Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 4 Mac 2013

Perjanjian Geneva, Memali dan Lahad Datu.. Aku Pening!



Sebelum ini aku dah pening bagaimana sikap Kerajaan Malaysia khusus Najib Razak bila menangani Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah. Aku pening pasal banyak sangat kenyataan kononnya mereka bukan pengganas.

Najib bercakap, Sepupunya si Hishamuddin pun bercakap. Si Nazri yang keras tu pun bercakap lembut gigi daripada Lidah bahawa yang datang tu bukan nak buat masalah pun.


Bukan aku reka cipta, tapi di siarkan dengan jelas dan besar oleh akhbar kebanggaan kita bersama Si Utusan Malaysia.
Aku jadi lagi pening bila mendengar dan melihat kenyataan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.

Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Kan bodoh rasa aku ini, tak faham apa itu Perjanjian Geneva!!



Bila aku terkenang pula peristiwa di Memali. Penduduk Memali khususnya yang berada di Pondok Ustaz Ibrahim Libya dikatakan pengganas. Saban hari RTM menyebut dan menyumbat teliga penonton bahawa mereka semua pengganas yang nak menawan negara kita Malaysia tercipta.

Ini Protokol Geneva? 


Mereka adalah pengganas yang amat membahaya, bayangkan dengan bertudung labuh, sudah tua, bersenjatakan buluh runcing, perempuan pula itu... ada yang kata dia ini "latah". Kan amat membahaya jika dibandingkan penceroboh di Lahad Datu. bandingkan senjata mereka???



Mana ada bahaya?? Senjata biasa aje.. pelancar roket pun biasa aje!!

Pelik, bila di Memali kerajaan guna kereta kebal dan kereta perisai! tapi di Lahad Datu, berjalan kaki aje.. ti sebab kena 'ambus'!!



Bila lihat gambar ini aku terasa bahawa Kerajaan sekarang banyak sangat SANDIWARAnya.. Kerajaan yang lemah menzalimi rakyat harus di tukar, kalau tak bertapa bodohnya kita tak boleh faham apa yang terjadi dengan mudah.

itu aku belum lagi cerita pasal SAUK!!


Kalau kita biarkan Barisan Nasional menerajui negara di masa akan datang, entah apa terjadi pada anak cucu kita?