Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 4 Mac 2013

Media Filipina dedahkan Najib telah janji penempatan utk Tentera Sulu di Sabah

Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar..



Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.

Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..

Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..



Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya..

Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya..



Mungkin Anwar yang arahkan Najib supaya menjanjikan penempatan untuk Tentera Sulu tu kot??? 
Read More..

Polis (PDRM), Hisyhamuddin, Najib dan UMNO hentikan bermain wayang


Peristiwa pencerobohan "Tentera Sulu" di Lahad Datu dan Semporna Sabah sudah menjadi medan bunuh perajurit PDRM. Satu lagi anggota keselamatan terbunuh menjadikan bilngan bertambah. 

PDRM atau Ketua Polis Negara pula setiap hari membuta kenyataan dalam media tv menambah bilangan kematian dan yang tercedera, Macam jual ubat kuat dengan muka tersengeh. Hentikan membuat kenyataan yang tidak cerdik.

Rakyat Malaysia hairan dan pelik peristiwa yang paling malang  selepas merdeka 56 tahun tidak mendapat liputan kronologi sepenuhnya dari tempat pencerubuhan dan puncanya dari pehak keselamatan.
Tidak mungkin berlaku penderatan yang hebat dari "Tentera Sulu" . Jika berlaku menandakan satu kegagalan yang besar dari pehak keselamatan. Untuk rekod kerjaan BN/UMNO terutama di Sabah telah mengeluarkan I/C dan memberi warga negara secara express kepada pelarian atau pendatang dari Filipina terutama penduduk kepulauan Sulu dan yang hampiri sempadan Malaysia/ Sabah .
Puluhan ribu pendatang (Pati) dari Filipina membajiri Sabah dan puluhan ribu lagi mendapat warga negara Malaysia  secara experes dan didaftar oleh JPN Sabah dan didaftar dalam daftar pemilih SPR. Kerja jahat dan pengkhianat negara nombor satu SPR dan JPN . 
Era atau regim Mahathir dan kuncunya adalah orang yang bertanggungjawap dalam memberi warga negara Malaysia secara experss dengan tujuna menang dalam pilihanraya umum Sabah.
Selepas hampir tiga dekap atau selepas Mahathir dicadang berhenti menjadi PM baharulah timbul polimik dan masaalah yang rumit untuk dirungkaikan. Tidak semudah itu penceroboh memasuki pengairan negeri Sabah lengkap dengan senjata M16 dan bom serta peluru.
Kita bimbang Najib Razak dengan kerja sama sepupunya Hisyamuddin menteri yang jaga PDRM bermain wayang menggunakan PDRM menghalang kebangkitan rakyat Sabah dalam PRU13.
Najib Razak dan UMNO jangan menggunakan anggota keselamatan demi meraihkan undi dan membuat kerja kerja bodoh demi hayat UMNO Sabah. Malah apa yang kami terima pendatang Slu ada yang mempunyai I/C biru dan ada yang datang sebagai PATI bertahun tahun menetap di Sabah.
Rakyat Malaysia mengharap Najib Razak dan UMNO jangan meniutup berita sebenar apa yang berlaku dan rakya ingin tahu apa sebenar yang berlaku di Lahad datu dan Semporna Sabah sehingga mengorbankan hampr sembilan anggota PDRM .
Rakyat Malaysia tidak marah kepada Najib Razak, Hisyam. PDRM dan Khas UMNO jika kerajaanmengambarkan dan membuat hebahan berita sebenar apa yang terjadi. Jangan hanya muka KPN keluar dimedia hanya membri nombor kematian setiap hari. Itu kerja bodoh namanya.
Rakyat Malaysia ingin tahu cerita yang sebenar. Jangan menyiarkan berita kematian dan jangan sekat meida bertanya dan mengambarkan keadan yang sebenar berlaku.

Rakyat Malaysia dan rakyat Sabah tidak mahu melihat dan mendegar setiap hari ada sahaj berita kematian anggota keselamtan . Kita bimbang satu wakttu nanti ada pula warga Sabah yang tidak berdosa terbunuh atau dibunuh oleh peluru sesat PDRM dan peluru sesat "tentere Sulu".
Jika sampai satu keadan yang genting serah sahaja kepada  ATM yang cukupsedia dan terlatih dalam medam perang gorila dan perang terbuka dengan senjata yang modern.
Rakyat Malaysia melihat apa yang berlaku di Sabah seperti satu permainan catur yangdiatur oleh UMNO menggunakan anggota keselamatan untuk meraih simpati PRU13. Mengapa pehak PDRM tidak serah sahaja kepada ATM bagi mengawal keadan di Lahad Datu dan Semporna?.....
Yang boleh memberi jawapan adalah Naib Razak dan sepupunya Hisyam. Jangan bermain wang dan jangan guna PDRM untuk mereka cipta isu dan membuat jerja bodoh.
Serahkan kepada ATM dan hentikan kerja kerja jahat oleh UMNO demi untuk menang PRU13 akan datang.  
Read More..

