Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 22 Februari 2011

Siapakah Zine El Abidine Ben Ali [ ZAinal abidin bin Ali] [Diktator Tunisia]

 Zine El Abidine Ben Ali (Arab: زين العابدين بن علي‎ Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936) adalah Presiden Tunisia sejak 7 November 1987. Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri.

Pada 25 Oktober 2009, beliau dilantik semula sebagai presiden untuk penggal kelimanya selepas memenangi pilihan raya umum 2009. Perletakan jawatannya pada tahun 2011 menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan

Biografi

Sebagai militan muda dari Partai Neo-Destour, ia dikirim ke Perancis untuk menjalani latihan militer. Ia lulus dari Sekolah Inter-Arms di Saint-Cyr dan Sekolah Artileri di Châlons-en-Champagne, dan kemudian melanjutkan pendidikan militernya di Amerika Syarikat.

Bin Ali ditunjuk mendirikan dan mengatur Departmen Keamanan Militan pada 1964 hingga 1974. Ia dipromosikan sebagai Direktor-Jenderal Keamanan Nasional dalam Departemen Dalam Negeri pada 1977 setelah menjawat sebagai atase militer di Maroko. Ben Ali kembali dari 4 tahun sebagai Duta Besar untuk Polandia menjadi kepala Keamanan Nasional namun kini dengan posisi setingkat Menteri. Ia mengambil posisi ini saat berkembangnya gerakan Islam radikal. Pada saat ini ia diangkat sebagai MenDagri, dan bertahan pada posisi ini saat ia menjadi Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourguiba pada 1 Oktober 1987.

Bin Ali memecat Presiden Bourguiba dan memangku jabatan presiden pada 7 November 1987 dengan dukungan beberapa rakyat. Tujuh orang doktor menandatangani kertas yang menyatakan Presiden Bourguiba tak cakap menjabat. Ia kemudian mempertahankan sikap politik luar negeri jajahan pendahulunya dan mendukung ekonomi yang telah berkembang sejak awal 1990-an. Projek pekerjaan umum yang besar, termasuk bandara, jalan raya atau perumahan, telah dijalankan. Bagaimanapun, pengangguran menyisakan masalah ekonomi yang besar.

Di masa rejimnya, gerakan-gerakan Islam yang ada di Tunisia mengalami nasib lebih tragidi dari sebelumnya. Tatkala partinya menyapu bersih perolehan kursi yang ada di parlemen, ia memenjarakan lebih dari 30.000 aktivis gerakan Islam yang merupakan tulang punggung parti yang olehnya dianggap sebagai "pembangkang". Sesungguhnya Ben Ali telah menjadikan Tunisia sebagai penjara terbuka dan pusat keamanan moral. Walhasil, dengan salah kaprahnya pemikiran dan pemahaman rejim yang ada, Islam dan para pengembannya mengalami deraan, siksaan, dan hambatan berat.

Bin Ali melanjutkan pendekatan otoritipendahulunya dan memuja kepribadian (aktivitinya mengambil tempat banyak dari berita harian). Meski ia mengumumkan pluralisme politiknya pada 1992, Rapat Umum Konstitusional Demokratiknya (dahulu Partai Neo-Destour) melanjutkan dominasi politik nasional. Rejimnya masih tidak mengizinkan aktiviti oposisi dan kebebasan pers menyisakan penyamaran. Pada 1999, walaupun dua kandidat alternatif yang tak dikenal diizinkan untuk pertama kalinya berada dalam pemilihan presiden, Ben Ali diangkat kembali dengan 99,66% suara. Ia kembali dipilih pada 24 Oktober 2004, secara resmi meraih 94,48% suara, setelah referendum konstitusi yang kontroversial pada 2002 yang membuatnya bertahan sebagai presiden setidaknya hingga 2014.

Penindasan pada pakaian Muslim

Tunisia melarang wanita Muslimah mengenakan jilbab / tudung di tempat umum. Kini, larangan itu telah diintensifkan; polisi akan menghentikan wanita di jalanan untuk memintanya menanggalkan jilbab itu lalu menandatangangi surat sumpah yang menyatakan bahwa mereka takkan mengenakannya lagi.

Rejim yang dipimpinnya dianggap sebagai autoritarian dan tidak demokratik oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang bebas, seperti Amnesty International, Freedom House, dan Protection International. Mereka mengutuk para pegawai Tunisia kerana tidak mematuhi piawaian hak politik antarabangsa serta mengganggu kerja pertubuhan hak asasi manusia tempatan.Dalam Indeks Demokrasi The Economist 2010, Tunisia dikelaskan sebagai rejim autoritarian yang menduduki tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji. Pada tahun 2008, dari segi kebebasan akhbar, Tunisia menduduki tangga ke-143 daripada 173

Demografi

Rencana utama: Demografi Tunisia
Sedangkan kebanyakan orang Tunisia moden menganggap diri sebagai orang Arab, kebanyakan mereka sebenarnya berketurunan daripada kaum Barbar yang asli: kurang daripada 20% takung gen berasal dari Timur Tengah. Banyak peradaban telah menyerang, berhijrah, dan diserap ke dalam masyarakat Tunisia pada sepanjang alaf-alaf yang lalu. Pemasukan penduduk yang banyaknya telah disebabkan oleh penaklukan oleh Phoenicia, Rom, Vandal, Arab, Turki Uthmaniyyah, dan Perancis. Banyak orang Moor dan Yahudi Sepanyol juga tiba pada akhir abad ke-15.

Hampir semua orang Tunisia (98% daripada jumlah penduduknya) adalah orang Muslim. Terdapat sebuah masyarakat Yahudi di pulau Djerba di selatan sejak dari 2,500 tahun lagi. Walaupun jumlahnya telah berkurangan secara ketara, masih terdapat sebuah masyarakat Yahudi yang kecil di Tunis yang berketurunan daripada pelarian Sepanyol pada akhir abad ke-15. Adanya juga sebuah masyarakat Kristian asli yang kecil. Kebanyakan golongan minoriti nomad asli yang kecil telah diserap ke dalam masyarakat yang lebih besar.

p/s: mereka semua telah melarikan diri dan harta bendanya musnah, Tunisia masih dalam kadaan darurat.mungkin tentera akan ambil alih dan membuat pengundian secara demokrasi,atau pelantikan presiden sementara oleh puak2 yahudi dan amerika yg mereka akan memberi sebarang alasan untuk tidak menyerahkan pentadbiran kepada orang islam yang sebenar..

Apapun ini adalah satu permulaan bagi kebangkitan dan kesedaran rakyat.. trend ini akan diambil bagi rakyat2 negara lain yang selama ini ditindas dan tidak berani bersuara..

Bagi mana2 pemimpin negara2 yang merasakan telah menindas rakyatnye secara senyap atau terbuka.. insaflah.. dan perbaikilah.sebelum ianya terlambat.!!
Yang Benar Itu Adalah Islam.

Read More..

Isnin, 21 Februari 2011

Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah

 Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran kelas yang menghambat, maka saya ambil keputusan untuk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.

Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.

Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.


Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. Not a single phrase, nor a word. My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.

Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.r1; Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Read More..

kasih ibu..

 Ibu saya hanya mempunyai sebelah mata..Saya bencikan ibu saya..Saya malu mempunyai ibu yang cacat..Ibu saya bekerja di sebuah kedai kecil di pasar..Ibu mengumpul rumpai laut untuk dijual..Ibu selalu memalukan saya..

Saya teringat suatu kisah semasa saya masih belajar di sebuah sekolah rendah..Hari itu merupakan hari sukan saya, dan ibu turut hadir di situ..Saya berasa sungguh malu..Kenapa ibu buat saya macam ni? Saya membuat muka jelik pada ibu dan berlari pergi meninggalkan sekolah..

Keesokan harinya di sekolah.."Ibu awak cuma ada sebelah mata?"

dan mereka mengejek2 saya..Saya berharap pada masa itu agar ibu hilang terus daripada dunia ini jadi saya pun berkata kepada ibu,

"Ibu, kenapa ibu cuma ada sebelah mata?! Ibu hanya akan menjadikan saya bahan ketawa di sekolah. Kenapa ibu tak mati je?"

Ibu tidak membalas..Saya berasa sedikit bersalah, tapi pada masa yang sama, saya berasa lega kerana dapat meluahkan segala perkataan yang ingin saya sampaikan kepada ibu selama ini..Mungkin kerana ibu tidak mengenakan hukuman kepada saya pada masa itu, tapi saya tidak merasakan yang saya telah mengguris hatinya pun..

Malam itu..Saya bangun daripada tidur, dan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong..Ibu sedang menangis di situ dengan perlahan, seolah2 takut yang dia akan mengejutkan saya daripada tidur..Saya memandang ibu dan terus berpaling..Memikirkan apa yang telah saya katakan pada ibu pada siangnya, saya merasa tidak sedap hati..Walaupun begitu, saya tetap benci ibu saya yang sedang menangis di saat2 air mata yang mengalir dari sebelah matanya..Jadi saya memasang azam untuk menjadi orang yang berjaya apabila sudah dewasa kelak, sebab saya benci ibu saya yang bermata satu dan benci hidup dalam kemiskinan..

Kemudian saya belajar bersungguh2..Saya meninggalkan ibu untuk melanjutkan pelajaran ke Seoul dengan segala keyakinan yang saya ada..Kemudian, saya berkahwin dengan gadis pujaan saya..Saya membeli sebuah rumah sendiri..Kemudian saya dikurniakan seorang anak perempuan..Sekarang, saya hidup sebagai seorang lelaki yang sangat berjaya..Saya suka berada di sini kerana tempat ini tidak mengingatkan saya pada ibu..Kebahagiaan saya semakin bertambah dari sehari ke sehari, hinggalah pada suatu hari seseorang yang tidak dijangka2 mucul dalam hidup saya.."Apa?!!Siapa ni?!"..Orang itu adalah ibu saya..Masih bermata satu..Saya merasakan seperti langit akan runtuh saat itu..Anak perempuan saya lari ketakutan melihat mata ibu..Dan saya bertanya padanya, " Siapa kau ni? Aku tak kenal kau!!!" seolah2 saya betul2 tidak mengenali ibu..Saya menjerit padanya "Berani kau datang sini dan takutkan anak perempuan aku! KELUAR! SEKARANG!!!"

Ibu menjawab perlahan, "oh, maafkan makcik. Makcik mungkin dah tersalah alamat," dan ibu pun berlalu..Nasib baik..ibu memang tak kenal saya rupanya..Saya berasa lega..Saya merasakan bahawa saya tidak perlu berasa risau lagi tentang kejadian yang berlaku pada hari ini buat selama2nya..

Satu hari, sepucuk surat jemputan menghadiri perjumpaan semula rakan2 sekolah lama tiba di rumah saya..Saya membohongi isteri mengatakan bahawa saya akan pergi ke luar negara beberapa hari atas urusan perniagaan..Selepas tamat perjumpaan itu, saya berjalan ke arah sebuah pondok yang pernah saya panggil rumah suatu ketika dahulu..Tiba di situ, kelihatan ibu yang sedang terbaring kaku di atas tanah..Tapi saya tidak mengalirkan walau setitis air mata pun..Dalam genggaman tangan ibu, ada sekeping kertas..Rupa2nya itu adalah surat untuk saya..

Ibu menulis:

Ke hadapan anakanda yang disayangi..

Ibu rasa hidup ibu sudah terlau lama sekarang.
Dan..Ibu tak akan melawat Seoul lagi..tapi adakah terlalu melampau jika ibu minta kamu datang melawat ibu sekali sekala? Ibu rindukan kamu sangat2..Dan ibu sangat gembira mendengar berita yang kamu akan menghadiri perjumpaan bersama kawan2 sekolah lama di sini..Tapi, ibu memang sudah memutuskan untuk tidak pergi menemuimu di sekolah itu..Demi kamu..Ibu minta maaf sebab ibu hanya mempunyai sebelah mata, dan ibu memalukan kamu..Sebenarnya, sewaktu kecil, kamu terlibat dalam suatu kemalangan dan hilang sebelah mata..Sebagai seorang ibu, tak sanggup untuk ibu melihat kamu membesar dengan hanya sebelah mata..Jadi ibu telah memberikan sebelah mata kepunyaan ibu untukmu..Ibu merasa sangat bangga kamu dapat melihat dunia baru bagi pihak ibu dengan mata itu..Ibu tidak pernah sedih/marah denganmu walau apa sahaja yang kamu lakukan sebelum ini..Memang ada beberapa kali kamu marah pada ibu..Ibu cuma berfikir "kamu buat begitu sebab kamu sayangkan ibu"..Ibu rindukan saat2 kamu masih kecil di samping ibu..

Ibu rindukan kamu sangat2..Ibu sayang kamu..Kamulah segala2nya buat ibu.


Dunia saya terasa berkecai!!

Kemudian saya menangis untuk insan yang telah memberikan hidupnya untuk saya selama ini..
Read More..

Ahad, 20 Februari 2011

Ayat Lazim Seorang Wanita...

FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai.


LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.


TAKDE APA-APA

Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga. Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.


BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.


TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.


TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'
Read More..

Akal dan taklif Ilahi

Kehidupan ini keajaibannya sungguh hidup, sentiasa segar dan begitu membuak-buak keinginannya untuk mempamerkan kehebatannya itu. Tahukah anda kepada siapakah dipamerkan keajaibannya itu? Kepada manusia bukan?

Adakah anda fikir bahawa dunia haiwan begitu asyik memperagakan belang mukjizatnya kepada alam tumbuhan? Atau, semesta langit dan segala isinya pula begitu menonjol-nonjolkan keajaibannya agar bumi, gunung-ganang dan lautan tersengih-sengih malu untuk berlumba-lumba menunjukkan kehebatan masing-masing pula?Tidak bukan?

Hakikatnya, tiada keajaiban apapun di antara sesama mereka. Mereka semua adalah satu. Alam yang menakjubkan akal manusia.
Interaksi kehidupan ini hanyalah dengan akal. Alam ini seluruhnya semacam begitu berpakat dan berkerja untuk menyerbu ke arah akal, lalu berusaha menggayakan segala-gala kemukjizatannya di hadapannya. Alam ini seolah-olah mahu akal mengakui keajaibannya, lalu tunduk berkata, alangkah hebatnya engkau wahai alam!
Begitulah kita manusia mengandaikan dengan akal kita tingkah laku alam dan kehidupan ini. Tetapi adakah benar begitu, bahawa alam raya ini seluruhnya bersatu padu berpakat mengarah kekuatannya kepada kita? Tidak bukan? Kerana, jika benar, sudah pastilah ia menunjukkan bahawa alam ini juga mempunyai akal untuk merancang sebagaimana kita juga merancang dengan akal kita. Adakah alam ini, segala juzuk dan komponennya memiliki akal? Ah, tidak bukan? Tidakkah akal hanyalah manusia sahaja yang memilikinya?
Justeru bagaimana alam ini berinteraksi dengan kita tanpa akal? Kemudian, adakah manusia telah tunduk dan kalah kepada alam dan kehidupan ini dek kekuatan dan kemukjizatannya? Tidak juga bukan? Bukankah manusialah yang merajai dan menguasai teraju alam raya ini? Bagaimana boleh manusia dikira kalah kepada alam ini sedangkan manusia telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mempergunakan segala isi alam ini untuk kesenangan dan keselesaan hidup mereka.
Nah, jika begitu, di sebalik keajaiban alam ini, ada lagi yang lebih menakjubkan berbanding mereka. Ya, akal itu lebih mukjizat daripada alam ini. Menakjubkan, manusia yang kerdil belum pernah lagi kalah kepada alam! Akal sungguh menakjubkan sekali.
Begitulah hebatnya ciptaan bernama akal. Tetapi malang lain pula menimpa pemilik akal ini. Di sebalik kekaguman terhadap diri sendiri, manusia gagal pula mengetahui bagaimana akal tiba-tiba wujud di dalam dirinya. Bagaiman dia  begitu menguasai alam ini, tetapi dia tidak pernah pula boleh mendakwa bahawa dialah pemilik alam ini sebagaimana dia juga terpaksa akur bahawa akal pada dirinya itu bukanlah ciptaan dan miliknya jua.
Sekarang lihatlah suasana kelam yang menerjah manusia untuk mengenali alam dan kehidupan. Dalam kekuasaan akal, terpampang kelemahan dan kekerdilan akal yang memalukan sekali!
Dalam perbincangan lepas, anda telah tahu bahawa tiada lagi selepas akal untuk menafsirkan kehidupan dan menjawab segala kegelapan agung ini selain agama. Agama yang bermaksud maklumat dan khabar langsung daripada pencipta alam raya ini. Dalam erti, selepas alam ini tunduk kepada kekuasaan akal, akal pula tunduk pula kepada kekuasaan agama. Agama pemiliknya adalah Allah, pencipta segala.
Adakah anda ingin bertanya saya, siapa pula yang berkuasa ke atas Allah? Tidak perlu bukan? Bagaimana boleh ditaakulkan pencipta segala akan dikuasai pula oleh makhluk ciptaannya itu? Mustahil. Sekarang, agama datang dengan satu solusi dan jawaban yang memuktamadkan pencarian yang paling sukar.
Yang tinggal hanyalah pembuktian bahawa agama adalah benar-benar satu hakikat, bukan sekadar dakwaan dan dongengan semata-mata. Justeru di hadapan hanyalah dua persimpangan; samada agama itu bohong, maka manusia terus menerus tenggelam di dalam kegelapan yang berterusan mencari hakikat kehidupan, ataupun agama itu benar, maka manusia terpaksa tunduk kepada saranan agamanya. Tunduk sang abdi kepada kehendak tuannya adalah hakikat paling hakiki.
Justeru al Quran yang menjadi kitab terakhir dari langit kepada manusia, juga nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam yang menjadi utusan terakhir dari langit telah begitu tekun meyakinkan manusia dengan hujjah dan pembuktian yang pelbagai demi membenarkan dakwaan bahawa ugama adalah benar dan merupakan jawaban muktamad kepada pencarian yang menyeksakan.
Oleh kerana akal adalah raja yang diiktiraf kekuasaannya di dalam kehidupan raya ini, maka agama tidak datang kecuali untuk mencabar dan menundukkan akal agar tunduk jua kepada kekuasaan yang lebih tinggi iaitu Allah.
Justeru tidak beriman kepada Allah kecuali akal yang tunduk mengaku dan bersaksi secara sedar dan tahu bahawa Allahlah tuhan yang satu yang di tanganNya segala aturan alam. Selagi akal enggan tunduk, selagi itulah agamanya, jika dia mendakwa beragama, adalah bohong.
Di sinilah telah nyata sekali bahawa akal adalah tunjang kepada taklif dan ujian Allah ke atas manusia. Akal juga menjadi paksi yang berputar di sekelilingnya segala pergerakan alam. Alam ini menyanyikan lagu taklif Ilahi ke atas makhluknya bernama manusia. Semuanya secara semulajadi akur dan tunduk,  sukarela atau secara paksa, kepada Allah sang pencipta segala. Allah menggerakkan seluruh alam raya untuk melorongkan jalan buat manusia mengenalNya dengan kekuatan akal yang memiliki kekuasaan dan keajaiban yang sungguh luar biasa itu.
Manusia pula dibiarkan untuk bebas hidup tanpa sekatan yang mengikat keinginannya untuk menguasai alam sekehendaknya. Ia dibiarkan untuk menentukan arah tuju hidupnya sendiri tanpa paksaan untuk tunduk kepada tuhannya. Sudah pasti, untuk menemui jalan yang benar, manusia berdepan kesukaran dan halangan yang terlalu banyak menghalang.
Tetapi kekuatan manusia adalah di luar upaya makhlukNya yang lain. Manusia dikurniai Akal untuk memandu kehidupan. Dengan perutusan para rasul dan al kitab, cukuplah sajian Allah untuk manusia mula memasuki medan ujian yang getir dan agung.
Manusia dibeban taklifkan dan diuji untuk menemui jalan menuju tuhannya dengan kekuatan akal yang dibekali cahaya al Quran dan al rasul. Hikmah Ilahiyah telah menentukan bahawa Allah menghijab diriNya daripada dikesani manusia kecuali melalui akal yang akan mengesan dan mengenali tuhannya melalui petunjuk-petunjuk Ilahi yang telah disediakan Allah kepada Allah untuk manusia di dunia ini.
Sekarang anda mestilah memahami bahawa; Pertama, Hidup ini adalah medan ujian ke atas manusia untuk menemui dan menyembah tuhannya secara sukarela. Kedua, seluruh makhluk kecuali manusia dan jin telah tunduk dan menyembah tuhan mereka secara semulajadi tanpa dibebankan dengan taklif dan ujian sebagaimana manusia. Ketiga, manusia tidak dapat mengenali tuhannya dengan pandangan mata kasar dan panca indera lainnya kerana ia adalah sebahagian daripada proses ujian Allah ke atasnya.
Keempat, manusia hanya mampu mengesan tuhannya melalui akal dan fitrah yang dimilikinya. Kelima, akal manusia pula, di dalam perjalanan mencari tuhannya akan dibantu oleh cahaya petunjuk al Quran. Keenam, manusia juga akan mengenali tuhannya melalui mukjizat yang berlaku ke atas para anbiya’ dan karamah para aulia’. Ketujuh, Alam ciptaan Allah dihadapkan ke hadapan manusia agar dengannya, mereka menyaksikan kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah sebagai tuhan yang mesti disembah.
Justeru anda kini semakin memahami hikmah kewujudan akal dan peranan besarnya di dalam hikmah kewujudan alam. Tanpa memerlukan ketekunan lain, anda sudah pun menemui keseronokan baru di dalam penerokaan memahami agama Islam iaitu betapa agama Islam dan akal bagaikan tercipta untuk hidup bersaudara!
Read More..

