Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 21 Februari 2012

Ratusan Polis yang Selamat Pada Serangan 11 Sep 2001, kini Mati Perlahan-lahan



 
Serangan kembar pada gedung World Trade Center pada 11 September 2001 lalu, telah menewaskan paling tidak 23 polis New York (NYPD) yang datang ke lokasi serangan.

Satu dekad selepas serangan itu, kini jumlah polis yang meninggal kerana kanser jumlahnya dua kali ganda daripada jumlah polis yang tewas saat itu. Para ahli mengatakan sangat terkejut dengan fenomena ini.

Seperti dilaporkan Agensi Berita Rusia RT.com, sebelum serangan 9/11, rata-rata enam polis NYPD membuat tuntutan diserang kanser setiap tahun.

Pada saat serangan 9/11, kira-kira 12,000 lelaki dan wanita diungsikan dari lokasi serangan. Dan satu dekad selepas itu, jumlah tuntutan serangan kanser tahunan telah meningkat hampir tiga kali ganda.
Saat ini ada kira-kira 16 pegawai polis di New York, yang tiap tahun meminta insurans berkaitan penyakit kanser. Dan menurut statistik yang didapati, hal ini bukanlah sesuatu yang kebetulan.
Secara keseluruhan, terdapat 297 polis yang saat itu datang ke lokasi serangan 11 September, dan mereka mulai menghidap kanser sejak akhir 2001. Bahkan 56 dari mereka telah meninggal akibat penyakit itu, sementara usia rata-rata mereka baru 44 tahun. Sementara hanya 23 polis yang benar-benar terbunuh pada saat serangan 11 September terjadi.
Dari hampir 300 kes kanser yang dilaporkan menjangkiti anggota polis yang selamat dari serangan 9/11, kanser paru adalah yang paling banyak menyerang mereka. Sementara bakinya menderita beberapa kelainan langka dari penyakit, termasuk kanser saluran hempedu, lidah dan rongga hidung.
Penyebab dari kanser ini adalah, debu dan puing-puing akibat letupan yang memenuhi paru-paru mereka ketika, cuba melindungi TKP serangan 11 September di New York.
Meskipun ratusan polis sudah membuat tuntutan dijangkiti kanser, namun para pegawai di New York sebahagian besar tidak peduli terhadap urusan ini.
Serangan 11 September 2001, memang sudah berlangsung satu dekad lalu. Beribu-ribu orang tewas saat itu. Dan kini, ternyata serangan itu masih tetap membunuh, secara perlahan-lahan.

Read More..

Isnin, 20 Februari 2012

Isu moral di antara Anwar dengan BN

Adalah cukup jelas bahawa seluruh jentera propaganda Barisan Nasional (BN), termasuk mereka yang mendakwa diri mereka “kuasa ketiga” kini giat sekali dalam memastikan agar kredibiliti dan moral ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terjejas dengan teruk sekali.

Sebelum ini, jentera propaganda BN telahpun dipergiatkan pada dua tahun yang lalu dengan serangan demi serangan terhadap Anwar berkenaan dengan kes perbicaraan liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan. Jika sekiranya kes yang berlaku pada tahun 1998 akibat daripada perbuatan khianat Azizan Abu Bakar diambil kira, ia adalah mencukupi bagi orang ramai untuk membentuk suatu pendapat yang boleh menjejaskan lagi masa depan politik dan keperibadian Anwar di mata umum.

Dan kini timbul pula beberapa rakaman video yang kononnya Anwar telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang juga telah berlanjutan selama setahun lamanya dan Anwar turut diugut akan terdedah lebih banyak lagi video seumpamanya tidak lama lagi.

BN pakar dan kilang seks

Kenapa pula BN memutuskan untuk mengulangi pendedahan yang sama dengan begitu kerap sekali? Kenapa pula seksualiti Anwar terus menjadi tumpuan BN secara berterusan dan dakwaan meliwat, berseks dan sebagainya diulangi satu demi satu? Namun demikian ketua pembangkang itu tetap popular dan disangjungi oleh rakyat jelata.

Kan tidak masuk akal? Rakyat Malaysia pada umumnya telahpun mempunyai pendapat mereka terhadap Anwar. Macam mana sekali pun, seluruh jentera propaganda BN tetap mempergiatkan usaha mereka untuk menggugat kredibiliti Anwar oleh kerana popularitinya di kalangan rakyat masih kukuh dan tetap unggul. BN takut bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri Putrajaya.

Kedegilan BN untuk meneruskan dan mengulangi persembahan dan pembikinan seksnya yang sama untuk tatapan umum walaupun telah beberapa kali gagal untuk mencacatkan sepenuhnya keperibadian dan moraliti Anwar jelas menunjukkan bahawa kewarasan BN telah hilang dengan sepenuhnya.

Hanya mereka yang kurang waras sahaja yang akan asyik dan suka mengulangi perbuatan yang sama dan tidak berkesan dengan mengharapkan akibat yang berlainan akan menimpa mangsanya. Rakyat Malaysia pada keseluruhannya telah bosan dengan pelbagai karenah dan tipu muslihat BN yang sering mengancam keperibadian Anwar.

Apa yang rakyat jelata inginkan selama ini adalah lebih banyak lagi pendedahan mengenai salahlaku dan penyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh BN selama lebih daripada 50 tahun pemerintahannya apabila Pakatan berkuasa nanti. Ramai di antara kita amat sangsi dengan ketelusan yang didakwa oleh BN di dalam pentadbiran mereka selama ini berdasarkan pelbagai bentuk masalah dan skandal demi skandal yang telah banyak dibongkar.

Pemimpin di mata umum

Kita semua percaya bahawa sebagai seorang pemimpinyang dipilih dan bertanggungjawab kepada rakyat, beliau akan sentiasa mendapat perhatian umum biarpun di mana sahaja seseorang pemimpin itu berada. Oleh itu, para pemimpin haruslah bertanggungjawab sepenuhnya jika sekiranya salahlaku mereka terbongkar kepada umum. Pendek kata, jikalau ingin menjadi seorang pemimpin politik, beliau perlulah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini kerana tanggungjawab selaku seorang pemimpin.

Rakyat juga mempunyai hak mutlak untuk memberikan kritikan, memberikan teguran dan sebarang pendapat mengenai perilaku dan perbuatan setiap pemimpin politik.

Yang malang sekali bukannya tentang kelemahan yang ada pada para pemimpin. Para pemimpin adalah juga manusia sama seperti kita semua dan di negara mana sekali pun, tidak akan ada seseorang pemimpin yang cukup mantap atau lengkap akan diri mereka. Itu mustahil.

Yang malangnya di sini adalah selalunya para pemimpin pembangkang khususnya daripada Pakatan yang selalunya akan menjadi mangsa pemerhatian umum mengenai perilaku dan tindakan mereka oleh kerana kerajaan BN sering mensasarkan mereka dengan media massa milik mereka. BN sanggup melakukan apa sahaja bagi “mendedahkan” apa yang mereka dapati daripada pihak pembangkang.

BN memanupulasi moral

Sistem perundangan dan kehakiman di negara kita ini telah banyak menampakkan kecacatan dan berat sebelah oleh kerana manupulasi yang berlebihan oleh kerajaan BN selama ini. Dengan itu, isu “moral” sering dipergunakan oleh BN bagi mengekang para pemimpin pembangkang.

Dalam isu moral ini, pihak BN pula tidak begitu memastikan agar tahap perilaku mereka terpelihara. Di manakah moral mereka ini apabila para pemimpin BN ini menggunakan kuasa mereka untuk mengambil wang rakyat untuk memperkayakan diri mereka, keluarga mereka dan anak-anak mereka? Di manakah moral mereka ini apabila pemimpin BN ini telah membelakangkan demokrasi dengan menggulingkan sebuah kerajaan negeri yang dipilih rakyat melalui amalan memeras ugut? Adakalh kesemua ini adalah suatu moraliti yang BN berharap rakyat akan mempercayai atau menerimanya tanpa usul periksa?

Rakyat sememangnya akan berpeluang untuk menghakimi kesemua ini di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita mungkin akan bertanyakan sesama sendiri sama ada moral di pihak BN itu adalah lebih baik atau suci daripada Pakatan atau sebaliknya.

Adalah amat rumit untuk memutuskan moraliti yang mana boleh diterima atau sebaliknya kerana kalangan kita sendiri juga punyai pelbagai pemikiran dan pendapat yang berbeza khususnya yang melibatkan keperibadian seseorang pemimpin.

Kita semua berhak untuk mengeluarkan pendapat, akan tetapi, yang mengakibatkan kemarahan kita adalah sikap kebencian dan hipokrit yang ditunjukkan oleh para pemimpin BN di dalam usaha mereka untuk mematikan seberapa banyak pemimpin pembangkang yang perlu dengan menggunakan pelbagai cara yang tidak adil.

Walaubagaimanapun, Tuhanlah yang maha esa dan Tuhanlah yang 
Read More..

Sabtu, 18 Februari 2012

Kerajaan Semasa Pilihanraya Umum


Pilihanraya Umum ke 13 telah hampir Ketika kempen piliharaya umum, adakah seorang menteri itu masih seorang menteri, layak menerima kemudahan menteri, dibayar gaji menteri dan pelbagai kemudahan sebagai seorang menteri, Bagaimana kedudukan kerajaan?Adakah munasabah jika dibentuk kerajaan sementara atau Majlis Pemerintahan sementara.

Sebaik Parlimen dibubarkan, adakah  kabinet juga dibubarkan?
Andaikata  kabinet dibubarkan maka setiap menteri bukan lagi seorang menteri, juga akan hilang kelayakan sebagai seorang menteri lebih lebih lagi bekas menteri itu jadi calon bagi ssesuatu parti politik dalam pilihanraya umum tersebut.
Juga sepanjang kempen pilihanraya itu sebutan PM atau DPM atau menteri itu dan menteri ini akan gugur  dan hanya disebut calon BN kawasan  itu dan kawasan ini.
Juga semasa mengisi borang pencalonan status pekerjaan  bukan lagi seorang PM ata DPM atau menteri akan tetapi sepatutnya dengan apa status calon itu ;Peguam ke, Doktor kea tau presdien parti itu dan presiden parti ini. Andaikata pekerjaan ditulis sebagai menteri itu dan menteri ini adakah kertas pecalonan itu sah dan pemohon itu layak menjadi calon.
Andaikata kabinet dibubarkan semua yang memilih untuk menjadi calon punya hak yang sama sebagai calon  tidak kira apa parti diwakili pun lantas dalam kempen tersebut media tidak lagi diboleh mengumumkan bahawa menteri itu menteri ini berkempen  dengan mengayuh basikal atau naik kereta lembu. Dan seharusnya laporan nya berbunyi calon parti itu dan parti ini   bagi kawasan PRU  itu iaitu encik atau datuk itu datuk ini.
Dengan kata lain dalam kempen tersebut, jentera kerajaan tidak boleh digunakan oleh mana mana calon, walaupun calon itu dulunya seorang PM dalam cabinet kerajaan yang memerintah kerana pada masa kempen  individu itu merupakan antara calon yang bertanding.
Individu itu bertanding atas tiket parti diwakili justeru  individu itu hnya rakyat biasa, tidak boleh lagi diringi  oleh pengawal keselamatan sama seprti diwaktu individu itu memegang jawatan  utama dalam kerajaan.Tugas pegawal keselamatan seperti  PDRM dan mana mana agensi kerajaan yang lalukan hendaklah diletakan di bawah satu Majlis Pemerintahan Sementara sehingga tamat pilihanraya  dan kabinet baru dibentuk.
Dicadangkan KSU Negara akan menjadi pemegang  amanah bagi kerajaan sementara itu dengan kabinet kerajaan sementara itu diwakili oleh PDRM dan setiap kementerian akan diketuai KSU kementerian masing masing  bagi menggantikan menteri bagi kementerian tersebut.
Jelasnya KSU Negara menjadi Ketua Kerajaan Sementara itu.
Apa kata DR Aziz Bari

Apa yang di nyatakan adalah merupakan satu kemusykilan dari rakyat yang tidak berapa jelas dengan peraturan dan undang –undang pilihanraya apatah lagi maksud dan pengertian yang terdapat  dalam Perlembagaan dan  hanya berdasarkan kepada lojik dirinya sendiri.
Apa yang dinyatakan adalah prinsip kesamarataan, individu yang masuk bertanding semuanya sama taraf dan adalah mewakili parti masing masing kabinet yang mereka menjadi anggota sebelum Parlimen dibubarkan telah tiada  dan andaikata parti diwakilinya menang dalam PRU itu  dan pucuk pimpinan mahukan individu tertentu yang jadi calon itu menang  jadi menteri, menterilah individu itu Begitu juga dengan PRU diperingkat negeri.
Read More..

Selasa, 14 Februari 2012

Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya: Azilah dan Sirul buat rayuan



Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu. 

Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut.

Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya.

Pengurusan kes 9 Mac
Pada hari Jumaat, pendaftar Mahkamah Rayuan, Kanageswari Nalliah telah bersetuju untuk menetapkan 9 Mac sebagai tarikh pengurusan kes untuk membenarkan peguan Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan rekod yang lengkap.

Azilah, 34 dan rakan sekerja beliau, Kopral Sirul Azhar Umar, 39 telah dijatuhkan hukuman mati pada 9 April 2009 setelah hakim menetapkan bahawa mereka bersalah atas pembunuhan Altantuya di sebuah kawasan pembersihan hutan di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 hingga 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan mengambil masa 159 hari dan kedua-dua lelaki sedang menunggu hukuman mati.

Walaubagaimanapun, sepanjang perbicaraan yang kontroversi itu, Kedutaan AS mendapati ia tidak dilaksanakan dengan adil menurut pendedahan Wikileaks dan juga terdapat spekulasi bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanyalah pembunuh upahan.

Pertamanya, mereka tiada motif tersendiri dan yang kedua, mereka mengaku bahawa mereka telah di minta oleh pembantu Najib, Safri Musa untuk membantu rakan Najib, Razak Baginda keluar daripada masalah yang meruncing.

Dalam kenyataan yang diberi oleh Sirul, ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengaku dibayar RM 100 000 untuk membunuh Altantuya tetapi, hakim telah menolak peguam bela untuk meyelidiki hal ini ataupun mana-mana aspek yang membawa kepada motif pembunuhan.

Pembunuhan berkait dengan pembelian Scorpenes

Kes itu sememangnya telah memberi reputasi buruk kepada sistem kehakiman Malaysia dan juga kepada Najib sendiri. Beliau dikatakan pernah menjadi kekasih Altantuya sebelum memberikan wanita itu kepada Razak Baginda. Ketiga-tiga mereka terlibat dalam perjanjian pembelian 2 kapal selam Scorpenes yang bernilai RM7 billion daripada sebuah syarikat gergasi Perancis, DCN pada 2002.

Najib pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian manakala Razak Baginda adalah perunding utama beliau manakala Altantuya yang boleh berbahasa Rusia, dikatakan adalah penterjemah. Dalam perjanjian ini, Najib didakwa mendapat RM 570 juta dan Altantuya dikatakan balik ke Malaysia untuk mendapatkan bahagian beliau USD 500 000 sebagai komisyen beliau.

Walaubagaimanapun, menurut surat khabar Perancis La Liberation melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Najib enggan membayar satu sen pun kepada Altantuya. Ini telah menyebabkan Altantuya telah terang-terangan menagih Razak Baginda untuk membayarnya di rumah. Razak Baginda pula mengupah seorang penyiasat peribadi, P Balasubramanian untuk membantu beliau menghalang Altantuya sementara beliau menghubungi Azilah untuk meredakan keadaan.

Pada mulanya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan tersebut. Kedua-dua polis itu adalah sebahagian daripada skuad elit manakala Razak Baginda adalah bekas pensyarah di Kementerian Pertahanan dan juga penganalisis politik. Razak kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan tanpa memanggil pembelaan beliau. Ini juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menguatkan persepsi bahawa orang yang berkuasa seperti Najib yang pada masa itu adalah timbalan perdana menteri terlibat dalam konspirasi tersebut.

Melambatkan kes supaya ia tidak menarik perhatian rakyat sebelum PRU 13
Kelambatan untuk memperdengarkan rayuan dilihat sebagai usaha mengelakkan Najib daripada dimalukan sebelum PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Menurut Kuldeep, dokumen mahkamah dihantar kepada beliau mengikut peringkat selaman 6 bulan dan ia menyebabkan kelambatan.

Sementara itu, peguam Sirul, Kitson Foong mengatakan bahawa tarikh kes didengar semula akan ditentukan mahkamah sebaik sahaja semua dokumen sudah lengkap. Kitson juga mengesahkan rayuan untuk Sirul telah difailkan dan beliau memikirkan untuk membuat rayuan untuk banyak sebab.

Dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua lelaki terbabit. Hakim Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan kedua-dua mereka hanyalah semata ‘menyangkal dan menyalahi antara satu sama lain’.
Read More..

Ahad, 12 Februari 2012

Pengakuan Raja Heraclius Tentang Muhammad Saw


Potret Hereclius pada syiling lama

Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan bukan Arab untuk menyeru agama Islam. Salah satu sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Kedatangan Dihyah diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian Dihyah menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom tersebut. Setelah Heraclius membaca surat Rasulullah saw, Heraclius segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenal Muhammad. Ketika itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Surat Rasulullah kepada Herclius

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Heraclius. Kemudian dipanggilnya Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penerjemah, Heraclius memulakan pembicaraan dengan bertanya, "Siapa di antara kamu semua yang paling dekat dengan garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"

Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para petinggi istana Rom. Berikut adalah dialog yang diceritakan oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Heraclius : "Bagaimana kedudukan keluarganya di antara kamu?"

Abu Sufyan : "Dia berasal dari keturunan bangsawan."

Heraclius : "Adakah di antara keluarganya mengaku Nabi?"

Abu Sufyan : "Tidak."

Heraclius : "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja atau pemerintah?"

Abu Sufyan : "Tidak ada."

Heraclius : "Apakah pengikut agamanya itu orang kaya ataupun orang kebanyakan?"

Abu Sufyan : "Pengikutnya adatah orang lemah, miskin, budak, dan wanita muda."

Heraclius : "Jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang?"

Abu Sufyan : "Terus bertambah dari waktu ke waktu."

Heraclius : "Setelah menerima agamanya, adakah pengikutnya itu tetap setia kepadanya ataupun merasa kecewa, lalu meninggalkannya?"

Abu Sufyan : "Tidak ada yang meninggalkannya."

Heraclius : "Sebelum dia menjadi nabi, adakah dia suka menipu?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah."

Heraclius : "Pernahkah dia mengingkari janji atau mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah. Kami baru saja melakukan perjanjian gencatan senjata dengannya dan menunggu apa yang akan diperbuatnya."

Heraclius : "Pernahkah engkau berperang dengannya?"

Abu Sufyan : "Pernah."

Heraclius : "Bagaimana hasilnya?"

Abu Sufyan : "Kadang-kadang kami yang menang, kadang-kadang dia yang lebih baik daripada kami."

Heraclius : "Apa yang dia perintahkan kepadamu?"

Abu Sufyan : "Dia hanya memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun, meninggalkan tahyul dan kepercayaan nenek moyang kami, mengerjakan solat, membayar zakat dan berbuat baik kepada fakir miskin, bersikap jujur, memelihara apa yang diamanahkan kepada kita dan mengembalikan dalam keadaan yang baik, memelihara silaturrahim dengan semua orang, dan yang paling penting dengan keluarga sendiri."

Lalu, seperti dikisahkan oleh Abu Sufyan r.a, Heraclius memberikan tanggapan sebagai berikut melalui penerjemahnya.

Heraclius : "Aku bertanya kepadamu tentang salasiah keluarganya dan kau menjawab dia adalah keturunan bangsawan terhormat. Nabi-nabi terdahulu pun berasal dari keluarga terhormat di antara kaumnya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada di antara keluarganya yang menjadi nabi, jawabannya tidak ada. Dari sini aku menyimpulkan bahwa orang ini memang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal kenabian yang diikrarkannya, dan tidak meniru sesiapa pun dalam keluarganya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada keluarganya yang menjadi raja atau pemerintah. Jawapannya tidak ada. Jika ada nenek moyangnya yang menjadi penguasa, aku beranggapan dia sedang berusaha mendapatkan kembali kekuasaan keturunannya.

Aku bertanya kepadamu adakah dia pernah berdusta dan menurutmu, dia tidak pernah menipu. Orang yang tidak pernah berdusta kepada sesamanya tentu tidak akan berdusta kepada Allah.

Aku bertanya kepadamu mengenai golongan orang-orang yang menjadi pengikutnya dan menurutmu pengikutnya adalah orang miskin dan hina. Demikian pula halnya dengan orang-orang terdahulu yang mendapat panggilan kenabian.

Aku bertanya kepadamu adakah jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang. Jawapanmu, terus bertambah. Hal ini juga terjadi pada iman sampai keimanan itu lengkap.

Aku bertanya kepadamu apakah ada pengikutnya yang meninggalkannya setelah menerima agamanya dan menurutmu tidak ada. Itulah yang terjadi jika keimanan sejati telah mengisi hati seseorang.

Aku bertanya kepadamu apakah dia pernah ingkar janji dan menurutmu tidak pernah. Sifat dapat dipercaya adalah ciri kerasulan sejati.

Aku bertanya kepadamu apakah engkau pernah berperang dengannya dan bagaimana hasilnya. Menurutmu engkau berperang dengannya, kadang-kadang kamu yang menang dan kadang kala dia yang menang dalam urusan duniawi.

Para nabi tidak pernah selalu menang, tetapi mereka mampu mengatasi masa-masa sukar dalam perjuangan, pengorbanan, dan kerugiannya sehingga akhirnya mereka memperoleh kemenangan.

Aku bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya, engkau menjawab dia memerintahkanmu untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, serta melarangmu untuk menyembah berhala, dan dia menyuruhmu solat, bercakap benar, serta penuh perhatian. Jika apa yang kau katakan itu benar, dia akan segera berkuasa di tempat aku memijakkan kakiku ketika ini.

Aku tahu bahawa orang ini akan lahir, tetapi aku tidak tahu bahwa dia akan lahir dari kaummu (orang Arab). Jika aku tahu aku dapat mendekatinya, aku akan pergi menemuinya. Jika dia ada di sini, aku akan membasuh kedua kakinya dan agamanya akan menguasai tempat dua telapak kakiku!"

Selanjutnya, Heraclius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi, "Sungguh, aku tahu bahawa sahabatmu itu seorang nabi yang akan diutus, yang kami tunggu-tunggu dan kami ketahui berita kedatangannya dalam kitab kami. Namun, aku takut orang-orang Rom akan melakukan sesuatu kepadaku. Kalau bukan kerana itu, aku akan mengikutinya!"

Untuk membuktikan kata-katanya tersebut, Heraclius memerintahkan orang-orangnya untuk mengumumkan, "Sesungguhnya Raja Heraclius telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Nasrani!" Seluruh pasukannya, lengkap dengan senjata serentak menyerbu ke dalam ruangan tempat Hereclius berada, lalu mengepungnya.

Kemudian Pemerintah Rom itu berkata, "Engkau telah melihat sendiri bagaimana bangsaku. Sungguh, aku takut kepada rakyatku!"

Heraclius meleraikan pasukannya dengan menyuruh pengawalnya mengumumkan berita, "Sesungguhnya raja lebih senang bersama kamu semua. Tadi beliau sedang menguji kamu semua untuk mengetahui kesabaran kamu semua dalam agama Nasrani. Sekarang pergilah!"

Mendengar pengumuman tersebut, terbubarlah pasukan yang hendak menyerang Hereclius tadi. Raja Hereclius pun menulis surat untuk Rasulullah saw yang terkandung, "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam." Herclius juga menyelitkan hadiah beberapa dinar kepada Rasulullah saw.

Ketika Dihyah menyampaikan surat Raja Heraclius kepada Rasulullah saw, beliau berkata, "Musuh Allah itu berdusta! Dia masih beragama Nasrani."
Rasulullah saw pun membagi-bagikan hadiah berupa wang dinar itu kepada kaum muslimin.
Read More..

Sabtu, 11 Februari 2012

HaNTaRaN KaHWiN MeMBeBaNKaN ?!

Assalamualaikum w.b.t. Saudara seagamaku sekalian, kali ini kita akan membicarakan mengenai topik paling hangat kepada kaum lelaki seandainya diajukan persoalan mengenai perkahwinan. Maka dengarlah seribu satu keluhan yang sukar untuk digambarkan dari benak mereka bergelar bakal suami ini. Sungguh berat menjadi seorang bakal suami terutama sewaktu permulaan melangkah ke alam pernikahan ini.

"Aku nak kawen lambat la, nak enjoy dlu, lagipun kawen ini menyusahkan la."
"Kawen? Susah nak kawen, banyak guna duit bro, baik aku bayar muka kereta sport aku idam selama ni."
"Malas aku kawen, dari kawen baik couple gitu je, dah bosan tinggal la, couple kuar duit sikit, kawen byk bro."

Jadi apakah betul secara realitinya terjadi begini? Cubalah tanya kebanyakan lelaki yang sedang dalam proses pernikahan. Sudah semestinya inilah yang menghambat fikiran mereka selama ini. Justeru marilah kita sama-sama mengupas topik hangat ini. Sebelum itu, apakah dia yang dinamakan dengan wang hantaran ini?

Wang hantaran sebenarnya ialah satu hadiah ikhlas oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan yang telah menjadi budaya dalam masyakat kita. Dari itu, ia tidaklah diwajibkan seperti mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Sayangnya, kini wang hantaran telah menjadi kemuncak sesuatu perkahwinan yang sepatutunya ialah akad nikah. Ini disebabkan, masyarakat telah mengiktirafkannya sebagai darjat ‘kemampuan' pihak pengantin lelaki dan ‘kehebatan' sesuatu majlis perkahwinan itu.

Semakin tinggi jumlah wang hantaran yang diberikan maka semakin gah kedudukan mempelai sekeluarga di mata masyarakat. Ini tidak secara langsung menimbulkan perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dalam masyarakat sehingga menghilangkan sifat sederhana yang dituntut agama.

Kalau benar-benar berkemampuan, tidak ada salahnya untuk mengadakan majlis secara besar-besaran dan meletakkan nilai wang hantaran yang tinggi. Akan tetapi jika sebaliknya, ia akan menjadi satu bebanan dan boleh menyebabkan ada yang terpaksa berhutang atau mendapatkan wang melalui cara yang salah, seperti rasuah dan pecah amanah. Maka, adalah lebih afdhal mengadakan kenduri dan meletakkan jumlah hantaran yang sederhana mengikut kemampuan untuk kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

Dalam hal ini masyarakat terutama ibubapa perlu lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu mengikut trend yang menyimpang daripada matlamat sebenar dalam soal nikah kahwin. Mereka juga perlulah sedar, perkahwinan yang dibina adalah untuk jangka panjang. Bergolok dan bergadai hanya untuk satu majlis perkahwinan akan membawa kemudaratan yang boleh merosak keharmonian rumah tangga.

Masyarakat kita perlu mengubah minda terhadap wang hantaran kerana dalam jangka masa panjang, hantaran yang tinggi akan mengurangkan jumlah individu yang ingin berkahwin dan mendorong kepada gejala sosial seperti bersekedudukan. Pendek kata, ukurlah baju di bahu sendiri dan tepuk dada tanyalah selera.

Menyebut perkataan kahwin memang mudah. Namun, proses persediaan ke arah mendirikan rumah tangga tidak semudah ia disebut. Selepas proses meminang gadis yang diminati, timbul pula soal wang hantaran. Jika bernasib baik, jumlahnya berpatutan. Jika sebaliknya, ia mungkin mencecah lima angka.

Malah, ada ibu bapa yang seperti ‘berlumba-lumba’ meletakkan harga wang hantaran anak perempuan mereka.

Inilah yang menggerunkan sesetengah lelaki untuk mendirikan ‘masjid’ sedangkan keinginan untuk berkahwin amat tinggi. Sedangkan wanita yang solehah itu adalah sebaik-baik harta benda. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w., Dunia itu harta benda dan sebaik-baik harta benda dunia ialah perempuan yang solehah. (Riwayat Muslim).

Berikut dipaparkan suatu sesi temuramah diantara wartawan Mingguan Malaysia dengan Profesor Emiritus Nik Safiah Karim berkenaan isu ini.

MINGGUAN : Wang hantaran yang tinggi seolah-olah menjadi trend sehingga ada lelaki yang sanggup meminjam dan menanggung hutang bagi memenuhi kehendak keluarga wanita. Adakah tindakan ini wajar?

DR. NIK SAFIAH: Wang hantaran merupakan satu aspek budaya masyarakat Melayu yang telah diamalkan dalam majlis perkahwinan. Ia adalah pemberian ikhlas pihak lelaki kepada wanita yang ingin dikahwini. Namun budaya itu telah disalahgunakan sehingga menyusahkan lelaki. Hantaran tinggi telah menjadi trend untuk menunjuk-nunjuk bahawa lelaki mampu dan dari keluarga berada serta berjaya menawan hati perempuan yang mempunyai peminat ramai. Kadangkala pihak perempuan yang meminta manakala lelaki malu menolak untuk menjaga maruah. Apabila yang diminta terlalu tinggi sehingga tidak termampu, maka berlakulah pinjam-meminjam dan bergolok bergadai.

Sebaik-baiknya perkahwinan itu dimulakan dengan keadaan yang baik tanpa masalah kewangan yang boleh membawa kepada kemudaratan sehingga merosakkan keharmonian rumah tangga. Pada saya, wang hantaran tinggi bukan perkara yang membanggakan tetapi menyusahkan. Pada saya, adalah manis jika hikmah yang dipraktikkan oleh masyarakat dahulu diguna pakai iaitu pemberian itu bagi menunjukkan penghargaan pihak lelaki kepada perempuan. Gejala ini harus ditangani kerana ia mempunyai lebih banyak kesan negatif daripada positif.

Adakah isu ini merupakan punca utama peningkatan golongan membujang?

DR. NIK SAFIAH: Itu sudah pasti, tetapi kesan jangka panjang yang mungkin berlaku ialah kaum lelaki akan ragu-ragu mengambil langkah meminang dan mendirikan rumah tangga. Maka ramailah pasangan lelaki dan perempuan yang hanya berkawan tanpa ikatan perkahwinan. Perkara ini tidak akan membawa kesan yang baik pada masyarakat kita.

Apakah kesan akibat penentuan jumlah wang hantaran yang tinggi ini?

DR. NIK SAFIAH: Antaranya kesan ekonomi. Bagi yang mampu, ini tidak membebankan tetapi apabila diikuti oleh pihak yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh, maka ini memberi kesan bukan sahaja kewangan pihak lelaki malah ekonomi negara kerana bakal melahirkan ramai pemiutang.

Kedua, dari segi agama iaitu perasaan riak dan hendak menunjuk-nunjuk. Kita perlu menjadi masyarakat yang sederhana. Bagi yang ada duit dan membuat kenduri besar, lebih baik membuat ibadah iaitu bersedekah duit itu kepada rumah kebajikan.

Ketiga, dalam jangka masa panjang, bilangan yang hendak berkahwin akan berkurangan, sekali gus meningkatkan bilangan gadis dan teruna yang membujang. Dalam keadaan ini mereka terus bersahabat tanpa perkahwinan dan akan membawa kepada gejala sosial seperti bersekedudukan dan berzina.

Keempat, bebanan hantaran melewatkan tarikh perkahwinan kerana terpaksa menyimpan wang yang banyak. Apabila kahwin lewat, anak pun sedikit.

Kelima, kahwin lari akan bertambah.

Jelaslah, hantaran tinggi tidak patut digalakkan kerana bakal meruntuhkan institusi perkahwinan.

Siapakah yang selalunya menentukan jumlah wang hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Kadangkala bukan pasangan yang menentukan tetapi ibu bapa dan saudara-mara. Saya harap saudara-mara tidak campur tangan. Bagi saya wang hantaran itu hanyalah sebagai ukuran. Katalah wanita itu siswazah dan bakal suaminya siswazah, maka kerana taraf kelulusan dan pekerjaan yang baik, hantaran tinggi. Ini bukan cara terbaik. Permintaan perempuan biarlah berpatutan.

Saya ingin menekankan kepentingan perbincangan antara pasangan, perlu ada persefahaman antara keluarga. Kadang-kadang satu pihak sengaja hendak meninggikan harga itu iaitu pihak lelaki. Kita berharap kesederhanaan pada kedua-dua pihak.

Apakah faktor dalam menetapkan hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Bergantung kepada kedudukan kedua-dua pihak. Bagi pihak perempuan mungkin kelulusan manakala pihak lelaki pula kemampuannya. Yang lain ialah kerelaan hati, berapa banyak pihak lelaki sanggup memberi tetapi janganlah terlalu murah hati. Selain itu, kedudukan keluarga itu dalam masyarakat. Misalnya hendak pergi meminang itu anak pak imam, anak guru besar, jumlahnya mungkin lain bagi menghormati kedudukan bapa perempuan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, perbandingan dengan pihak-pihak lain jangan dijadikan faktor.

Jika dilihat keadaan ekonomi dan kos perbelanjaan perkahwinan yang semakin tinggi, apakah kadar minimum wang hantaran?

DR. NIK SAFIAH: Saya berpendapat antara RM5,000 hingga RM10,000, bergantung kepada latar belakang pihak berkenaan. Jika lebih daripada RM10,000 itu agak banyak dan tinggi kerana wang hantaran itu hanya sebahagian daripada persiapan perkahwinan itu. Ini belum termasuk barang hantaran seperti barang kemas, hadiah-hadiah seperti sepersalinan pakaian, alat solek, set dandanan diri, jam dan telefon bimbit yang harus diberi oleh pihak lelaki. Ini bermakna lelaki bukan sekadar terpaksa menyediakan wang hantaran, tetapi barangan lain yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

Daripada mengadakan majlis kenduri yang besar-besar, apa salahnya wang itu diberikan kepada pihak pengantin untuk memulakan rumah tangga seperti membeli perabot dan menyewa rumah.

Adakah budaya pemberian wang hantaran ini boleh dihapuskan?

DR. NIK SAFIAH: Sebenarnya wang hantaran merupakan unsur budaya yang waktu dahulu ada hikmahnya. Namun untuk menghapuskan bukan mudah terutama di kalangan orang tua dan keluarga perempuan yang berpegang kuat pada budaya itu. Apa yang boleh kita lakukan ialah menunjukkan aspek keburukan ini dan melalui pendidikan. Kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai perspektif lebih sihat. Kita juga tidak mahu menghapuskan unsur budaya yang pada asasnya mempunyai gejala baik iaitu sebagai hadiah dan tanda kasih sayang kepada isteri dan kalau perlu gunakan untuk kebaikan pasangan yang berkahwin.

Adakah mungkin, disebabkan hantaran tinggi lelaki akan memilih wanita negara lain yang tidak memerlukan wang hantaran yang tinggi?

DR. NIK SAFIAH: Ia mungkin berlaku, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di negara Asia Barat di mana hantarannya terlalu tinggi. Mereka lebih senang mencari wanita dari luar. Perkara ini mungkin berlaku di Malaysia sekiranya isu ini tidak dibendung. Saya risau jika perkara ini benar-benar berlaku, maka banyak kesan negatif yang harus ditanggung oleh masyarakat. Apabila seseorang berkahwin dengan bangsa lain, maka budaya turut berubah. Begitu juga yang berkahwin dengan yang tidak seagama, mungkin menimbulkan masalah penerapan nilai-nilai agama dalam diri pasangannya.

Terdapat fenomena segelintir umat Islam mencari angka tertentu dalam menentukan jumlah wang hantaran kononnya mempunyai tuah.

DR. NIK SAFIAH: Perkahwinan ini perkara yang serius dan harus dilalui dengan perasaan khusyuk. Walaupun cantik beberapa angka dan membawa pengertian khusus bagi pasangan seperti tarikh lahir dan sebagainya, saya rasa pemilihan berdasarkan itu tidak sesuai dan kadangkala menyusahkan untuk menyebutnya semasa akad nikah. Sebenarnya kita tidak ada budaya mempercayai angka boleh membawa tuah melainkan budaya Cina yang mempercayai angka boleh membawa kerahmatan kepada mereka.

Adakah wajar beban wang hantaran yang tinggi itu dikongsi bersama dengan ahli keluarga supaya pihak lelaki tidak malu?

DR. NIK SAFIAH: Kalau perempuan sedar bahawa pihak lelaki tidak begitu mampu, janganlah minta terlalu banyak. Tetapi kalau keluarga sanggup membantu, eloklah daripada dia meminjam dari sumber yang tidak begitu sesuai. Tetapi adalah lebih penting tidak membebankan keluarga.

Sudah sampai masanya keadaan yang bersesuaian dicari untuk memudahkan perkahwinan ini. Mungkin Prof. ada cadangan.

DR. NIK SAFIAH: Pertamanya seseorang lelaki yang hendak mendirikan rumah tangga mesti membuat persiapan. Jika tidak bekerja, carilah pekerjaan. Kalau sudah bekerja, mula dari awal menyimpan duit dan jangan membebankan ibu bapa. Lainlah ibu bapa orang senang dan merupakan anak tunggal.

Setelah bersedia ingin berkahwin, adakan perbincangan antara pihak lelaki dan perempuan supaya pihak perempuan mendapat tahu keupayaan pihak lelaki dalam soal hantaran. Saya juga berharap wang hantaran jangan digunakan semata-mata sebagai perbelanjaan untuk kenduri besar. Dalam hal ini soal berjimat cermat perlu dititikberatkan. Kesederhanaan dan keinsafan sebagai orang Islam yang soleh harus diterapkan, jangan sekali-kali meniru apa yang dibuat oleh jiran dan artis.

Bagaimana pendapat Prof. supaya wang hantaran dijadikan mas kahwin bagi mengelakkan wang tersebut dibelanjakan untuk kenduri?

DR. NIK SAFIAH: Susah. Mas kahwin itu wajib dan hak perempuan. Wang hantaran sebagai mas kahwin itu boleh dijadikan cadangan tetapi hakikatnya, pemberian wang itu merupakan unsur budaya dan telah menjadi amalan akan digunakan untuk perbelanjaan kenduri dan membeli perkakas perkahwinan.

Apa yang boleh dilakukan ialah berkempen untuk mengurangkan jumlah wang hantaran atau diberikan kepada pasangan memulakan kehidupan baru.

Bagaimana untuk menerapkan kesedaran keburukan pemberian wang hantaran yang tinggi?

DR. NIK SAFIAH: Saya rasa aspek ini perlu dibincangkan dalam kursus perkahwinan atau diselitkan dalam salah satu mata pelajaran di sekolah-sekolah menengah secara tidak langsung. Begitu juga semasa khutbah dan ceramah-ceramah agama.

Di Kedah, mengikut banciannya mas kahwin bagi wanita yang berkelulusan universiti kini mencecah RM 12,000. Astaghfirullah, hebatnya wanita di Kedah sampai begitu tinggi lagi mas kahwinnya. Betulkah mereka HEBAT?? Pandangan yang disampaikan oleh seorang pensyarah UDM, beliau menyebut hantaran perkahwinan paling mahal di Malaysia ialah dari negeri Kedah. Kepada mereka yang ingin memetik bunga di taman larangan jelapang padi sila fikir dua kali. Ini adalah antara kenyataan yang dibuat.