Ahad, 3 Mac 2013

Lahad Datu, orang Sabah lebih tahu!


Assalamualaikum, Kes pencerobohan di Lahad Datu mengorbankan 2 anggota Polis sama seperti kes Al Maunah yang turut mengorbankan 2 anggota Polis.Membaca lapuran lapuran yang ada, penulis agak bingung kerana ada persamaan dengan kes Al Maunah dulu.

Ketika kes Al Maunah kalau tak silap ketika lapuran polis dibuat oleh pengawal kem tentera yang dirompak ada disebut antara perompak perompak itu terdapat seorang Iban dan seorang India dan kemudiannya disahkan anggota polis yang mati itu ialah bangsa Iban dan India sementara anggota Al Maunah yang ditangkap tidak pula terdapat  orang Iban dan India.


Sementara lapuran berita terkini TV3 suku petang semalam ada menyebut warga tempatan turut terbunuh dan mengikut lapuran itu lagi warga tempatan itu merupakan sepupu salah seorang penceroboh itu, sementara dalam lapuran lain dikatakan yang terbunuh itu adalah pemilik rumah yang didiami penceroboh.Lapuran yang agak tergantung dalam kedua dua kes Al Maunah dan pencerobohan Lahad Datu sehingga muncul satu lapuran dari Sabahkini yang boleh mengaitkan kes kematian warga tempatan itu. Nampaknya orang Sabah lebih mengetahui walaupun ada percubaan mengaitkan pembangkang dan ketua pembangkang dalam kes pencerobohan ini.

Presiden Filipina menyatakan rasa hairannya apabila feri yang membawa penceroboh yang menurutnya memerlukan pembiayaan yang banyak dan berjanji untuk menyiasatnya sedangkan mudahnya feri tersebut melepasi kawalan sempadan juga turut dipersoalkan.Menurut bekas Laksamana tentera Malaysia,TLDM mempunyai kredibilit tetapi kenapa feri ini bolos? Bukan setakat itu, malah ada beberapa agensi pengawal pantai yang turut dilepasi feri tersebut.
Lapuran Sabahkini ada munasabahnya.Ada unsur unsur perancangan  yang teratur dalam membawa penceroboh ini masuk dan lapuran yang sebelum ini menyebut penceroboh datang kerana pelawaan pembangkang untuk membincangkan persoalan tanah sebenarnya mungkin bukan pembangkang tetapi berdasarkan lapuran Sabahkini itu ialah seorang pemimpin UMNO tempatan yang kalah perbicaraan dengan FELDA.
Kalau benar lapuran itu, maka isu pencerobohan sebenarnya isu kerakusan individu yang tidak ada kena mengena dengan mana mana pihak baik kerajaan atau pembangkang tetapi persoalan keselamatan masih wajar dipersoalkan.Di mana agensi pengawal sempadan kita yang dibiayai oleh bukan sedikit wang rakyat.Menurut bekas laksamana Tentera kita, TLDM merupakan agensi yang mempunyai kredibiliti tetapi di mana TLDM dalam kes ini? Apatah lagi lapuran turut menyebut ketua penceroboh melarikan diri ke laut, macam mana boleh lepas?
Masih banyak yang tidak kita ketahui termasuk ke mana perginya penceroboh yang selebihnya, kerana yang terbunuh  dan yang menyerah diri
serta yang melarikan diri tidak seramai dengan yang dilapurkan mendarat.Begitu juga nasib yang melarikan diri tidak diketahui sedangkan kita masih ingat Ketua Pembebasan Moro Nur Massuri pernah ditangkap di perairan Sabah dan diserahkan kepada Filipina.
Kita harap orang Sabah dapat membantu kita mencari kebenaran dan membantu kita menghapuskan muka muka buruk di negara kita!
"
 

Read More..

Lima lagi Anggota Polis dibunuh di Sabah.. dan lebih ramai penceroboh mendarat..



Samada tragedi ini satu sandiwara ataupun opera.. UMNO/BN sebagai Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan nyawa anggota keselamatan negara kita yang sebelum ini dua dan hari ini lima lagi dilaporkan dibunuh di Sabah..

Tak perlu menuding jari ke semua arah!! kerana pentadbiran negara sepenuhnya dibawah penguasaan UMNO..

Kalau tidak kerana khianatnya pemimpin UMNO dengan memberikan IC kepada ratusan ribu PATI dari Filipina di Sabah mana mungkin mereka bertapak dibumi Sabah.. 

Anwar cuba dipersalahkan oleh kebanyakkan pencacai UMNO dalam hal ini.. tetapi adakah Anwar punya kuasa untuk mengarahkan agar TLDM, APMM dan Polis Marin membutakan mata memekakkan telinga membiarkan penceroboh-penceroboh itu lolos begitu mudah?

Kata blogger Aspan Alias, Malaysia tidak pernah ada kerajaan selemah sekarang. Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Pak Lah yang dikatakan lembab pun tidak menghadapi situasi begini.

Sudah banyak anggota polis terbunuh, Najib Tun Razak hanya memberikan kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, sama ada menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia. 

Bangunlah daripada tidurlah!!!!!! 

Keselamatan negara longgar, perairan negara mudah diblosi lanun, demi undi rakyat asing diberi IC sehingga mengancam keselamatan negara!

Adakah Menteri Dalam Negeri Hushamuddin Tun Hussein masih berpegang pada kenyataan di atas?
5 Anggota Polis Terbunuh 

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri ~ Sinar Harian

Adakah Anwar juga akan dipersalahkan dengan laporan ini??
Lebih Banyak Penceroboh Mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut ~ Malaysiakini
Read More..

Jumaat, 1 Mac 2013

Ihklas, Syarat Diterima Amal


"khlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.

Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.

Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.

Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.


Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)
Read More..

Khamis, 28 Februari 2013

Bangsa Siam, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi.



Jika peta di atas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, “Malays is Malaysian”. Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas “Siam tentulah Siamese”. 


Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal di dalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.


Adat raja-raja di BENUA SIAM, di atas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.
Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah di atas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sungyang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi.Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari di sana. Adakah orang siam ini kuat Islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh di dalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat “..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya”,ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.

Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.
Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam ke nusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadiRaja di Achehtelah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun812 masihi/222hijrah.

Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.

HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam Islam. Sila klik untuk besarkan.


Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dalam tahun 1767melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.
Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan olehSyed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke Melaka dengan bantuan Inggeris.
Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam. Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan Islam.
“Satu hal yang agak anih ialah di antara penduduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya.”
Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar Islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan di sini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.
Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLANDdan satu lagi dinamakan TANAH Melayu.
Peta semenanjung di zaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaanYang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).
Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di Indiadan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka dinobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di “The Malay Press”  dan “mistisfiles” di url berikut…(excellant reading materials !),http://mistisfiles.blogspot.com/
Read More..

Isnin, 25 Februari 2013

Kepentingan kerajaan yang beramanah dan adil


Artikel ini merupakan pemenang sagu hati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58)


Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umatnya agar melakukan amanah dalam setiap perkara. Selain itu, ayat ini juga menekankan tentang betapa pentingnya berlaku adil. Secara keseluruhannya ia berkaitan dengan sistem pemerintahan yang mengikut syariat Allah SWT. Dalam pembentukan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, kedua-dua eleman ini cukup-cukup penting dalam memastikan keharmonian dan kedamaian dapat dicapai. Penulisan saya akan berkisarkan tentang dua perkara ini iaitu mengenai Amanah dan Adil.

Kepentingan amanah dalam pemerintahan sebuah negara
Apakah yang dimaksudkan dengan Amanah? Maksud amanah dari segi perkataan ialah tenteram, aman, selamat dan harmoni. Manakala dari segi istilah pula ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melakukan tanggungjawab yang diberikan berdasarkan kepercayaan yang dipikul dibahunya. Secara tuntasnya dapatlah disimpulkan bahawa amanah ialah satu sistem kepercayaan yang diberikan kepada seseorang yang dipercayai dan diyakini bahawa ia dapat melaksanakan segala tuntutan sebagaimana yang dituntut. Terdapat tiga jenis amanah iaitu:

1. Amanah kepada Allah dan Rasul
2. Amanah kepada diri sendiri.
3. Amanah kepada masyarakat dan perkhidmatan. 

Dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, perlu ada pemimpin yang memenuhi ketiga-tiga jenis amanah ini. Hal ini kerana ketiga-tiga jenis amanah ini dapat menjadikan seseorang individu yang tawaduk serta taat terhadap segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dalam sebuah hadis, Nabi ada meriwayatkan tentang sifat amanah ini iaitu:

“Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


1. Amanah kepada Allah dan Rasul
Sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini, manusia perlu melakukan segala perintah-Nya. Sebagai hamba, tanggungjawab yang wajib dilaksanakan ialah untuk patuh ,taat dan tunduk kepada-Nya. Segala perintah-Nya wajib dilaksanakan dan segala larangan-Nya wajib juga untuk dihindari. Jika ia dapat dilaksanakan, maka lengkaplah tanggungjawab kita selaku hamba-Nya. Manakala sebagai khalifah pula, kita bertanggungjawab untuk membangunkan dan mentadbir muka bumi ini berdasarkan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan dengan itu, amanah manusia terhadap Allah SWT ini perlulah untuk dilaksanakan terlebih dahulu bagi setiap insan amnya dan khususnya para pemimpin.

Manakala amanah kepada Rasul pula ialah melaksanakan segala tanggungjawab berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW perlulah dicontohi dan dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan.

2. Amanah kepada diri sendiri.
Amanah kepada diri sendiri merangkumi amanah terhadap setiap anggota tubuh badan yang dimiliki. Segala anggota tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini merupakan amanah yang wajib bagi kita setiap hamba untuk jaganya dengan penuh amanah.

Mulut yang dikurniakan perlulah dijaganya dengan tujuan yang baik dan tidak menggunakannya untuk mengumpat atau memfitnah orang lain. Mata juga perlulah dijaga daripada melihat benda-benda yang diharamkannya. Begitu juga dengan tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Kesemua amanah ini wajib bagi kita untuk menjaganya.

3. Amanah kepada masyarakat dan perkhidmatan.
Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bermasyarakat. Apabila bermasyarakat, maka manusia berkehendakkan kepada saling bergantung di antara satu sama lain. Seorang pesakit bergantung kepada doktor untuk merawat dan mengubati penyakit yang dihadapi, seorang murid bergantung kepada guru untuk mendidik dan menyampaikan ilmu kepada dirinya dan seorang rakyat bergantung kepada pemimpinnya untuk mentadbir sebuah negara agar kebajikan rakyat dapat dibela dengan seadil-adilnya.

Apabila pergantungan itu dikaitkan dengan perkhidmatan, setiap orang diwajibkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua orang. Perkhidmatan yang baik adalah yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pujian atau ganjaran. Apabila perkhidmatan yang diberikan adalah beramanah, maka sebarang perbuatan khianat mahupun penyelewengan dapat dihindarkan.

Kesimpulannya, dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, sifat amanah ini perlulah ditanam dalam diri semua orang terutamanya para pemimpin kerana merekalah yang akan mentadbir negara. Jika sifat amanah ini tiada dalam diri para pemimpin, maka negara akan menjadi tidak terurus dan rasuah akan mudah berlaku.

Mari kita renung bersama dan menyorot kembali kisah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat beramanah ketika memerintah negara. Pada suatu malam ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

"Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang?"

Khalifah Umar menjawab, "Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga."

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya: 

“Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda”.
Kepentingan berlaku adil dalam pemerintahan sebuah negara

Apakah itu adil? Adil dari segi bahasa ialah sama rata di antara dua perkara. Manakala menurut istilah ialah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Ia bermakna segala apa yang kita lakukan sama ada terhadap orang mahupun barangan atau sesuatu perkara jika diletakkan pada tempat yang betul, maka ia adalah adil.

Seperti contoh pihak kerajaan mahu memberi bantuan kepada dua buah keluarga. Keluarga pertama hanya mempunyai seorang anak, manakala keluarga yang kedua mempunyai empat orang anak. Jika kerajaan atau pemerintah mahu memberi bantuan kewangan, jumlah yang diberikan perlulah sesuai dengan jumlah ahli dalam sesebuah keluarga itu. Jika pihak kerajaan memberikan RM300 pada keluarga pertama, maka keluarga kedua perlulah mendapat bantuan yang lebih banyak daripada RM300 tersebut. Hal ini kerana tanggungan yang perlu ditanggung oleh keluarga kedua adalah lebih besar berbanding dengan keluarga pertama. Jika kedua-dua keluarga mendapat jumlah yang sama, maka ketidakadilan telah berlaku.

Terdapat banyak perintah yang telah Allah SWT turunkan melalui ayat al-Quran mengenai kepentingan berlaku adil ini, antaranya ialah di dalam surah An-Nisaa’ ayat ke 58 di atas.

Selain itu, Allah SWT berfirman, bermaksud:

“Maka jika salah satu keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil.” (Surah Al-Hujurat : ayat 9)
Melalui kedua-dua firman Allah SWT ini dapatlah kita fahami bahawa kepentingan berlaku adil sama ada dalam pemerintahan mahupun dalam kehidupan seharian amatlah ditekankan oleh Islam. Hal ini membuktikan bahawa setiap manusia wajib untuk berlaku adil terutamanya para pemimpin dalam sesebuah negara. Selain itu,Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.”


Tambahan pula, kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah diletakkan di tempat yang tinggi. Pertama, sifat adil adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orang memilikinya. Seterusnya, sifat adil ini juga adalah salah satu akhlak yang mulia yang bersifat sejagat iaitu semua manusia berkehendak kepada keadilan atau suasana yang adil. Sifat adil itu juga lebih hampir kepada sifat takwa seperti yang difirmankan oleh Allah SWT, bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah : ayat 8)
Jelas disini bahawa sifat adil itu sangatlah penting bagi setiap manusia. Namun, sifat adil ini lebih diberatkan kepada pemimpin. Hal ini kerana merekalah yang akan memimpin, mentadbir dan mengurus manusia, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Bagaimana jika pemimpin yang dilantik tidak berlaku adil? Sudah tentu negara akan menjadi huru hara dan berbagai masalah akan timbul. Sebaliknya juga akan berlaku sekiranya pemimpin yang dipilih adalah adil. Sudah tentu negara akan menjadi lebih maju, aman, damai serta bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Jika pemimpin sesebuah negara itu mengamalkan sifat adil ini, maka rakyat serta negara akan mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT. Hal ini kerana pemimpin yang adil telah digolongkan dalam kalangan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan yang Allah memberi perlindungan-Nya pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yang digoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikan lalu dia berkata, `Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam` dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah sewaktu sunyi, lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Bukhari)


Kesemua dalil serta hujah ini membuktikan kepada kita bahawa konsep keadilan itu sangat dituntut dalm Islam. Jika pemimpin itu adil, maka kesejahteraan sesebuah negara itu dapat diwujudkan. Hal ini kerana jika pemimpin itu adil,maka sudah tentu dirinya tidak akan terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti rasuah, pecah amanah dan khianat.

Kesimpulan

Secara keselurahannya, berdasarkan ayat 58 dalam surah An-Nisaa’ ini dapatlah kita simpulkan bahawa sifat amanah serta adil sangat dititikberatkan dalam pembentukan sesebuah negara Islam. Jika kedua-dua sifat ini dapat diamalkan, Insya-Allah negara tersebut akan bertambah maju, makmur serta mendapat berkat serta rahmat daripada-Nya. Sesungguhnya kerahmatan yang diberikan oleh Allah SWT amat diperlukan oleh seluruh umat manusia bagi mendapat bekalan untuk dibawa ke dunia akhirat yang kekal aba
Read More..

Ahad, 24 Februari 2013

BR1M: UMNO yang hina dan jadikan rakyat umpama haiwan, bukan TGNA



BR1M datang lagi ketika dekat nak PRU13. Tujuanya tidak lain untuk memperdayakan rakyat supaya mengundi UMNO/BN lagi dalam PRU13 nanti. Bagi UMNO, rakyat terutamanya orang Melayu boleh dijual beli dengan wang untuk mendapatkan undi. Kebodohan orang Melayu UMNO yang dibodohkan oleh pemimpin mereka akan terus berkekalan tanpa disedari bahawa orang Melayu sebenarnya telah, sedang dan akan terus dihina oleh UMNO dan dijadikan seperti haiwan ternakan yang diberikan makan kemudian akan disembelih. Ini apabila rakyat berjaya ditipu untuk terus mengundi UMNO dengan nilaian RM500, setelah menang nanti rakyat juga akan disembelih dengan menaikan harga barang, cukai dan berbagai tekanan lagi dan dalam masa yang sama pemimpin UMNO dan puaknya ketawa besar kerana mereka boleh merompak, menipu rakyat lagi dan semua penyelewengan dan salahguna kuasa mereka akan terus ditutup tanpa siapa boleh dan berani mendedahkanya.

Maka selamatlah mereka di dunia, manakala orang Melayu yang mengambil wang BR1M RM500 dan yang terus menyokong UMNO itu yang akan terus dihina dan dijadikan umpama haiwan ternakan dan akan diberi makan lagi menjelang PRU14 nanti. Manakala orang Melayu dan rakyat yang mengambil wang BR1M RM500 tetapi tidak mengundi dan menyokong UMNO/BN itu sebenarnya adalah rakyat yang cerdik dan punya maruah. Wang itu bukan milik UMNO/BN tetapi wang yang dirompak oleh UMNO bernilai jutaan ringgit itu lah wang milik rakyat.

Kenyataan Najib bahawa mengundi PAS boleh membaca perpecahan, mengundi PKR boleh merosakan aqidah dan mengundi DAP membawa kepada penindasan umat Islam adalah lucu. Akibat kejahilan mengenai Islam, maka beliau lupa bahawa dengan mengundi UMNO/BN lah boleh membawa umat Islam rosak aqidah, perpecahan dan penindasan terhadap orang Melayu dan umat Islam. Beliau ingin bercakap tentang aqidah sedang aqidah beliau dan isteri beliau dan semua pemimpin UMNO itu boleh dipertikaikan. Dia bercakap soal perpecahan sedangkan dalam UMNO sendiri sentiasa berpecah dan menindas diantara satu sama lain semata-mata kerana berebut pangkat, jawatan, harta, projek dan wang rakyat. Dia juga berkata mengundi DAP boleh membawa penindasan kepada umat Islam sedang UMNOlah yang selama ini menindas, merampas dan menipu orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Jika diteliti kenyataan NOH Gadut dan Harusanai berkaitan dengan kalimah Allah, adalah jelas dan terang bahawa SATU UNDI UNTUK UMNO/BN boleh membawa seseorang umat Islam itu jatuh KUFUR dan SYIRIK. Najib dan Mahathir sekarang beria-ia merayu rakyat supaya terus menyokong dan mengundi UMNO/BN bukan bertujuan untuk membantu rakyat tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau dan keluar mereka berdua agar semua salahguna kuasa, jenayah, rasuah, penipuan dan penyelewengan beliau berdua dapat ditutup dari pengetahuan rakyat.

Najib mempertikai akan kehadiran TGNA ke rumah pemimpin DAP Karpal Singh ketika menyambut harijadi beliau. Inilah akibat terlalu banyak menipu rakyat, terlalu banyak makan wang haram, dan terlalu banyak menghina syariat Allah maka Najib buta mata dan buta hati dalam menyelami hasrat TGNA dalam menyampaikan mesej dakwah. Mengapa Najib tidak tanya Nabi Muhammad, mengapa baginda pergi menyuapkan makanan kepada seorang perempuan Yahudi yang buta, menziarahinya ketika wanita itu sakit sedangkan selama itu wanita itu banyak sekali menyakiti Nabi, menghina dan melakukan berbagai-bagai perkara yang menyusahkan Nabi, yang akhirnya wanita itu mengucapkan syahadah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Mengapa juga Najib pergi merayakan Tahun Baru Cina sedangkan pemimpin MCA dan Gerakan selama ini begitu lantang menghina Islam? Najib lupa bahawa Karpal Singh bukan penganut Islam, jadi tidak pelik jika beliau menentang Islam sampai bila-bila pun tetapi yang Najib tidak sedar bahawa beliau sendiri dan pemimpin UMNO lah yang selama ini menghina dan mempersendakan Islam dan syariatnya. Apakah Najib dan pemimpin UMNO merasakan yang aqidah mereka masih betul lagi? UMNO sebenarnya lebih hina dari DAP, MCA, MIC dan Gerakan.

Jika di negara luar yang bukan beragama Islam, pemimpin mereka yang seperti Najib ini sudah lama meletakan jawatan atau didesak orang pengikut dan rakyat supaya meletakan jawatan dan diseret ke mahkamah akibat terlalu banyak kes yang terpalit pada dirinya, adik beradiknya dan isterinya. Tetapi oleh kerana bangsa Melayu UMNO ini jenis manusia yang telah dijadikan haiwan ternakan oleh Najib dan UMNO, maka Najib terus bebas bergerak seperti Mahathir untuk terus menipu dan memperdayakan rakyat tanpa rasa malu. Melayu UMNO ini tanpa sedar terus dihina dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka semata-mata kerana RM500 yang tidak berapa sen pun nilainya itu berbanding dengan berjuta ringgit wang rakyat dan wang negara yang telah disamun oleh pemimpin mereka dulu, kini dan akan datang jika mereka menang lagi dalam PRU13 nanti. Sebenarnya Najib, Mahathir dan pemimpin serta parti UMNO itu tidak ada bezanya dengan Asad di Syria dan Mubarak di Mesir dan perjuangan parti keduanya.

