Ada juga isu yang sengaja dibangkitkan oleh mana-mana individu yang zahirnya nampak baik namun sebenarnya racun kepada perjuangan. Di sinilah kebijaksanaan pertimbangan politik dan Fiqh Aulawwiyat menjadi penanda aras kepada tindakan seseorang.
Isu yang paling mudah ialah isu pencalonan Dr Hassan Ali yang sengaja diperbesar supaya enak diperbincangkan oleh ahli Pas sendiri yang mana akhirnya boleh membuahkan benih-benih perpecahan di kalangan ahli . Jawapan yang paling bijak Oleh Dato’ Seri Presiden tempohari pun seakan tidak boleh menghentikan pertikaian ini. Presiden telah menunjukkan akhlak contoh yang baik dengan mengatakan perkara ini belum diputuskan diperingkat pusat demi menjaga kerukunan jemaah namun masih ramai yang seronok menjadi penyambung lidah musuh. Musuh kepada perjuangan Islam!.
Pedulikan kesukaan atau kedinginan kita kepada mana-mana pimpinan. Selagi berbaiah sebagai ahli gerakan Islam maka adab sebagai seorang da’i perlu dijaga. Jika kita tahu keburukan orang barangkali orang lain lebih tahu keburukan kita cuma memilih untuk berdiam kerana beradab.
Membahaskan isu-isu dalaman yang tidak boleh membawa kebaikkan kepada parti adalah satu tindakan yang paling tidak cerdik. Bukan sekadar mulut ke mulut malah hingga ke akhbar dan media baru. Pihak musuhlah akan oportunis meniup bara supaya menyala menjadi api perpecahan. Setiap ahli Pas perlu ada ‘sensor’ tarbiyyah untuk mengesan isu manakah yang perlu diketengahkan dan isu manakah yang perlu diabaikan. Berfikirlah sebelum bercakap walaupun sebenarnya banyak perkara yang ingin kita perkatakan.