Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Januari 2012

KEINDAHAN DUNIA LAUT BAHG 3







Perubahan Rupa Bentuk

Sebahagian hidupan laut menggunakan cara berbeza daripada teknik penyamaran untuk melindungi diri.  Sebagai contoh, haiwan ini memiliki kebolehan penyembunyian yang sangat praktikal. Ia bersembunyi di bawah batu karang apabila berenang di dasar laut.

Ikan buntal yang masih muda ini bukanlah perenang yang baik. Oleh sebab itu, ia tidak boleh melarikan diri dengan cepat apabila pemangsanya mengejarnya. Walau bagaimanapun, ia memiliki sistem pertahanan yang sempurna apabila berhadapan dengan serangan. Apabila pemangsa menyerang, badannya akan mengembang. Apabila tidak dapat membaham ikan buntal ini kerana saiznya terlalu besar, pemangsa akan meninggalkan ikan buntal tersebut.. Ikan landak ini, mempunyai sistem pertahanan yang hampir sama dengan sistem pertahanan ikan buntal. . Ikan ini lebih besar daripada ikan buntal dan memiliki tulang belakang yang lurus di kulitnya.

Apabila ia terhidu bahaya yang akan datang, ia akan membesar dan mengembang dengan serta merta sehingga beberapa kali saiz normalnya.. Tulang belakangnya seakan ‘menegak’ apabila ianya mula membesar dan ia kelihatan seperti bola yang berduri. Ini menjadikan ikan-ikan lain yang pada mulanya mengidam untuk memakan ikan landak tersebut, akhirnya pergi meninggalkannya.

Apabila kita berfikir mengenai hal ini, kita dapat melihat bahawa ikan-ikan ini memiliki teknik pertahanan yang hebat dan tersusun. Ikan buntal ataupun ikan landak memiliki sistem badan yang dicipta khusus untuk menghalau musuh mereka dan juga sistem refleks untuk digunakannya apabila perlu.Adalah  mustahil untuk haiwan-haiwan yang tidak memiliki kebijaksanaan ini, untuk mencipta sendiri sistem ini di dalam badan mereka.

Ini jelas menunjukkan hidupan-hidupan ini telah sedia dicipta bersama dengan sistem-sistem ini.

Tuhan, Yang Menguasai Sekalian Alam, menganugerahkan hidupan-hidupan ini suatu mekanisma pertahanan biologi yang mengkagumkan, sepertimana Dia Mencipta segala hidupan di dunia ini dengan mekanisma yang sesuai mengikut persekitaran mereka.

Udang mentadak

Hidupan yang anda saksikan setakat ini hanyalah beberapa contoh kecil daripada pelbagai jenis spesis laut yang tidak terhingga banyaknya. Terdapat beribu jenis hidupan laut lain yang dianugerahkan dengan sistem pertahanan diri yang unik dan effektif.

Sebagai contoh, udang mentadak ini.

Udang mentadak yang kelihatan menarik ini, berlindung di bawah pepasir. Apabila udang ini ingin mencari makanan, ia menggunakan penyepitnya yang kelihatan seperti penukul, untuk mengeluarkan seekor kupang. Kemudian, ia menyiat daging kupang itu menjadi ketulan kecil dengan ‘memukul’ beberapa kali.

Pada masa yang sama, ia sentiasa berwaspada dengan kehadiran sotong kurita yang menghampirinya.  . Ia mendompak di hadapan sotong tersebut, sebagai satu amaran untuk tidak membuat kacau.

Sekiranya sotong kurita itu tidak beredar, udang tersebut akan menyerang tepat ke matanya. Serangan akan dilakukan secara berterusan sehingga sotong tersebut meninggalkan tempat itu. Udang itu bertindak seolah-olah ia faham yang mata adalah bahagian anatomi yang ditakuti oleh musuh sekiranya diserang. Udang itu mengekori sotong kurita sehingga ia pasti sotong itu benar-benar beredar sebelum pulang ke tempat tinggalnya.

Tiada ulasan: