Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Ramai Manusia Meroyan Dengan Tarikh 11.11.11



11 November 2011, kelihatan sebahagian besar penduduk bumi menggelabah. Meroyan dengan tarikh 11.11.11. Perkara yang sama berlaku pada tahun lepas, yakni pada tanggal 10.10.10. Ada apa dengan tarikh?

 Ramai yang menggelabah nak declare as couple, bertunang, akad nikah dan berkahwin pada tarikh ini.
 Ramai yang menggelabah nak abadikan tarikh ini dengan sesuatu peristiwa yang dianggap penting dalam hidup mereka.

Dan paling menggelabah bilamana ada para ibu yang sanggup mahu melahirkan anak mereka melalui kaedah pembedahan semata-mata ingin melihat kad pengenalan anak mereka tertera nombor 11.11.11.
Laman sosial juga bagai dilanda manusia mabuk nombor. Masing-masing berlumba nak update status berkenaan tarikh cantik 11.11.11. Begitu juga dengan para blogger. Sibuk mahu update entry berkenaan tarikh ini. Forumer?
Dan jika ditanya, "Tarikh 11.11.11 bersamaan dengan berapa Hijrah?". Agak-agak berapa orang sahaja yang mampu berikan jawapan dengan spontan? Pasti semua menggelabah menyelak kalendar kuda untuk melihat tarikh dalam bulan Islam yang terpapar kecil di hujung kotak itu. Yang menghadap internet, terus menggunakan khidmat Lebai Google. Mungkin juga ada yang terpaksa mengira menggunakan jari berdasarkan kiraan Hari Raya Korban yang kelima?

What's going on people's? Tell me why! Kenapa menggelabah sangat?