Fitnah zaman kini tidak tertumpu hanya melalui kata-kata yang terhasil daripada mulut dan lidah. Fitnah era teknologi moden kini lebih berkesan, murah dan pantas tersebar melalui media baru seperti sms dan internet.
Kewujudan laman sosial dan laman sembang mempercepat lagi penyebaran sebarang fitnah dan dakyah kepada masyarakat. Kewujudan teknologi telah disalahgunakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk mencapai matlamat tidak baik.
Kewujudan laman sosial dan laman sembang mempercepat lagi penyebaran sebarang fitnah dan dakyah kepada masyarakat. Kewujudan teknologi telah disalahgunakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk mencapai matlamat tidak baik.
Sama ada sedar atau tidak, kehidupan kita kini dikelilingi oleh cerita/berita fitnah. Orang yang berniat jahat lebih tersusun perancangan dan propagandanya untuk mempengaruhi masyarakat untuk mempercayai berita/kisah fitnah yang mereka jaja. Ya, benar la kata-kata Saidina Ali Karramallahuwajhah, "Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang".
Golongan kaki fitnah ini bukannya tidak tahu akan dosa fitnah ini, tetapi syurga dunia lebih dikejar dan syurga akhirat ditinggalkan. Mereka seolah-olah tidak gerun dengan neraka yang sangat dahsyat siksaannya. Usah dihairankan kenapa mereka sanggup memfitnah mana-mana individu atau kumpulan, bahkan mereka sanggup lakukan lebih dari itu mungkin hingga ke tahap membunuh. Bukankah dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh?
Fitnah ini pula dalam pelbagai bentuk, sama ada berbentuk tulisan, gambar dan video yang sudah diubah/diedit, ditokok tambah, super impose, mengambil sebahagian ucapan untuk mengelirukan masyarakat tanpa ucapan penuh, menggunakan ayat quran dan hadis untuk meyakinkan msyarakat untuk mempercayai berita/cerita fitnah dan sebagainya. Bagi mereka yang memfinah, saat yang paling bahagia buat mereka pastinya saat apabila masyarakat mempercayai berita/cerita mereka tanpa usul periksa.
Masyarakat pula sangat mudah terpedaya dengan mempercayai kisah-kisah fitnah yang dijaja sama ada oleh media perdana atau media baru. Masyarakat akan menerima berita-berita yang mereka baca, tonton dan dengar bulat-bulat tanpa memeriksa terlebih dahulu kesahihannya. Dunia semakin gawat, apabila manusia lebih suka dan lebih percaya dengan kisah fitnah berbanding kisah benar dan fakta. Kisah-kisah fitnah ini akan terus diulang-ulang dan diputarbelitkan untuk menarik lebih ramai orang untuk mempercayainya. Sangat busuk akhlak golongan yang berada si sebalik kisah-kisah finah ini. Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka dan berhati-hati untuk menerima dan mempercayai sesuatu berita/cerita. Perlu dipastikan terlebih dahulu kesahihannya dan dipertimbangkan oleh akal yang waras dan iman yang teguh.
Lebih malang lagi, apabila diri kita sendiri terlibat dalam penyebaran berita fitnah dek kebiasaaan kita menyebarkan berita tanpa usul periksa.Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.
Jadikan sejarah lalu sebagai pedoman dan iktibar kepada kita semua harini, saksikan bagaimana fitnah menyebabkan peperangan dan kematian khalifah ketika era Khulafa al-Rasyidin. Imbas kembali juga bagaimana fitnah meruntuhkan kerajaan bani Umaiyah dan tidak terkecuali juga bagaimana tumbangnya empayar besar kerajaan Melayu Melaka.
Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Elakkan menyiram minyak di atas bara api!
#Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
#Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
,#Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat:Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan