Pilihanraya Umum ke 13 telah hampir Ketika kempen piliharaya umum, adakah seorang menteri itu masih seorang menteri, layak menerima kemudahan menteri, dibayar gaji menteri dan pelbagai kemudahan sebagai seorang menteri, Bagaimana kedudukan kerajaan?Adakah munasabah jika dibentuk kerajaan sementara atau Majlis Pemerintahan sementara.
Sebaik Parlimen dibubarkan, adakah kabinet juga dibubarkan?
Andaikata kabinet dibubarkan maka setiap menteri bukan lagi seorang menteri, juga akan hilang kelayakan sebagai seorang menteri lebih lebih lagi bekas menteri itu jadi calon bagi ssesuatu parti politik dalam pilihanraya umum tersebut.
Juga sepanjang kempen pilihanraya itu sebutan PM atau DPM atau menteri itu dan menteri ini akan gugur dan hanya disebut calon BN kawasan itu dan kawasan ini.
Juga semasa mengisi borang pencalonan status pekerjaan bukan lagi seorang PM ata DPM atau menteri akan tetapi sepatutnya dengan apa status calon itu ;Peguam ke, Doktor kea tau presdien parti itu dan presiden parti ini. Andaikata pekerjaan ditulis sebagai menteri itu dan menteri ini adakah kertas pecalonan itu sah dan pemohon itu layak menjadi calon.
Andaikata kabinet dibubarkan semua yang memilih untuk menjadi calon punya hak yang sama sebagai calon tidak kira apa parti diwakili pun lantas dalam kempen tersebut media tidak lagi diboleh mengumumkan bahawa menteri itu menteri ini berkempen dengan mengayuh basikal atau naik kereta lembu. Dan seharusnya laporan nya berbunyi calon parti itu dan parti ini bagi kawasan PRU itu iaitu encik atau datuk itu datuk ini.
Dengan kata lain dalam kempen tersebut, jentera kerajaan tidak boleh digunakan oleh mana mana calon, walaupun calon itu dulunya seorang PM dalam cabinet kerajaan yang memerintah kerana pada masa kempen individu itu merupakan antara calon yang bertanding.
Individu itu bertanding atas tiket parti diwakili justeru individu itu hnya rakyat biasa, tidak boleh lagi diringi oleh pengawal keselamatan sama seprti diwaktu individu itu memegang jawatan utama dalam kerajaan.Tugas pegawal keselamatan seperti PDRM dan mana mana agensi kerajaan yang lalukan hendaklah diletakan di bawah satu Majlis Pemerintahan Sementara sehingga tamat pilihanraya dan kabinet baru dibentuk.
Dicadangkan KSU Negara akan menjadi pemegang amanah bagi kerajaan sementara itu dengan kabinet kerajaan sementara itu diwakili oleh PDRM dan setiap kementerian akan diketuai KSU kementerian masing masing bagi menggantikan menteri bagi kementerian tersebut.
Jelasnya KSU Negara menjadi Ketua Kerajaan Sementara itu.
Apa kata DR Aziz Bari
Apa yang di nyatakan adalah merupakan satu kemusykilan dari rakyat yang tidak berapa jelas dengan peraturan dan undang –undang pilihanraya apatah lagi maksud dan pengertian yang terdapat dalam Perlembagaan dan hanya berdasarkan kepada lojik dirinya sendiri.
Apa yang dinyatakan adalah prinsip kesamarataan, individu yang masuk bertanding semuanya sama taraf dan adalah mewakili parti masing masing kabinet yang mereka menjadi anggota sebelum Parlimen dibubarkan telah tiada dan andaikata parti diwakilinya menang dalam PRU itu dan pucuk pimpinan mahukan individu tertentu yang jadi calon itu menang jadi menteri, menterilah individu itu Begitu juga dengan PRU diperingkat negeri.