Orang ramai berebut untuk mengeluarkan wang di bank Pada awal kurun ke-19, Amerika Syarikat mengamalkan polisi kewangan bersandarkan emas seperti apa yang dilakukan oleh negara-negara lain pada masa itu.
Diantara tahun Oktober 1929 dan 1934, berlakunya musibah ruangan dagangan saham terkemuka dunia di “Wall Street” di New York, Amerika Syarikat. Berlakunya insiden “Wall Street Crash”dimana pada waktu itu semua pasaran saham merundum jatuh menyebabkan kegagalan ekonomi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Sangat teruk sehingga ekonomi mereka berhenti serta merta.
Punca kegagalan ini adalah disebabkan pelabur dan pedagang saham mengunakan pinjaman (leverage) yang terlalu tinggi untuk membeli saham. Seperti yang kita tahu, dalam perniagaan ada masa untung, ada masa kita rugi. Apabila saham merundum, pelabur gagal membayar balik pinjaman ini dan menyebabkan bank-bank mengalamai masalah kecairan kewangan (tiada wang).
Apa bila bank bermasalah, orang ramai mula panik. Orang ramai mula berebut dan beratur panjang di bank cuba untuk mengeluarkan semua wang yang mereka ada. Akan tiba satu tahap dimana bank terpaksa mengishtiharkan cuti (bank holiday) kerana kehabisan wang (bank runs).
Kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat menyebabkan ramai yang tiada pekerjaan, sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, lambakan barangan kerana tiada pembeli, pembinaan terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi. Dan di Amerika sebuah negara industri yang hebat, kini menjadi detik hitam pada negara mereka, dan dikenali sebagai “The Great Depression“.
Emas Di Rampas Dari Orang Ramai
Arahan merampas emas dari Presiden Roosevelt. Ekonomi pada masa itu tidak bergerak langsung. Orang ramai takut untuk berbelanja dan melabur. Wang tidak bergerak, tiada wang di bank untuk diniagakan. Jika ada wang pun tiada siapa pula yang hendak meminjam.
Oleh itu presiden Amerika ketika itu Franklin Roosevelt terpaksa mengambil tindakan drastik untuk memulihkan ekonomi Amerika. Dia mengunakan kuasa mutlak presiden meluluskan akta “Emergency Banking Act”. Akta ini membenarkan kerajaan melakukan apa yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan berkuasa untuk mengambil alih institusi kewangan dan perbankan (nationalize).
Tindakan pertama yang diambil adalah untuk merampas semua emas dari rakyat Amerika (lihat gambar diatas. Klik disini untuk membaca artikel penuh). Jika gagal untuk menyerahkan emas, individu boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sebanyak $10,000 dan pejara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali !!
Dan mereka yang menyerahkan emas-emas mereka akan digantikan dengan wang kertas dollar Amerika pada nilai 1oz emas untuk $20.
Dan pada masa inilah menampakkan kebocoran sistem matawang kertas. Kerana wang boleh dicetak dengan sangat mudah. Untuk menampung proses penebusan emas ini, bank pusat Amerika atau “Federal Reserved” terpaksa mencetak sebanyak $2,000,000,000 (billion) dollar. Ingat, bank-bank sudah tiada wang, jadi $2 billion ini jatuh dari langit !!
Saya berikan sedikit gambaran bertapa banyaknya $2 billion dollar pada masa itu. Setin sup Campbell boleh di beli dengan hanya $0.20. Satu suit baru jaket dan seluar yang baik boleh dibeli tempah dengan harga $20 sahaja.
Kepada orang ramai, mereka tiada pilihan dan terpaksa menerima wang kertas ini.
Pada 1933 Inflasi Dilahirkan
Setelah operasi “merampas” emas ini tamat, orang ramai mula menyimpan wang-wang kertas ini dibank. Bank-bank boleh mula berurusniaga. Walaupun ekonomi bergerak, tetapi perlahan. Jadi untuk terus “meransang” ekonomi ini Roosevelt melaksanakan pelan kedua.
Pelan keduanya ialah dengan menyusutkan nilai matawang Dollar Amerika dari $20 per oz kepada $35d per oz emas. Ini menjadikan lebih banyak wang diperlukan untuk membeli jumlah emas yang sama.
Ini menambahkan lagi kekalutan pada orang ramai. Asset wang kertas mereka secara automatik susut nilai. Jadi mereka mula berbelanja dan melabur untuk cuba mendapatkan balik atau mengurangkan kerugian mereka. Tindakan ini memang berjaya untuk merancakan ekonomi pada masa itu, tetapi rakyat yang terpaksa menanggung kerugiannya.
Orang ramai tidak boleh buat apa-apa. Mereka tiada lagi kawalan atas emas-emas yang mereka serahkan dahulu.
Dan detik ini inflasi pada skala global dilahirkan. Dan kegiatan memanipulasi nilai matawang merupakan senjata ekonomi paling merbahaya dan masih lagi digunakan hingga hari ini.
Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa wang kertas boleh mengawal kekayaan orang lain melalui manipulasi matawang. Kita dapat lihat bagaimana kerajaan sesebuah negara boleh merampas hak orang ramai atas nama ekonomi. Kita dapat lihat bagaimana harga sesuatu barang, melalui wang kertas boleh dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan