Tetaplah Mada’in Salleh Sebuah Misteri Dan Tanda Bagi Yang Bertanya (ms 213-242)
- Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaumTsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arabcumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
(Gambar) Peninggalan kaum Ad & Tsamud di Madain Saleh
- Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
- Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
- Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A'jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
- Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
- Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.
Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 243-257)
- Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
- Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
- Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
- Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
- MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan
- Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
- Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
- Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
- Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu:“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“
- Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalammanuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka.
Pandangan Penulis
Saya lebih tertarik dengan fakta kelima (5) iaitu penghijrahan Nabi Musadan Bani Israel. Selepas membaca kenyataan Muhammad Isa Dawudtentang lagenda itu, tiada lain yang saya fikirkan iaitu adakah sebahagian orang Bani Israel yang melihat gambar-gambar itu di dasar Sungai Nil adalah termasuk Samiri yakni Dajjal (mengikut teori Isa Dawud). Jika Samiri adalah salah eorang individu yang melihat gambar-gambar itu, maka tidak syak lagi bahawa dia kelak akan cuba mendapatkan bantuan jin dalam mencari teknologi-teknologi baru. Kita sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan Allah pemikiran yang pantas dan genius. Maka sudah pasti Samiri (Dajjal) itu mengetahui peradaban itu ialah peradaban bangsa Jin. Ini hanyalah teori sahaja yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Hanya Allah jualah yang mengetahui segala.
Beberapa Kelemahan Yang Dikenalpasti
- Bahasa yang diterjemah ke Bahasa Malaysia kurang tepat walaupun dilakukan oleh orang Malaysia, masih terdapat beberapa perkataan Indonesia yang tidak diterjemahkan. Ini mungkin menganggu kekusyukan membaca dikalangan pembaca Malaysia.
- Agak mengecewakan pihak penerbitan Pustaka Syuhada (Malaysia) tidak menterjemah sendiri dari buku asli dalam bahasa Arab. Terjemahanatas terjemahan akan merosakkan beberapa ayat dan cara persembahan asal penulis buku tersebut.
- Font editing kurang kemas dimana perbezaan huruf tidak dibuat pada sebahagian ayat-ayat al-Quran, hadith dan pandangan penulis buku. Sebaiknya dialog, hadith dan pernyataan penulis di asingkan dalam perenggan (paragraph) lain.
Namun demikian usaha pihak Pustaka Syuhada menerbitkan tulisan Muhammd Isa Dawud amatlah dihargai. Mudah-mudahan pihak penerbit (Pustaka Syuhada) dapat membaiki kelemahan-kelemahan ini disamping menerbitkan lebih banyak lagi karangan-karangan ilmiah para penulis Arab di lain masa. InsyaAllah…
Untuk pembaca Indonesia, Singapura, Malawi, Brunei dan Bangladesh;
(Ulasan di atas adalah berdasarkan buku Muhammad Isa Dawud versi Bahasa Malaysia, kemungkinan pernyataan dan mukasurat terdapat sedikit perbezaan-Ibnuyaacob)