Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 20 Januari 2012

KEINDAHAN DUNIA LAUT BAHG 1

Kita boleh menjumpai pelbagai jenis hidupan yang berbeza di muka bumi. Berjuta-juta haiwan, tumbuhan dan serangga hidup dalam harmoni di planet ini.

Hidupan yang pelbagai ini hanya boleh wujud sekiranya keseimbangan yang baik dan kompleks wujud di antara hidupan-hidupan. Jarak di antara bumi dan matahari, kecondongan paksi orbit bumi, kelajuan bumi berputar, komponen-komponen yang terdapat di dalam atmosferanya, dan keluasan air (laut) yang merangkumi tiga perempat keluasan permukaan bumi, adalah antara beberapa aspek yang amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hidupan di bumi ini.

Lautan, yang merangkumi majoriti keluasan permukaan bumi adalah anugerah yang amat bernilai untuk keseimbangan hidup di bumi. Banyak kejadian alam di atmosfera, seperti pembentukan hujan, angin dan seterusnya cuaca, hanya boleh berlaku dengan wujudnya lautan.

Tambahan pula, lautan memainkan peranan penting sebagai tempat tinggal kepada berjuta-juta hidupan. Penciptaan hidupan laut ini yang tinggal sejauh beberapa ratus hingga beribu meter ke dalam laut, adalah sangat menakjubkan seperti hebatnya penciptaan hidupan di darat. Penciptaan sistem dunia hidupan dasar lautan menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan yang tiada bandingan dan tidak terfikir oleh manusia.

Dari ikan sehingga ke tumbuhan lautan, dari hidupan bercengkerang sehingga ke ikan paus yang besar, dari ikan dolphin sehingga ke plankton, semuanya terlibat dalam mewujudkan kesimbangan ekosistem  bumi yang tiada cacat-celanya. Di dalam filem ini, hanya beberapa contoh hidupan laut yang menakjubkan akan dipertontonkan. Walaupun hanya sedikit sahaja yang akan dipertontonkan, seperti bagaimana hidupan-hidupan ini mendapatkan oksigen dan makanan, struktur fizikal dan tempat tinggal hidupan, akan mendedahkan kepada anda bahawa hidupan ini telah dicipta sebaiknya mengikut keperluan hidup masing-masing. Ini kerana Pencipta mereka Maha Mengetahui tentang segala sesuatu yang diperlukan untuk setiap hidupan.

Pencipta hidupan-hidupan ini ialah Tuhan yang Maha Hebat, Maha Mengindahkan dan Maha Mengetahui dengan amat teliti tentang setiap perkara yang wujud di permukaan bumi dan di dasar lautan.

Tiada ulasan: