjadi tekateki. Walaubagaimanapun Islam pernah bangkit di daerah “timur” tetapi bukannya Kepulauan Melayu. Adakah itu maksud sebenar perkhabaran tersebut, tidaklah diketahui. Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dan Iman al-Ghazali muncul sebagai ulama tersohor di zaman Abbasiah (500 tahun selepas Hijrah) berasal dari daerah Jilan dan Khurasan iaitu timur Madinatul Munawwarah tempat Nabi saw berucap. 


Kedua ulama ini memberi cahaya baru dalam kebangkitan masyarakat Islam 500 tahun selepas kewafatan Nabi saw. Namun ia masih jauh dari zaman akhir yang sedang kita tempuhi sekarang. 


Memandangkan Islam semakin luntur akibat gangguan hebat gerakan wahhabiah dan liberalisma (dikatakan sengaja diatur oleh zionis antarabangsa untuk melemahkan Islan dari dalam) selain gerak kerja Jesuits kristian (jubah hitam) dari arah luar. Bermula dari situ terbitlah era baru yang membawa manusia mengejar kebendaan dan kuasa. Untuk mengisi slot terakhir ketamaddunan dunia sementara ini, Islam perlu bangkit semula. 


Darimanakah kebangkitan ini akan bermula? Buat masa ini hadis Rasulullah saw yang menyatakan Islam akan bangkit dari “timur” itu masih terpakai kerana tiada sebarang nas lain yang menunjukkan arah selain dari itu. 


Islam akan bangkit secara berkala setiap 500 tahun. Secara kasarnya, tahun 500 Hijriah (1100 M) diikuti tahun 1000 Hijriah (1600 M) dan akhirnya zaman ini tahun 1500 Hijriah. Mungkinkah mujahid itu dari kawasan yang sama juga iaitu Khurasan? Cuba perhatikan, apa yang kita maklum perkembangan Islam di India amat hebat di sekitar tahun 1600 masihi, mungkinkah itu bermaksud kebangkitan kedua? 


Kita lupakan dahulu persoalan tersebut. Apa yang penting ialah mencongak adakah benar masa kebangkitan “Mujahid” baru akan menjelang 1500 Hijriah sekitar tahun 2020 hingga 2030 ini? 


Dari perkiraan tempat ia memberi satu petunjuk. Kebangkitan pertama terjadi di Khurasan dan Iraq, kedua berlaku di benua kecil India dan dimanakah yang ketiganya? Masihkah di sekita Khurasan dan India atau di tempat lain? Adakah di tempat yang lebih jauh ke arah timur? Iaitu Bumi Melayu tanah asal Bani Jawi. 


Sesungguhnya Bumi Jawi ini penuh dengan misteri. Islam bertapak kukuh di kelilingi pengaruh Buddha dan Hindu. Bangsa yang sanggup mengenepikan agama nenek moyang dan menerima Islam dengan hati rela. Islam tidak akan mudah disingkirkan dari hati orang Melayu Jawi ini kecuali melalui usaha yang mahal harganya. Melalui kerja jahat serta tipu helah dan muslihat proksi Iblis. 


Lihat sahaja di Selatan Thai yang asalnya sebuah kerajaan besar Melayu Fatani serta Selatan Filipina dan Kepulauan Sulu yang telah mengalami musibah buruk, diperangi sejak zaman berzaman. Islam tidak mudah terlucut. Pertolongan Allah terhadap bangsa ini. Tidak mustahil juga pejuang Islam akan bangkit dari dua wilayah bergolak ini. 


Waktu berlalu semakin pantas. Kita sedang berada dikecamuk petaka buatan manusia. Oleh kerana ia merupakan tuntutan fitnah akhir zaman, tentu sekali kita tidak dapat melarikan diri dari kekusutan akal untuk melihat kebenaran. Kecamukan ini bertindih-tindihan dan menjadi semakin kusut. Terpinga-pinga meniti arus dalam keraguan, adakah kita masih berada di landasan yang benar atau sedang lemas dalam lautan fitnah. 


Masanya sangatlah hampir, kita berada dalam tahun 1432 H sekarang, hanya 18 tahun menjadi landmark kebangkitan ini (1500 Hijriah), dan mungkin juga lebih awal dari itu. Wallahu a’lam. 


Sedutan dari: Alter Paling Rahasia Bangsa Melayu IV oleh Mistisfiles Mengapa wilayah Khurasan (asal) dan Asia Tenggara sedang diawasi oleh Zionis, proksi Dajjal? – halang kebangkitan tentera al Mahdi. 


bersambung.........