Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 April 2012

Sokong Ambiga Haram! Sokong Puak Zalim, Pengkhianat, Perasuah, Penipu dan Perompak x haram..?

Jenuh surat khabar dan TV yang pro-UMNO mengingatkan rakyat supaya jangan menyokong Ambiga pada himpunan Bersih 3 kelak kerana hukumnya haram dari segi fatwa ulama dan kitab UMNO. Haram kerana Ambiga menyokong LGBT. Memang dalam Islam menyokong LGBT itu haram tetapi Ambiga bukan orang Islam dan kita tidak boleh memaksa beliau supaya jangan menyokong LGBT. Kalau begitu jika Ambiga minum arak atau berjudi bermakna kita tak boleh jugalah menyokong Ambiga untuk himpunan Bersih 3 ini?

Jika diteliti antara Ambiga yang bukan beragama Islam dengan menyokong puak UMNO yang mengaku beragama Islam tetapi merompak harta rakyat, menindas dan menghalau rakyat, makan rasuah, menzalimi rakyat, menipu dan mengkhianat amanah itu tidak haramkah?

Menyokong UMNO lebih besar haramnya dari menyokong Ambiga kerana beliau tidak terikat dengan peraturan dan syariat Islam. Ulama syaitan dan pengampu UMNO kini saban hari bertempik melolong umpama anjing gila cuba menghasut rakyat supaya jangan menyertai Himpunan bersih 3 kerana bimbang seandainya UMNO tumbang dalam PRU13 mereka akan menjadi pemimta sedekah dan pengemis jalanan.

Begitu juga dengan tertubuhnya TIBAI yang dianggotai oleh golongan yang sudah rosak akhlak dan tidak punya moral lagi dengan tujuan untuk menyekat rakyat dari menyokong DSAI. Mereka lupa, PR berjuang bukan kerana DSAI dan PR tidak peduli siapa pun yang memerintah selepas PRU13 asalkan bukan UMNO/BN. Tanpa DSAI pun PR akan tetap berjuang untuk menjatuhkan UMNO. Puak-puak TIBAI ini patut berterima kasih pada DSAI kerana dengan adanya DSAI lah mereka boleh mencari rezeki haram dengan menjadi lembu bodoh UMNO untuk merekacipta fitnah terhadap DSAI. Tanpa DSAI mereka ini sudah tentu tidak diperlukan oleh UMNO lagi, dan ketika itu nanti mereka ini akan turut juga menjadi pengemis atau menjadi peragut.

Bersih 3 terpaksa diadakan untuk mencelikan mata rakyat yang ramai dibutakan oleh UMNO selama ini. Rakyat tidak sedar bahawa yang UMNO menang banyak pilihanraya sebelum ini dengan cara menipu. Jika menang dengan cara menipu maka selama ini kita diperintah oleh kerajaan haram. Inilah sebenarnya jelas haram untuk disokong. SPR kata akan cetak 5,000 buah buku untuk memberitahu rakyat bahawa mereka telus dan bersih.

Bagaimana seorang yang menipu boleh beritahu orang lain yang dia tidak menipu? Buku itu sebenarnya mendedahkan lagi bahawa SPR ini memang penipu. Sepatutnya biar pihak lain yang menyiasat, dan terbukti tiada penipun maka pihak itulah yang mendedahkan kepada rakyat bahawa SPR itu memang telus dan bersih. Samalah seperti UMNO yang mendodoikan rakyat bahawa mereka bersikap adil, telus, amanah dan tidak khianat sedangkan dalam masa yang sama rakyat boleh lihat sendiri kezaliman, penipuan, khiant UMNO dengan jelas dan berfakta.

Oleh itu, rakyat tidak payahlah terpengaruh dengan hasutan puak UMNO termasuk tokoh agama yang mewah hasil bantuan UMNO itu lagi. Pekakan saja telinga jika mereka bercakap. Anggaplah kata-kata mereka sama saja dengan kata-kata iblis dan syaitan.

Ingatlah bahawa tidak ada istilah "perpaduan" dengan golongan yang zalim, khianat, perasuah, penipu dan pendusta agama seperti UMNO, malahan menyokong mereka pun sudah jatuh haram. Wallahualam.