Di Malaysia ini bukan sahaja rakyat terutamanya bangsa Melayu UMNO yang dihina dan berjaya diperbodohkan oleh UMNO dan pemimpinya, bahkan golongan yang ada pengetahuan agama pun turut menjadi mangsa UMNO. Itu sebabnya ada ustaz, ustazah, mufti, tok guru yang sanggup bermati-matian mempertahankan UMNO dan pemimpinya kerana sudah berjaya dijadikan haiwan ternakan oleh UMNO dengan ditaburkan wang, jawatan, kereta mewah dan janji-janji palsu tanpa memikirkan lagi soal aqidah dan soal penghinaan UMNO terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi, yang penting perut kenyang dan poket penuh. Golongan ini sebenarnya lebih hina dari haiwan ternakan dan tidak ada nilainya sedikit pun untuk agama, bangsa dan negara. Wallahualam. 
Read More..

Mengapa ulama berbeza pendapat? bah(2)



Sebab Kedua : Arahan Khusus Dilihat Sebagai Arahan Umum

Terdapat juga ketikanya, Nabi SAW memberikan arahan khusus kepada individu tertentu, namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan umum buat semua lalu menyebarkannya, sebagai contoh: Ibn Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda, “Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup.” (rujuk Sohih Bukhari, No:1287)

Isteri Baginda Nabi SAW, 'Aisyah RA menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja, (rujuk Sohih Bukhari, No:1289). 'Aisyah juga membawakan ayat al-Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup ditanggung oleh si mati, ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain mengambilnya sebagai umum untuk semua.

Selain itu juga berlaku kes seorang sahabat Nabi yang miskin bernama Sulaykh al-Ghartafani, memasuki masjid ketika khutbah sedang berjalan, Nabi SAW mengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih dahulu. (rujuk sohih Muslim, No:2023). Terdapat ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya tergerak untuk membantunya kelak.

Atas kayakinan ini, mazhab Hanafi melarang sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah, fatwa tersebut berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.

Para sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza terhadap arahan Nabi, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhususkan kepada apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan pendapat dan ijtihad bertaku, sama ada dalam kalangan sahabat sendiri dan tentunya di zaman selepas itu. Ibn Qutaybah di dalam kitabnya Ta’wil Mukhtalaf al-Hadis pernah mambawakan kata-kata sahabat Imran al-Husayn ertinya, “Demi Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin, namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari melakukannya. Sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalam sebahagian penyampaian mereka.”

Atas dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya, melarang para sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan kefahaman mereka tersasar daripada konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru.

Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, ‘Aisyah sendiri dan beberapa yang lain, itu pun sekadar sukar untuk rnelebihi 5,000 hadis, (rujuk Tazkiratul Huffadz, Imam Shamsuddin Az Zahabi, 1/7)

Sebab Ketiga : Perbezaan Kefahaman dan Persepsi

Agak kerap juga berlaku, sesuatu ibadah Nabi dilihat oleh ramai sahabat di waktu-waktu yang berlainan, Keadaan ini menghasilkan kefahaman yang berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, ketika Nabi SAW menunaikan Haji, sebahagian sahabat mengatakan Nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau mendengar Nabi menyebut, “Labbayka bi hajjatin...” ertinya (Aku mempersembahkan diriku untuk-Mu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji), (rujuk sunan an Nasa’ie dan al Bayhaqi, No : 8830)

Ramai ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa Nabi melaksanakan Haji Qiran (rujuk sohih Bukhari, No:1563; Muslim, No : 2995) Kedua-dua periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah berlainan antara satu sama lain.

Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh dimulakan dengan lafaz yang sama. Ketika itulah wujudnya peranan ulama Mujtahid sama ada daripada kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. Mereka bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan menjelaskan kekeliruan.

Sa'id Ibn Jubayr seorang ulama besar dalam kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap berlaku, sebagai contoh, ketika Nabi berada di Miqat di zul khulayfa untuk memulakan ihram, Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan Nabi itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak Nabi menyebut “labbayk…” , ketika itu sudah pasti ramai yang berada di sekeliling Nabi dan mendengar Baginda melafazkan kalimah itu.

Disebabkan ramainya sahabat di sekeliling Baginda, maka tidak semua dapat mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika Nabi berada di puncak Bayda, sekali lagi Baginda melafazkan “Labbayk…” secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada setiap kali Nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.

Abdullah ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tata cara Nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujtahid dalam kalangan sahabat yang perlu dirujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang tepat. Selepas zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak daripada perbezaan persepsi yang akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.

Sebab Keempat : Satu Perkataan Yang Mempunyai Pelbagai Maksud

Sudah menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai dua tiga atau lebih maksud, sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan persuratan ataupun terpengaruh oleh dialek setempat. Dalam hal ini, perkataan wudhu adalah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk menunaikan solat dan memegang al-Quran. Namun begitu dari sudut bahasanya, wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa maksud wudhu pada istilah ibadah.

Imam at-Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau "Shama'il Muhammadiah", seorang sahabat bernama Salman suatu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan daripada Baginda Nabi, Nabi kemudiannya menjawab, “Wudhu sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan tersebut”. (rujuk Shamail, No:186)

Dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz wudhu yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan seterusnya). Demikian juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat Nabi Muadz RA ditanya, “Adakah kamu mengambil wudhu selepas menikmati makanan yang dibakar oleh api? Beliau menjawab, “Kami hanya membasuh tangan dan mulut sahaja”. Namun ia dilafazkan sebagai wudhu.

Keadaan ini menyebabkan para ulama mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan? Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun terdapat ulama yang berpandangan selainnya.

Bersandarkan kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain, hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan, lalu muncul pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alim kepada yang lain. Orang ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Yang perlu, serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan kemudian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh para ilmuwan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.
Read More..

Mengapa ulama berbeza pendapat? bah(1)


Ada yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam satu-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang akidah, lebih-lebih lagi dalam isu hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut kehendak mereka sendiri, malah menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan para ulama mencabuli hak Allah yang hanya Dia boleh menetapkan hukum.

Kecetekan ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku.

Kejahilan ini menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai "ingin jadi tuhan" kerana mengharamkan sesuatu, khususnva apabila bertentangan dengan kesukaan mereka. Memang benar, dalam Islam seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan Rasul-Nya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuwan Islam sama sekali tidak mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan selera mereka, tetapi mereka menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran, Hadis Nabi dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks masa dan setempat dan lain-Iain.

Sebahagian kumpulan manusia yang keliru, suka mencela para ilmuwan Islam disebabkan perbezaan pandangan mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca ilmuwan Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.

Sebenarnya perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam mazhab empat lagi, ia telah pun bermula sejak zaman Sahabat bersama dengan Baginda SAW. Begitupun perbezaaan ini dan ia bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya, ia hanya akan menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu pandangan serta tidak pandai rnengendalikannya. Di ruangan terhad ini beberapa contoh ingin diketengahkan sebab-sebab perbezaan itu berlaku, antaranya:

Sebab Pertama : Arahan Nabi Yang Berbeza Untuk Individu Tertentu

Sebagai contoh, dalam isu fiqh ibadah. Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang cacat pengelihatan mengatakan, “Aku tidak mempunyai pemandu untuk ke masjid untuk solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah sahaja.” Lalu Baginda SAW memberikan keizinan kepadanya. Namun, apabila Baginda mengetahui orang tersebut menetap berhampiran masjid sehingga boleh mendengar laungan azan, Baginda SAW menarik semula keizinannya. (rujuk Sohih Muslim, No:1486) Walaupun begitu, Nabi pernah memberi keizinan kepada saorang sahabat yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. (rujuk Sohih Muslim, No:14-96).

Kedua-dua arahan mempunyai latar belakang kisah yang tersendiri, Maka para ulama mempunyai pendirian berbeza dalam menanggapi kedua peristiwa ini sehingga memberi kesan kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat tersebar. Begitu juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar as-Siddiq untuk mendermakan keseluruhan hartanya, sedang Nabi tidak mengizinkan sahabat yang lain untuk melakukan hal yang sama, (rujuk Sunan Abi Daud, No:1678 dan No:3319). Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam kekerapan yang banyak.

Ia jelas menunjukkan Nabi memberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang yang berbeza. Kebiasaannya mempunyai hubung kait dengan latar belakang individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya. Jika ingin difahami, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar as-Siddiq RA menyedekahkan keseluruhan hartanya kerana Baginda mempunyai keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar RA, di samping yakin Abu Bakar mampu untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa merneinta-minta bantuan daripada Baginda Rasul, walau dalam keadaan seluruh hartanya telah disedekah. Namun keyakinan yang sama tidak bagi individu yang lain menyebabkan Nabi melarangnya.

Sama keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr al-Aslami, beliau sudah terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau bertanya kepada Nabi, Baginda menjawab, “Kamu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka” (rujuk Sohih Bukhari, No:1943) Sedangkan dalam hadis lain, Nabi menyebut, “Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalanan jauh” (rujuk Sohih Muslim, No:2612). Kita dapat melihat perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza.

Tentunya, kumpulan sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan kumpulan yang mendengar Baginda ketika melarang. Hasilnya, masing-masing akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu. Atas dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat bagi situasi yang berada di hadapannya, di waktunya dan negaranya. Mereka akan menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya. 
Bersambung....
Read More..