Sejarah Khalifah Islam AYuthia/Kedah telah lama di sembunyikan atau di putar belitkan oleh British dgn tujuan memadamkan zaman keagungan Islam dirantau ini.
Sesetengah nama khalifah di dongengkan dan di persendakan seperti Hang Tuah dan Merong Mahawangsa dengan tanpa kita sedari yg mereka ini adalah keturunan ahlul bait.
British telah berjaya membentuk persepsi kita mempersendakan keturunan Rasullulah sedangkan Rasullulah menuntut kita mengasihi keturunan beliau.
SUMBER : EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM
SINOPSIS
Ayuthia bermaksud tempat semayam raja-raja
Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau).
RAMA TIBODI II @ Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah @ PARAMESWARA MELAKA
NARAI @ Hang Tuah @ Sultan Iskandar Mahkota Alam @ Sultan Iskandar Muda Thani@ Tun Saaban
MERONG MAHA WANGSA @ Sultan Muzaffar Syah 1
MERONG MAHA PUDISET @ SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR @ Sultan Muzaffar Syah11
Laksamana Cheng Ho @ Man San Bao @ Haji Mahmud Syam
PANGLIMA BUKIT GANTANG @ Sultan Alaudin Riayat Syah
BOROMORAJA EKATAAT MAHA DAMAYAZA @ Khalifah Syariff Abu Bakar Syah@ Raja Bakar @ Raja Nambang (AIR TELOK)
Rama Thibodi @ Raja Mandalika @ Sultan Madzafar Syah III,
Sultan Muhiyuddin Mansor Syah @ Boromokot
Ekatotsarot @ Tuanku Shaari Riayat
Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad ibni Tuanku Nai Long Mahmud
Tok Soh @ Sharifah Maryam ibni Syed Jamal Al Jefri - permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa.
Sultan Langkat @ Tok Pasai.
.......
SALASILAH MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MABerikut adalah salasilah Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah Pasai Ma yang disimpan oleh waris dan keluarga Sultan Jaafar Muadzam Syah. Salasilah TERPERINCHI ini dimulakan dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang bergelar Parameswara Melaka membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Diharap dengan adanya salasilah ini akan terjawablah banyak persoalan dalam sejarah bangsa Melayu hari ini.
Salasilah asal bertulisan jawi, jadi kenalah ditulis semula dan sedikit sahaja penambahan maklumat untuk meningkatkan kefahaman pembaca. Lagi pun tidak ramai yang boleh membaca tulisan jawi dewasa ini. Pada masa yang sama buku Undang-Undang Kedah dijadikan sebagai rujukan utama. Sama-sama kita ikuti,
Salasilah asal bertulisan jawi, jadi kenalah ditulis semula dan sedikit sahaja penambahan maklumat untuk meningkatkan kefahaman pembaca. Lagi pun tidak ramai yang boleh membaca tulisan jawi dewasa ini. Pada masa yang sama buku Undang-Undang Kedah dijadikan sebagai rujukan utama. Sama-sama kita ikuti,
Bermula dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah membawa kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah terletak di Pulau Langkawi namun catitan pada papan kenyataannya menyatakan ia makam purba yang tidak diketahui siapa dan mungkin seorang wanita berketurunan Acheh. Makam Puteri Hang Li Po terletak di lokasi yang sama namun telah dicabut batu nesannya.
Istana baginda telah dimusnahkan oleh tentera Burma sewaktu mereka menyerang Pulau Langkawi. Namun begitu nama baginda dengan gelaran yang lengkap, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Syah bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi ada tercatit dalam buku Undang -Undang Kedah. Ibarat sebilah Keris Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah, Ulu Melaka (nama tempat) terletak di Pulau Langkawi sementara hilirnya, terletak di Bandar Hilir, Melaka..
Dari Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan yang Maha Mulia Nagara Kedah membawa kepada Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Syed Alang Alauddin adalah Maharaja dan juga Panglima Perang Kerajaan Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Semasa menjadi Raja Songkhala beliau adalah juga Cau Pija yang bermaksud, Timbalan Maharaja dan dikatakan pernah menjadi orang besar 8 di Perak. Orang Besar 4 dipegang pula oleh bapa saudaranya (4 orang Megat bersaudara). Perlu dingat gelaran bahasa Siam Islam ialah Cau Pija sementara bahasa thai yang menjajah negeri Siam Islam menggunakan gelaran Chau Phraya.
Dari Sultan Jaafar Madazam Syah membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Semasa menjadi Raja Larut, baginda Sultan Jaafar Madazam Syah bergelar Long Jaafar. Raja yang memerentah daerah dizaman dahulu digelar Penghulu. Tetapi kita perlu ingat bahawa baginda adalah juga Cau Pija semasa ayahandanya Syed Alang Alauddin menjadi Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah (1825-1862). Contoh yang paling mudah ialah Raja Perlis yang pertama digelar Penghulu Arau. TNL Kassim pula adalah waris mutlak dan merupakan generasi ke 4 Sultan Jaafar Madazam Syah. Beliau pernah menjadi usahawan yang berjaya. Perniagaannya masih lagi diusahakan oleh pembantunya. Sekarang beliau banyak berehat (pencen) dan menumpukan perhatian kepada sejarah Kedah yang cuba dilupuskan.
PS : Kami menerima e mail dari saudara Firdaus yang mengatakan bahawa Tunku Nur Aisyah Mahin Intiral @ Bavainaung, pemerentah Burma itu King bukannya Queen. Wasiat diatas pula mengatakan Queen. Terima kasih kami ucapkan kerana mengingatkan kami. Akan tetapi sekiranya baginda ini King kenapakah istana miliknya di Mandalay itu, yang masih ada berdiri kukuh hingga kini dinamakan “The Queens Palace” bukannya, “The Kings Palace”? Ini adalah catatan Winstedt, bukan dari kami. Harap maklum.
http://mindaahad.wordpress.com/2009/09/23/salasilah-maharaja-benua-islam-siam-ayuthia-nagara-kedah-pasai-ma/"