Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 18 November 2011

Penulisan Termasuk Di Dalam Jihad Fii Sabilillah

Menghasilkan Penulisan yang MenjualDalam dunia yang serba moden dan serba canggih ini kadang-kadang kita lupa bahawa penulisan juga termasuk di dalam Jihad fii sabiilillah sehingga kita membiarkan media baru yang dicipta dan telah digunakan oleh musuh-musuh islam. Jika kita meneliti apa yang dikatakan fii sabilillah, kita akan memahami betapa besarnya peranan tulisan-tulisan walaupun sesetengah pihak menganggap ianya membuang masa dan lain-lain pandangan.

Tidakkah ayat yang pertama diturunkan berkait dengan “BACALAH”. Apa yang kita ingin baca sekiranya tidak ada tulisan-tulisan, maka Allah menurunkan ayat-ayat dan keterangan-keterangan sebagai panduan kepada manusia.


Jihad fii sabilillah membawa makna menjadikan kalimah Allah itu tinggi dan berada di tempat yang paling tinggi. Maka pendakwah akan sibuk berdakwah samada melalui lisan dan tulisan-tulisan mereka. Pada masa yang sama, terdapat ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan mereka berusaha sedaya upaya menyebarkan ajaran mereka dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba orang yang mengaku Islam tidak mengambil peluang dan ruang yang digunakan terlebih dahulu oleh musuh-musuh Islam. Tidakkah kita tahu bahawa hati manusia boleh terkesan hanya dengan satu “statement” atau istilah dan terus masuk ke dalam hati-hati mereka. Oleh itu, pejuang-pejuang keadilan dan pejuang-pejuang islam perlu memanfaatkan penulisan mereka sebaik mungkin.

Nabi S.A.W bersabda: “ Harga apabila seseorang yang mendapat hidayah disebabkan kamu adalah lebih mahal daripada kenderaan yang terlalu mahal harganya”. Perlu kita memahami bahawa sekiranya kita berjaya mengajak seseorang kepada islam, maka akan mendapat pahala yang berpanjangan. Termasuk amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang, sekiranya mereka terus beramal kita juga mendapat manfaat daripadanya. Justeru, tulisan-tulisan yang bermanfaat dan dibaca oleh manusia amat penting untuk kita mengambil cakna. Amat rugi orang yang berjuang sekiranya membiarkan ianya hanya digunakan oleh musuh apalagi ruang untuk tulisan-tulisan disimpan pada hari ini boleh dilihat diseluruh dunia. Apakah kita malas untuk menulis sedangkan ia bakal dibaca walaupun bukan hari ini??? Ketahuilah ulama-ulama dahulu bersusah payah menulis kitab sehingga menjadi rujukan kepada manusia yang lahir hari ini termasuk ulama-ulama kemudian padahal tulisan mereka tidak di “online” kan.

Pemuda khususnya perlu bergiat aktif dalam penulisan mereka terutamanya yang meletakkan diri dalam perjuangan untuk meninggikan agama ini. Biarpun kita tidak mampu untuk naik ke surau dan masjid untuk menyampaikan islam kepada manusia, mungkin Allah member peluang untuk kita mendapatkan ganjaran yang sama atau lebih besar daripada orang yang hebat bercakap termasuk dikalangan ustaz-ustaz. Ini kerana anak muda berjiwa muda, dan bukan surau dan masjid tempat mereka. Kita berjihad dalam penulisan bermakna kita berdepan dengan seluruh manusia dan berdepan dengan dunia adapun ustaz-ustaz hanya berpidato di hadapan orang-orang yang ingin mendengar. Di sinilah kita dapat melihat keadilan Allah dan kebenaran Sabda Nabi bahwa “samapaikan daripada aku walaupun satu ayat”. Tidak ada alasan untuk kita melainkan kita malas melaksanakannya!


Hebat Berpidato Hebat Berdakwah
Hebar Bercakap Menyampaikan Risalah
Hebat Berhujah Mengatur Langkah
Hebat Lagi Penulis Risalah


Jika kita melihat Nabi s.a.w juga menggunakan segala apa yang ada pada zamannya termasuk yang datang daripada bukan islam ataupun Negara lain pada waktu itu. Nabi menghantar surat-surat kepada Raja-Raja seperti Raja ROM, Parsi, Habsyah dan lain-lain pada waktu itu di mana ditulis oleh sahabat-sahabat. Setelah surat ditulis, sahabat-sahabat memaklumkan kepada Nabi bahawa raja-raja tidak menerima surat jika tidak ada khatam (COP) lalu Nabi s.a.w mengarahkan sahabat-sahabat untuk dibuat khatam khas untuk Negara Islam madinah.

Ini adalah pembaharuan dan khatam bukan datang daripada islam pada awalnya tetapi islam menerimanya. Sabda Nabi : “ kebijaksanaan adalah barang tercicir umat islam, di mana kamu jumpa kamu boleh mengambilnya”. Apakah kita hari ini masih malas untuk menggunakan apa sahaja ruang penulisan dan sebaran maklumat sebagai satu jihad penulisan yang mempunyai banyak kelebihan. Adanya 4 mazhab yang terkenal di dalam islam adalah kerana penulisan-penulisan mereka yakni dikitabkandan menjadi rujukan kepada kita padahal adanya mazhab yang lebih besar daripada mazhab syafie yang kita berpegang kepadanya pada hari ini. Namun pendapat dan ilmu mereka tidak dikitabkan sehingga berselerak di merata-rata tempat. Inilah besarnya peranan tulisan yang perlu kita faham agar penulisan kita menjadi salah satu jihad fii sabilillah.

Tiada ulasan: