Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 26 September 2011

Hanya Golongan Munafiq Yang Akan Halang Penyampaian Ilmu Allah

Cubaan menghalang ilmu Allah dan ajaran Nabi disampaikan kepada umat manusia samada melalui tazkirah atau kuliah di rumah Allah atau di tempat luar dari kawasan rumah Allah sememangnya telah disekat dan dihalang sejak zaman Nabi berdakwah lagi. Perkara sentiasa berlarutan sehingga kiamat menjelma. Halangan ini dilakukan samada dari golongan kafir atau golongan munafiq yang sentiasa wujud sejak zaman berzaman dan silih berganti.

Dinegara kita, halangan seperti ini bukanlah perkara baru. Cuma ianya tidak dilakukan oleh orang bukan Islam tetapi dilakukan oleh puak munafiq yang menjadi sakibaki Abdullah bin Ubai. Apakah untuk menyampaikan ilmu Allah dan ajaran Nabi yang bersumberkan kitab suci al Quran dan hadis-hadis Nabi memerlukan tauliah, kebenaran dari golongan yang akhlak dan pegangan hidupnya sendiri jauh dari Islam?

Amat memalukan, kuliah atau tazkirah yang hendak disampaikan oleh orang yang layak dan berilmu dihalang oleh sebuah ajensi yang dikatakan menjaga hal ehwal agama? Agama apa? Sedangkan dalam masa yang sama maksiat dan kemungkaran bertaburan bagaikan cendawan tumbuh tidak dihiraukan malahan terdapat puak-puak yang dengan terang dan berani mempertikai dan mempersendakan aajran Nabi, syariat Allah dan menghina ulama-ulama yang menyatakan kebenaran tidak pula dihalang atau diambil tindakan, bahkan golongan ini pula dipuja, dimuliakan dan dipilih menjadi pemimpin dan mentadbir negara.

Firman Allah yang bermaksud " Apabila diajak kepada kamu , marilah tunduk (kepada ajaran Nabi dan syariat Allah) yang telah diturunkan melalui Rasul, maka kamu akan melihat golongan munafiq akan menghalang kamu dengan sekuat-kuatnya kamu dari mendekati atau menyampaikan ajaran Nabi itu".

Persolanya, apakah perlu umat Islam yang ingin berdakwah dan ingin menyampaikan ajaran Nabi itu tunduk dengan pihak berkuasa yang cuba menghalang dakwah itu? Apakah hak Jabatan Agama termasuk pihak istana yang hendak mengadakan berbagai syarat terhadap pendakwah yang ingin berdakwah itu? Perlukah kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul itu untuk tunduk patuh dengan larangan dan syarat mereka itu? Bukahkah dalam menyampaikan ajaran Nabi itu kita tidak perlu takut, tidak perlu patuh atas apa saja larangan dari golongan yang jelas kelihatan sifat-sifat munafiqnya itu? Apakah kita mahu turut jatuh syirik kerana mendahului arahan dan peraturan manusia dari arahan Allah dan Rasul?

Ingatlah, taat kepada golongan yang jelas mengenepikan syariat Allah dalam hal berkaitan undang-undang, pendidikan, pakaian dan sebagainya termasuk dalam dosa syirik yakni dosa yang membuatkan kita dihumban kekal dalam neraka dan semua amal ibadah hanya menjadi sia-sia. Kita tidak perlu mengikut rentak puak UMNO yang jelas kehidupan dan perjuangan penuh dengan kesyirikan itu, atau apakah kita ingin turut sama seperti mereka? Walaupun mengaku hukum Allah itu benar, adil tetapi dalam masa yang sama masih mendaulatkan dan berpaksikan kepada undang-undang manusia tinggalan penjajah (Nasrani) dam memberikan keadilan dan perbicaraan kepada manusia, maka ia termasuk dalam dosa syirik kerana mempercayai ada "dua hukum atau dua undang-undang " sedangkan kita wajib bersyariat hanya satu iaitu berpandukan dan ketaatan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah sahaja.

Memberi dan merekacipta berbagai alasan supaya syariat Allah tidak dilaksanakan adalah racun halus yang diajar dan ditinggalkan oleh penjajah dahulu supaya umat Islam dapat dimurtadkan tanpa disedari oleh umat Islam yang jahil dan sombong. Inilah agenda terbesar dan terpenting pihak penjajah dalam memberikan kemerdekaan dahulu tanpa perlu UMNO bersusah payah mengorbankan nyawa dan darah. Penjajah telah berjaya sebenarnya dalam agenda mereka ini. UMNO bukan pejuang kemerdekaan tetapi hanya meraikan kemerdekaan. Yang berjuang ialah yang menjadi buruan dalam hutan dari pihak penjajah dengan sokongan puak UMNO yang menjadi talibarut mereka dahulu.

Kini mereka terus terikut dengan agenda penjajah dengan menghalang pendakwah dari menyampaikan Islam dengan berbagai syarat sedang golongan yang berdakwah itu telah dikenali umum dan punya ilmu yang luas. UMNO hanya membenarkan ustaz mereka yang sama munafiq itu hanya untuk menyampaikan ilmu batal puasa, haid dan nifas, poligami sahaja sedang yang berkaitan dengan ilmu Tauhid, ilmu aqidah dihalang kerana jika umat Islam faham dan menghayati ilmu Tauhid yang sebenarnya, nescaya tidak akan ada seorang pun yang sanggup menyokong UMNO sehingga bila-bila. Ilmu Tauhid adalah ilmu asas bagi setiap orang Islam.

Kegagalan mendalami ilmu Tauhid menyebabkan manusia hidup dalam kesyirikan tanpa mereka sedar dan segala ibadah yang dilakukan menjadi sia-sia kerana dilakukan tanpa disandarkan kepada ilmu ketauhidan kepada Allah. Tahukah kita bahawa kehidupan harian kita sekarang ini terdedah kepada perbuatan syirik yang amat luas? Syirik adalah dosa besar.

Tanpa ilmu tauhid kita tidak akan dapat membezakan antara perbuatan, percakapan dan tindakan yang terdapat unsur syirik di dalamnya. Maka hiduplah kita dalam kesyirikan dan kesesatan sehingga nyawa dicabut dari jasad, maka kekalah dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan inilah yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh UMNO sekarang ini, melalaikan umat Islam dengan perbuatan dan percakapan yang penuh dengan kesyirikan kepada Allah. Apabila ilmu Tauhid ini dihalang dari disampaikan di dalam rumah Allah atas alasan politik, maka bertambah jahil lah golongan yang kerap ke masjid sebagaimana jahilnya puak yang menghalang dan puak yang tidak minat untuk ke masjid. Dengan kejahilan inilah maka mereka akan terus menyokong UMNO dan disajikan dengan mimpi yang indah dan janji-janji sebagaimana manisnya janji si Dajjal kelak.

Bayangkanlah seandainya dizaman Nabi dan para sahabat dahulu setiap pendakwah disyaratkan mendapat tauliah untuk berdakwah, nescaya cahaya Islam tidak akan sampai kepada kita sekarang ini. Tetapi oleh kerana dizaman ini golongan munafiq sangat bermaharajalela dengan kuasa yang ada pada mereka, jadi diciptakan berbagai halangan dan alasan supaya umat Islam terus jahil dan ilmu Allah serta ajaran Nabi dapat disekat dari terus difahami dan dihayati oleh umat Islam. Ini juga adalah antara kejayaan penjajah yang bermurah hati memberikan kemerdekaan melalui UMNO dahulu.

Persoalanya, mengapakah pendakwah dihalang dari menyampaikan dakwah oleh Jabatan Agama sendiri? Apakah mereka ini tidak menghalang jika pandakwah menyampaikan ajaran selain dari ajaran Islam? Adakah pendakwah itu menyampaikan ajaran supaya umat Islam menentang syariat Allah, menolak hadis Nabi, mengajak jemaah masjid minum arak, makan rasuah, berjudi, berzina, menipu dan merompak harta rakyat? Jika bukan, apa alasanya menghalang untuk mereka memberikan kuliah? Akah kamu lebih tebal sifat munafiqnya dari pihak yang mengarahkan kamu untuk menghalang dakwah ini? Apakah mereka ini hanya meneruskan visi Abdullah bin Ubai dulu? Jika pejabat agama sendiri yang menghalang tazkirah, kepada siapa pula umat Islam hendak mengharapkan untuk mendapatkan ilmu-ilmu Allah ini? Di gereja kah? Di Kuilkah? Atau di Tokong kah?

Menghalang golongan politik yang punya ilmu agama dan layak menyampaikan kepada masyarakat adalah puak sekular/sesat. Hanya ajaran Krisitian sahaja yang menghalang puak politik terbabit dalam urusan agama dan menghalang puak agama mereka dari terlibat dengan urusan politik. Atau dalam bahasa mudah memisahkan agama dan politik. Orang politik jangan cakap atau jangan campur urusan agama dan begitulah sebaliknya. Ini adalah ajaran sesat dan jarum peninggalan penjajah British dulu kepada UMNO. Inilah ajaran islam mengikut fahaman UMNO dan sebab itulah UMNO dikira termasuk dalam kumpulan ajaran sesat lagi menyesatkan.

Benarlah kata Nabi, apabila urusan agama diserahkan kepada puak yang jahil dan bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan yang bakal menjelma". Sekarang kita lihat sudah berbagai kehinaan dan malapetaka yang Allah turunkan sebagai mencabar kebijaksanaan dan keadilan yang diagung-agungkan oleh pihak yang punya kuasa dalam mentadbir negara dengan mengenepikan syariat Allah dan ajaran Nabi. Hanya golongan yang Allah butakan hati mereka sahaja yang tidak dapat melihat dan tidak akan faham kerana kesyirikan dan sifat munafiq yang tebal yang telah bersarang dalam darah dan tubuh mereka selama ini telah menghalang mereka dari mengenali semua amaran Allah itu.

Maka diakhirat kelak, bersedialah mereka bersama golongan yang mereka puja, yang mereka sokong dan pertahankan semasa di dunia dahulu yang akan dihimpunkan bersama untuk dilontarkan ke dalam neraka Allah akibat dari perbuatan dan pilihan mereka sendiri walaupun sudah dinasihatkan banyak kali tetapi mereka pekakan telinga demi kerana pangkat, harta, wang, kemewahan dan jawatan. Ketika itu nanti, rasakanlah apa yang kamu pilih semasa di dunia dahulu. Wallahualam. 

Tiada ulasan: