Assalamualaikum, Seorang kawan ada memberitahu bagaimana orang orang UMNO mengutuk PAS, DAP dan PKR ketika persidangannya dan kutukan ini disiarkan pula oleh TV pengampunya. Katanya, yang pelik ialah kenapa ucapan ketika persidangan parti parti pembangkang tidak pula disiarkan seperti persidangan UMNO.
Sebenarnya tidaklah pelik mana kerana selama ini UMNO perpegang kepada prinsip "Hak orang adalah Hak dia, Harta orang adalah Harta dia" jadi tak kisahlah kalau TV yang antaranya dikendalikan oleh kementrian penerangan dan menggunakan dana rakyat digunakan untuk menyiarkan kutukan yang tidak langsung berasas.
UMNO sepanjang persidangnya tidak pernah menggariskan bagaimana mereka bakal memancu negara ke arah yang gemilang walaupun satu ketika dulu gemilang ialah antara retorik slogannya.UMNO mewar warkan transfomasi tetapi sepanjang persidanganya tiada langsung lontaran idea ke arah transfomasi itu dan paling penting idea transfomasi yang dicanangkan langsung tidak ada garis panduan Islam yang lengkap sesuai dengan pengakuan UMNO sebagai sebuah parti yang berjuang untuk umat Islam(sebenarnya melayu sekular).
UMNO menerusi perwakilan yang berucap nampaknya banyak menggunakan bahasa tadika "permata" ketika menghentam PAS,PKR dan DAP di mana mereka cuba menunjukkan bahawa ketiga tiga parti yang tidak bersetuju dengan mereka ini penyebab kenapa kemajuan negara tidak mampu diusahakan.Ungkapan tadika permata sebegini mungkin boleh menipu rakyat yang masih dibekukan otaknya dengan wang ringgit dan kemewahan yang sementara tetapi sudah tentu akan dinilai oelh rakyat yang berpadangan jauh sebagai satu helah untuk terus kekal berkuasa sambil terus dengan agenda penyangak mereka.
UMNO menerusi perwakilan yang berucap nampaknya banyak menggunakan bahasa tadika "permata" ketika menghentam PAS,PKR dan DAP di mana mereka cuba menunjukkan bahawa ketiga tiga parti yang tidak bersetuju dengan mereka ini penyebab kenapa kemajuan negara tidak mampu diusahakan.Ungkapan tadika permata sebegini mungkin boleh menipu rakyat yang masih dibekukan otaknya dengan wang ringgit dan kemewahan yang sementara tetapi sudah tentu akan dinilai oelh rakyat yang berpadangan jauh sebagai satu helah untuk terus kekal berkuasa sambil terus dengan agenda penyangak mereka.
Ketua pemudanya lulusan Oxford, tetapi berbicara seperti seorang yang baru masuk tadika permata Rosmah, begitu juga beberapa perwakilan terutama dari Penang yang secara tidak malu dan tidak sedar kebodohannya terus menuduh DAP sebagai perosak melayu Penang.
Dalam pada itu masih ada perwakilian yang cuba menunjukkan visi pandangan jauhnya bilamana membangkitkan tentang Iman dan Khalifah Osman Affan, tentang keperibadian yang mulia yang perlu dimiliki oleh calon mereka.Tetapi malangnya, perwakilan yang bercakap pasal Iman di depan ahli UMNO semacam tidak sedar atau dipukau kerana tidak menyedari bahawa Iman dan keperibadian mulia sudah tidak ada dalam kamus UMNO. UMNO secara terang terang sudah menolak hudud dan sudah secara terbuka tidak memasukan agenda hudud dalam rancangan transfomasi kerajaannya.Menolak hudud bermakna tidak menerima seluruh carahidup Islam yang diperintahkan ALLAH, malah dalam alquran ALLAH berfirman mengingatkan bahawa orang yahudi merupakan bangsa yang beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian perintah ALLAH.
Lantaran bagaimana perwakilan yang mengutarakan mengenai iman dan keperibadian mulia seperti Khalifah Osman Affan boleh menyebutnya tanpa menyedari bahawa UMNO juga sudah menjadi seperti yahudi, beriman dengan sebahagian dan menolak sebahagian perintah ALLAH yang lain?
Nampaknya masih ada ada yang petah bercakap mengenai Iman dan Islam dalam UMNO, bukan sahaja di persidangannya malah di luar juga, di corong corong radio, di kaca kata tv dan di dada dada akhbar tetapi malangnya kesemua bicara mengenai Iman dan Islam ini tetap menolak untuk membicarakan keperluan untuk melaksanakan hukum hudud yang merupakan had atau sempadan yang ditetapkan ALLAH bagi setiap hambanya.Ianya mesti dipatuhi dalam semua keadaan, tidak boleh diberi apa jua alasan untuk mengelakkannya dan yang paling penting hukum hudud bukan dilaksanakan sendirian tetapi dilaksanakan bersama sama carahidup yang dipandukan Islam.
Ini bermakna perlaksanaan hudud penting untuk transfomasi umat kearah kembali kepada carahidup ISLAM dan penting bagi menyelesaikan kesemua permasalahan sosial umat Islam hari ini termasuk permasalahan murtad yang menimpa bangsa melayu sekarang ini hasil kerja tangan UMNO.