Selain itu, isu ini sentiasa berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur oleh mufti, agamawan dan sebagainya. Tetapi ia tetap berterusan tanpa mengetahui puncanya. Apa yang menyedihkan pihak lelaki akan terus menjadi mangsa keadaan selama2nya sekiranya ibu bapa khususnya masih lagi gagal memahami isu sebenar wang hantaran ini. Komentar dari Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang menyatakan pandangannya tentang isu wang hantaran yang tinggi. Beliau berkata dari sudut agama memang tidak menjadi kesalahan bagi mereka berkemampuan, namun perkara itu akan dinilai sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk oleh masyarakat. Beliau berkata, bakal pengantin tidak sewajarnya menjadikan matlamat perkahwinan berasaskan hantaran tinggi sebaliknya perlu mengutamakan kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga pada masa depan. Katanya, beliau juga khuatir jika perkara itu terus menjadi ikutan, matlamat perkahwinan mungkin disalah erti terutama bagi generasi muda.

Manakala Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, berkata trend hantaran yang tinggi boleh dilakukan jika mampu, tetapi tidak perlu dihebahkan kerana dibimbangi boleh menimbulkan pelbagai impak negatif dalam masyarakat. Katanya dengan perkembangan trend itu sekarang, kita khuatir wanita muda hanya akan mengejar lelaki berusia yang berstatus tinggi dan banyak wang sekali gus meningkatkan kuantiti lelaki yang tidak berkahwin. Ia juga boleh menimbulkan prasangka, hasad dengki dan iri hati di kalangan masyarakat. Memandangkan kita hidup bermasyarakat, kita perlu mengambil kira sensitiviti golongan kurang berkemampuan dan miskin.

Antara hujah yang diketangahkan mengapa mahar tinggi :
1. Dah itu harga pasaran sekarang (jual anak ke?)
2. Kalau dia tak mampu bagi tinggi, macam mana dia nak tanggung hidup anak kita?
3. Hanya orang yang sanggup bayar sahaja akan di terima lamarannya.
4. Malu pada keluarga dan jiran kalau 'letak harga' terlalu rendah.
5. Anak kita anak dara, barang baru, bukan barang second hand tau.

Kesan apabila harga Mahar tinggi :
1. Kita pakat himpun bersama-sama sampai cukup (joint account).
2. Kita pinjamlah merata pastu sesama ler bayar bila dah nikah nanti.
3. Kita kawin lari jer lah.
4. Tak payah kawin, kita tinggal sama sampai TER ....

Apakah akibat meletakkan 'harga tinggi' ini?
1. Lambatkan perkahwinan sedang umur gadis semakin lanjut.
2. Menutup peluang gadis untuk di lamar oleh orang yang dia cintai.
3. Menyebabkan kemungkinan berlakunya perzinaan.
4. Menyebabkan anak menanggung hutang yang tinggi.
5. Mendahulukan 'malu' pada masyarakat dari hukum 'wajib' menikahkan.

Oleh yang demikian, kita sepatutnya kembali kepada sunnah rasulullah. Nabi pernah bersabda, "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." (Riwayat Bukhari)

Sumber Rujukan :
http://ni5a.multiply.com/journal/item/143
http://www.kawin-kawin.com/sayang2/8-wang-hantaran-perkahwinan.html
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=127&thread_id=24261
Read More..

Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 11 (TAMAT)

 Kod #9: Star of David

Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.

Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?

Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David

Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David

    Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet
    di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara
    dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari

    Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya. Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, penulis biarkan anda membuat kesimpulan.


Buta hati kamu. Wahai saudara Hindu, carilah kebenaran sebenar. Saya pernah berbual sendiri dengan seorang bekas Sami Batu Caves (berkasta Brahmin). Beliau telah menceritakan kepada saya, kisah hidupnya yang begitu menyentuh hati saya dan membuatkan saya amat bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam. Beliau sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya yang berjaya (beliau adalah bekas penuntut University Of Oxford) semata-mata demi Islam. Dan beliau telah cuba dibunuh oleh Hindraf atas arahan ayahnya sendiri kerana memeluk Islam, kepalanya ditetak, perutnya ditikam sehingga tembus dan urat nadi dia dipotong. Doktor meramalkan dia dapat hidup 3 bulan sahaja dengan keadaannya tetapi Allah maha berkuasa, sehingga sekarang beliau masih hidup dan sudah lebih 3 tahun beliau mengalami peristiwa itu. Kata-katanya yang begitu menyentuh ialah, semuanya kerana Allah, semuanya kerana Allah.

Tetapi apa yang menyedihkan, berapa ramai melayu Islam yang murtad! Betapa tidak bersyukurnya mereka dan begitu nipisnya iman mereka sedangkan itulah nikmat yang paling besar, Iman dan Islam. Carilah kebenaran, dan kamu akan temui cahaya kebenaran di celah-celah kegelapan.

    Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi penulis pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini penulis ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.

    Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya...ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad... dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.

    Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis..."sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya...?". Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori penulis ini). Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?

    Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan 'bergaya' di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.

    Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.

    Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.

    Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.

    Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.

    Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya.


Masih ingatkah anda dengan sabda Rasullulah s.a.w?

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Jika Rasullulah masih hidup, baginda akan mempertahankan umatnya dari Dajal ini, tetapi baginda telah wafat dan menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menepis fitnah dajal ini. Bagaimana kita mahu untuk menepis fitnah Dajal ini? Kita mestilah memperkuatkan diri kita dengan ibadat, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, tinggalkan segala hal yang boleh melemahkan iman kita dan kita juga mestilah melengkapkan ilmu di dada untuk menolak penyelamat yang salah ini. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat perlindungan Allah dari fitnah Al-Masih Ad-Dajal!

Jika ada pendapat atau sebarang komen, mari sama-sama kita bincangkan di sini. Mari sama-sama melengkapi antara satu sama lain. Kumpulkan puzzle bersama-sama. Dan semakin mudah ia akan lengkap. Insya Allah.
Read More..

Khamis, 9 Februari 2012

Valentine's Day - Mereka Untung Atas Kerosakan Kita!


Ramai sudah maklum bahawa Valentine’s Day HARAM disambut oleh ummat ISLAM (rujuk artikel JAKIM). Ia bukan sahaja mempunyai kesan negatif tersebarnya aktiviti maksiat, malah ia jelas mempunyai elemen tasyabbuh kepada perbuatan orang-orang kafir dan juga mempunyai nilai-nilai agama bukan Islam.

Tetapi, kenapa Valentine’s Day masih tidak dapat dibuang dari sebahagian rakyat Malaysia yang beragama ISLAM? Malah, di negara lain juga? Kenapa ia masih berlegar di dalam masyarakat muslim, walhal banyak sudah penerangan dan teguran telah dibuat?

Mungkin ini sebabnya:

  1. Media samada TV, radio, suratkhabar, majalah, internet dan seumpamanya mendapat keuntungan dari Valentine’s Day ini. Bagaimana? TV contohnya mensensasikan Valentine’s Day melalui penayangan filem-filem atau drama-drama cinta. Mereka tahu filem/drama berteraskan cinta dan romantik akan meningkatkan rating mereka. Kerana ia memang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, terutama remaja. Dan tentunya mereka akan dikerumuni tempahan iklan dari syarikat-syarikat korporat yang ingin mengiklan barangan dan perkhidmatan mereka. Di sini, media akan mendapat keuntungan yang besar hasil dari iklan-iklan tersebut. Tidak hairanlah kenapa media begitu ghairah mensensasikan Valentine’s Day.
  2. Peniaga terutama penjual kad dan bunga akan mendapat durian runtuh sempena Valentine’s Day ini. Justeru, mereka mesti mempromosikan Valentine’s Day supaya masyarakat diujakan dengan semangat cinta dan romantik. Pelbagai produk ditawarkan kepada pelanggan bagi merealisasikan rasa cinta dan kasih sesama pasangan yang bercinta. Maka, tidak peliklah kenapa Valentine’s Day menjadi lubuk emas kepada peniaga terutama penjual kad, bunga dan cenderahati.
  3. Hotel dan restoran turut sama ingin mengaut keuntungan mempromosikan Valentine’s Day dengan cara menyediakan pakej-pakej seperti Honeymoon Package sempena Valentine’s Day, Candle Light Dinner sempena Valentine’s Day dan bermacam lagi. Paling menakutkan ialah apabila hotel-hotel dengan berbesar hati menerima tempahan bilik yang pastinya bilangannya berganda berbanding hari lain. Untuk tujuan apa? Saya rasa ramai sudah maklum… Maka tidak peliklah kenapa hotel dan restoran berlumba-lumba mempromosikan Valentine’s Day. Mereka beroleh keuntungan yang berganda.
  4. Pihak Event Management juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Pastinya Valentine’s Day boleh dijadikan sumber pendapatan yang besar buat mereka. Maka, dianjurkan pelbagai program dan majlis bersempenanya. Majlis yang macam mana? Tari menari dan sebagainya. Tak lain dan tak bukan, pastinya majlis yang menyemarakkan rasa cinta dan nafsu. Sebab tu tidak pelik jika pihak event management tak mahu Valentine’s Day ini pudar dari masyarakat.
  5. Pembuat filem dan drama akan cuba menghasilkan karya seni berkisarkan cinta. Kisah cinta bermacam segi dicipta bagi menyentuh hati masyarakat untuk menontonnya. Dengan kedatangan Valentine’s Day, pastinya ia sangat sesuai untuk ditayangkan pada masyarakat. Moodnya, mood cinta. Moodnya, mood nafsu. Maka, timbullah berbagai-bagai kisah cinta samada dihasilkan oleh pihak luar atau dalam negara untuk dikaut keuntungan darinya.
  6. Panggung-panggung wayang dan pekedai VCD/DVD sudah semestinya akan menerima tempias yang besar hasil dari penghasilan filem/drama berkisar cinta di musim Valentine’s Day. Justeru, mereka juga akan turut mengambil bahagian dalam mempromosikan Valentine’s Day ini.
  7. Sekolah dan universiti tidak ketinggalan dalam hal ini. Valentine’s Day boleh dijadikan peluang buat mereka untuk menjana pendapatan. Dibuat pelbagai program seperti song dedication, secret admirer card, hadiah dalam bentuk coklat, candies, bunga dan bermacam-macam lagi. Persatuan dan kelab di sekolah dan universiti yang menganjurkan program-program sebegini bakal memperolehi pendapatan yang banyak, kerana sudah semestinya remaja akan menyertainya. Maka, sebab itulah budaya Valentine’s Day ini masih berterusan di sekolah dan universiti disebabkan oleh ada pihak yang boleh buat keuntungan. Keuntungan yang banyak.
  8. Gerakan Freemason/Illuminati yang dikatakan menjadi dalang kepada eksploitasi unsur-unsur seks, wanita dan hiburan di seluruh dunia sejak dahulu lagi pastinya mempunyai peranan dalam merosakkan manusia melalui penganjuran pelbagai program secara global. Ini memang kerja mereka. Dan mereka mendapat keuntungan yang besar darinya. Malah ia menjadi perjuangan mereka.
  9. Dan lain-lain lagi…
Teguran demi teguran telah dilakukan supaya ummat ISLAM tidak terjebak dengan Valentine’s Day ini. Namun, disebabkan oleh lemahnya masyarakat muslim menepis godaan, maka mereka turut terhasut dek pihak yang menaja pelbagai program sempena Valentine’s Day ini.

Disebabkan oleh Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk, jadi penghapusan total Valentine’s Day memang sukar dilakukan. Kerana masyarakat bukan ISLAM perlu dihormati haknya untuk menyambut perayaan yang mereka rasa berkaitan dengan agama mereka. Malangnya, ini menempias ke dalam ummat ISLAM akibat terpengaruh dengan keseronokan dan semangat muhibbah, konon.

Jahil dan lalai di kalangan sebahagian ummat ISLAM dengan tujuan sebenar insan diciptakan adalah faktor utama! Tujuan sebenar dijadikan manusia adalah untuk beribadah kepadaNYA. Insan yang jahil tentang agama dan lalai dengan nafsunya sendiri pastinya mudah terpesona dengan mana-mana ajakan pun. Bukan sahaja dalam hal Valentine’s Day ini, dalam apa-apa hal pun…

Jika diamati senarai di atas, maka tidak peliklah kenapa Valentine’s Day begitu disensasikan. Kerana banyak pihak yang boleh buat keuntungan.

Sepatutnya ummat ISLAM mencegah diri mereka dari terjebak dengan Valentine’s Day ini. Bukan sahaja ia bercanggah dengan agama ISLAM, malah nilai-nilai murni moral juga turut tercemar apabila masyarakat diajak asyik dengan cinta. Malah ada pihak yang menganjurkan program-program bagi melempiaskan nafsu cinta yang terlarang, astaghfirullah…

Sebahagian mereka ada yang bertujuan komersial semata-mata. Tetapi ada juga yang berniat jahat seperti dinyatakan di point ke-8. Yang menjadi mangsanya adalah ummat ISLAM. Yang dipergunakan adalah ummat ISLAM. Yang rosaknya adalah akhlaq ummat ISLAM.

Sudahlah mendapat dosa menyambutnya, malah dipergunakan pula duit dan maruah kita.

Sedarlah…sedarlah…!


Shahmuzir Nordzahir,

muzir.wordpress.com

*Disunting dari: http://muzir.wordpress.com"
 
Read More..