Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 20 Disember 2011

Pemerintah Malaysia Menerapkan Sistem Kufur. Begitu Hina!



Gara-gara curi coklat RM3, penganggur didenda RM500, penjara sehari
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Gara-gara mencuri tiga keping coklat yang berharga RM3 dari sebuah pasar raya minggu lalu, seorang penganggur dihukum penjara sehari dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.  Shaiful Azhah Shaiful Azmi, 18, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.  Tertuduh didakwa mencuri dua keping coklat jenama Kit Kat dan sekeping lagi yang berjenama Brushberry di pasar raya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada pukul 2 petang, 2 Disember lalu. Pada prosiding berasingan, rakan lelaki terbabit, Mohd. Azlil Al Jefri, 18, turut menghadapi hukuman serupa bagi kesalahan mencuri yang dilakukan pada tempat, waktu dan tarikh yang sama. Mohd. Azlil mengaku mencuri dua keping coklat jenama Kit Kat dan empat botol syampu yang keseluruhannya berjumlah RM52.40. Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Zulkifli Osman mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. Selain itu, mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh terbabit yang tidak diwakili peguam bela dipenjara lima bulan lagi jika mereka gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua rakan itu menjelaskan bayaran tersebut.




Pemerintah Malaysia Menerapkan Sistem Kufur. Begitu Hina!


Secara fitrahnya seseorang manusia tidak suka hartanya dicuri oleh orang lain, hatta duit syiling 20 sen di dalam poket seluarnya sekalipun! Semua manusia tidak mengira bangsa, warna kulit dan agama di dunia ini menganggap mencuri merupakan perbuatan jenayah dan wajar dihukum. Bahkan, seandainya ada pencuri yang dapat ditangkap oleh orang ramai, penduri tersebut mungkin akan diterajang, disepak, dipukul dan sebagainya. Orang ramai lebih cenderung untuk “melaksanakan hukuman” terlebih dahulu ke atas si pencuri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diadili. Begitulah realiti kebencian orang ramai terhadap jenayah mencuri ini. Majoriti negara di dunia ini pula, termasuklah Malaysia sendiri, melaksanakan hukuman penjara dan denda untuk menghukum pencuri.


Di Malaysia, Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda bagi kesalahan mencuri. Apa yang pastinya hukuman tersebut bukanlah lahir dari aqidah Islam tetapi ianya diluluskan oleh akal-akal manusia melalui kelulusan badan legislatif, Parlimen. Inilah cara manusia membuat hukum dengan akal mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah jenayah ini.


Bagaimana pula dengan pandangan  Islam sebagai satu ad-Deen, satu cara hidup yang sempurna dalam menyelesaikan masalah jenayah seperti mencuri ini? Di dalam Sistem Hukuman Islam, jenayah mencuri termasuk di dalam kategori hudud dan takzir  Bagi kes yang berlaku di dalam berita di atas, mencuri tiga keping coklat yang berharga RM3 dan mencuri dua keping coklat dan empat botol syampu yang berjumlah RM52.40, perbicaraannya termasuk dalam kategori takzir. Ia tidak termasuk dalam kategori hudud kerana barang yang dicurinya tidak mencukupi nisab ¼ dinar emas (1.0625 gram emas) yang merupakan salah satu syarat dari tujuh syarat sabit kesalahan potong tangan.


Dari ‘Aisyah ra dia berkata: “ Rasulullah SAW memotong tangan pencuri pada (pencurian) ¼ dinar atau lebih”. [Penjelasan lanjut sila Rujuk SN124 –HUKUM ALLAH DIHINA ULAMAK]. Mengapa rakyat Malaysia baik muslim, para alim ulama’ mahupun orang kafir  tidak pernah mempertikaikan hukuman kufur Seksyen 380 Kanun Keseksaan ini walaupun kes mencuri itu  nilainya kecil (RM3, RM52.40) tetapi hukuman dendanya besar (RM500!!). Namun sebaliknya, jika hukuman hudud ingin diterapkan semua pihak bising dan begitu berani mempertikaikannya termasuklah para pemimpin negara yang beragama Islam, padahal hakikatnya hukuman hudud itu adalah hukuman yanag datangnya dari Allah, Tuhan Yang Maha Tahu terhadap segala masalah dan hajat manusia!


Tidak berhenti di situ sahaja, tugas Negara, selain menghukum pencuri di kalangan rakyat biasa, juga wajib menghukum syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas, Shell, Exxon Mobil dan yang lainnya yang sedang ‘merompak’ harta rakyat dengan menyedut hasil petroleum dan gas yang jumlahnya berbillion-billion ringgit. Ini adalah kerana minyak itu adalah milik umat bukannya milik syarikat-syarikat berkenaan. Begitulah kezaliman yang dapat diperhatikan hari ini – apabila rakyat biasa mencuri mereka dihukum, sebaliknya jika para pemimpin dan entiti korporat yang mencuri harta milik rakyat, mereka dibiarkan! Tiada penyelesaian lain bagi umat Islam dalam menangani masalah ini kecuali menegakkan kembali Daulah Islam iaitu sistem pemerintahan Islam yang akan dipimpin oleh seorang khalifah, dan khalifah tersebut akan menerapkan hukuman yang sepatutnya kepada pencuri sama ada hukuman hudud atau takzir sesuai dengan nisab yang dicuri. Khalifah tidak akan sekali-kali bersikap “double standard” dalam menjalankan hukuman terhadap rakyat biasa, ahli dan entiti korporat, konglomerat mahupun pegawai kerajaan yang mencuri. Semuanya akan dihukum dengan hukum Allah kerana Khalifah sebagai pelaksana hukum syarak wajib mematuhi perintah Allah.


“Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!”[HR at-Tirmidzi dari Aisyah RA].