Tanggapan Salah mengenai Evolusi
Teori evolusi yang diperkenalkan pada kurun ke-19 oleh Charles Darwin, menafikan penciptaan Tuhan. Teori ini mengatakan bahawa semua hidupan di dunia ini berevolusi dan berkembang secara kebetulan, dari satu spesis ke satu spesis yang lain.Sekiranya kita meneliti sifat-sifat yang dimiliki oleh kesemua hidupan, ia menjelaskan bahawa teori evolusi Darwin itu hanya delusi (kepercayaan palsu) semata.
Terdapat dua sebab menjelaskan hal ini:
1- Sistem-sistem dan organ-organ di dalam semua hidupan adalah teramat kompleks. . Adalah sangat mustahil untuk perkara-perkara ini untuk terjadi dengan tiba-tiba seperti yang didakwa teori evolusi. Organ-organ dan sistem-sistem ini menunjukkan bahawa kehidupan ini telah dicipta dengan amat sempurna. Hidupan-hidupan yang pelbagai yang anda saksikan dalam filem ini membuktikan kesempurnaan ini.Ketam dan ikan flounder yang mempunyai struktur mata khas untuk membolehkan mereka melihat di sekeliling sekalipun mereka berada di dalam pasir… Sotong kurita yang memiliki sel-sel yang khusus untuk membolehkan mereka menyamar sekelip mata mengikut persekitaran…Ikan yang boleh menakutkan musuh-musuh mereka dengan corak mata palsu di bahagian ekor mereka… dan hidupan-hidupan lain, semuanya adalah bukti-bukti kepada penciptaan yang hebat ini. Adalah mustahil untuk mendakwa bahawa kesemua kejadian adalah berlaku secara kebetulan.
2- Sebab yang kedua ialah, apabila bukti fosil dikaji, ia menjelaskan bahawa pelbagai spesis hidupan yang dijumpai di dunia ini, wujud dalam bentuk yang sama pada hari ini,, membuktikan tiada pertalian evolusi di antara mereka. Teori evolusi mendakwa bahawa sepatutnya, terdapat ‘spesis pertengahan’ di antara spesis-spesis. Namun, tiada bukti yang membenarkan teori itu.
Ini juga boleh diaplikasikan kepada hidupan bawah laut.
Bukti fosil menunjukkan bahawa spesis ikan laut yang terawal wujud dengan struktur yang sempurna, dengan penciptaan badan yang khusus untuk mereka. Ikan-ikan ini tidak menunjukkan sebarang persamaan dengan hidupan invertebrate laut yang wujud sebelum mereka. Gerald Todd, seorang pakar palaeontologi mengetengahkan persoalan yang tidak dapat dijawab ini, di dalam artikelnya bertajuk “ Evolusi mengenai Paru-paru dan Asal-Usul Ikan-ikan Bertulang”.
Ketiga-tiga bahagian ikan-ikan bertulang ini dijumpai pada waktu yang hampir sama, mengikut rekod fosil. . Mereka sudah sedia berbeza secara morfologi, dan mereka dilengkapi dengan sistem pertahanan. ? Dari mana mereka berasal?Apa yang menyebabkan mereka begitu berbeza sekali? Bagaimana mereka semua dilengkapi dengan perisai pertahanat?Dan bagaimana tiada penemuan bentuk hidupan awal dan ‘pertengahan’?
Hidupan laut tidak mempunyai keturunan sebelum mereka, kerana mereka tidak berevolusi daripada hidupan lain. Mereka diciptakan seperti yang wujud pada hari ini.
Sekumpulan hidupan laut lain yang membingungkan para pakar evolusi ialah spesis ikan elektrik. Hidupan ini boleh menjana kuasa elektrik dan penting sebagai pertahanan, serangan atau alat komunikasi, adalah ciptaan yang mengkagumkan. Sebahagian ikan-ikan elektrik boleh menjana sehingga 500 volt kuasa elektrik.
Tambahan pula, wujudnya pelbagai jenis kumpulan ikan elektrik yang mempunyai struktur biologi masing-masing yang sangat unik. Pakar-pakar evolusi tidak dapat membayangkan wujudnya pertalian evolusi di antara ikan-ikan ini.
Subjek mengenai ikan elektrik ini membuatkan Charles Darwin, pengasas teori evolusi ini, berfikir panjang mengenainya dan memaksanya untuk menyatakan kebenaran.Dalam satu bahagian di dalam bukunya, “Asal-Usul Spesis” iaitu ‘Kelemahan Teori’, Darwin menyatakan seperti berikut:
. Ikan-ikan elektrik adalah satu lagi kes berbeza; adalah mustahil untuk menyatakan bagaimana organ-organ yang menakjubkan ini boleh wujud. …Apa yang lebih membingungkan, organ ikan elektirik ini hanya terdapat dalam beberapa jenis ikan sahaja, di mana mereka tinggal berasingan daripada kumpulan sejenis mereka. [Charles Darwin, Asal-Usul Spesis, edisi 6, muka surat 221]
Sebenarnya, kebingungan mengenai teori ini tiada penghujungnya.Kerana setiap hidupan di bawah laut memiliki mekanisma biologi yang menjelaskan kebijaksanaan penciptaanNya.
Satu contoh lagi seperti ini ialah sejenis ikan batu (rockfish) yang mempunyai teknik pemburuan yang menarik. Ia menarik perhatian mangsanya dengan melambai satu organ yang khusus di kepalanya, yang berfungsi seperti joran ikan.
Ikan archer (ikan pemanah) ini seperti pakar geometri kerana ia dapat mengagak secara tepat kedudukan seekor serangga yang dilihatnya, walaupun cahaya dari luar terbias apabila memasuki air. Ia menangkap mangsanya menggunakan air yang disembur dari mulutnya.
Sejenis spesis ikan yang tinggal di Amazon menangkap mangsanya dengan melompat lebih daripada satu meter dari permukaan air, dengan lompatan yang tepat pada sudut dan jaraknya.
Kesemua hidupan ini mendedahkan kepada kita mengenai satu kebenaran yang amat penting.
Setiap dari mereka adalah bukti hidup daripada Maha Pencipta.
Setiap satunya adalah ciptaan seni, dengan organ-organ yang kompleks, menggagumkan, dan warna-warna serta bentuk-bentuk yang amat unik.
Tiada lagi keraguan yang menunjukkan kehebatan Pencipta pada setiap ciptaan-ciptaan ini.
Dan keajaiban ciptaan hidupan bawah laut ini menjelaskan kepada kita mengenai kehebatan Tuhan, Tuhan segala lautan, bumi, ruang angkasa dan seluruh alam.
Penciptaan Tuhan yang menakjubkan ini diungkapkan dalam sepotong ayat Al-Quran:
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan