Alangkah terkejutnya penulis apabila membaca berita daripada Harakah bahawasanya pelajar-pelajar yang melakukan protes ke atas PTPTN di serang awal pagi Khamis lalu. Serangan itu telah dilakukan oleh samseng-samseng yang bagi penulis adalah seorang yang bebal dan menjadi kaki pukul atas arahan individu-individu tertentu. Individu tersebut tentu sekali mempunyai kepentingan tertentu dalam isu PTPTN. Sekaligus menjatuhkan maruah si samseng dengan serangan tersebut.
Apa salah anak muda tersebut sehingga bertindak menyerang mereka? Mereka hanyalah membuat protes agar PTPTN dihapuskan bagi mendapatkan pendidikan percuma. Mereka hanyalah berkampung dan tidak menjejaskan keselamatan masyarakat keseluruhannya kecuali ianya menjadi duri dalam daging kepada pemimpin-pemimpin BN. Mereka merasakan kepanasannya bagaikan dibakar kayu api seperti di neraka. Pendidikan percuma adalah salah satu dosa besar kepada pemimpin BN.
Kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut dan mengesali dengan berjanji memastikan kejadiaan serupa tidak berlaku. Namun sebaliknya mereka dengan angkuh sekali mengatakan pelajar yang berkampung di Dataran Merdeka amat patut di serang malah memberi amaran supaya tidak menagih simpati daripada masyarakat awam. Walhal sebelum ini pemimpin BN mengatakan Malaysia adalah negara selamat diduduki walaupun setiap hari laporan berita mengenai pembunuhan, rompakan, rogol dan banyak lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan.
Dialog antara pelajar dan menteri kementerian terbabit adalah merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi menangani isu PTPTN. Isu ini boleh diselesaikan dengan cara berhemah bukannya dengan cara provokasi seperti kejadian serangan tersebut. Adalah amat dikesali Malaysia mempunyai pemimpin-pemimpin kerajaan yang bebal dan lepas tangan hanya demi survival materialistik mereka.
sumber: cayrul