Assalamualaikum,,.. Rayuan kes liwat DSAI sekali lagi ditekankan sebagai kes peribadi dan pembelaan terhadap rakyat yang dizalimi.Maka timbul persoalan apakah selama ini, setiap kes yang dibuang oleh mahkamah tinggi turut dirayu?
Banyak kes kes yang didapati tidak mempunyai bukti yang jelas telah dibuang kes oleh mahkamah tinggi yang melibatkan rakyat biasa seperti Saiful tetapi setakat ini tidak kedengaran satupun yang telah sampai ke mahkamah rayuan.Ataupun mungkin kerana ketiadaan publisiti seperti kes DSAI ini sedangkan semua kes yang dibuang mahkamah tinggi sebenarnya dirayu.Oleh itu suka juga bertanya kalau kalau ada kes kes yang telah dibawa ke mahkamah rayuan setelah ditolak oleh mahkamah tinggi.Siapa yang ada statistik dari pejabat peguam negara mungkin boleh membantu.
Saiful bukan satu satunya rakyat Malaysia yang dizalimi.Saiful bukannya satu satu mangsa liwat di negara kita.Ada kes yang diberitakan jangankan nak sampai ke mahkamah rayuan malah tidak langsung dibicarakan.Ada kes kes bunuh di mana yang dituduh dilepaskan oleh mahkamah tinggi tetapi tidak pula kedengaran ianya dibawa ke mahkamah rayuan.
Sehingga kini, Saiful merupakan satu satunya rakyat Malaysia yang dibela walaupun dalam keterangan yang didengari di mahkamah tinggi menunjukkan Saiful redha dengan tindakan DSAI meliwatnya.Saiful membawa bersamanya pelincir dan dengan rela berdiam diri ketika diliwat dan sempat pula duduk minum kopi bersama DSAI selepas itu.Kemudian Saiful menyatakan dirinya mangsa yang dimusnahkan maruahnya oleh DSAI dan menuntut keadilan.
Istimewanya Saiful kerana disokong oleh orang orang seperti Hisyamudin Hussein, tetapi tidak pula kedengaran Hisyamudin menyokong mangsa mangsa selain Saiful seperti mangsa raba bekas menteri dan mangsa liwat seorang artis.
Kenapa Saiful terlalu istimewa walaupun kejadian liwat seperti diceritakannya di mahkamah tidak langsung ada tanda paksa ke atasnya?
"