Sabtu, 19 Februari 2011

Jasa Bonda - Dedikasi Buat Semua Anak

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu bilik..
Saat kau berumur 16 tahun, dia menunjuk ajar dikau memandu.
Sebagai balasannya, kau menggunakan keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.
Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu panggilan telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau menggunakan telefon semalaman.
Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus Sijil Menengah mu
Sebagai balasannya, kau meraikannya dengan teman-teman hingga pagi.
Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar yuran pengajianmu dan menghantarmu di hari pertama mendaftar di kampus
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu utama kampus agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.
Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana nak seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “Ah, cerewetnya ibu ni, semua urusan nak masuk campur!”

Saat kau berumur 21 tahun, dia mengesyorkan pekerjaan yang bagus untuk pembinaan kariermu di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “Aku tidak suka pekerjaan itu,  Ibu.”
Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan penuh haru saat kau lulus pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya dia bila ibu hendak memberi mu hadiah.



Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu  kelengkapan perabot untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu perabot itu tidak memenuhi citarasa mu
Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni, tanya soalan yang bukan-bukan?
Saat kau berumur 25 tahun, dia membantumu membiayai pernikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah jauh ke tempat lain

Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasiha, panduan dan tunjukjar bagaimana merawat dan menjaga bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Ibu, zaman sekarang dan dahulu jauh bezanya, caranya juga berbeza!
Saat kau berumur 40 tahun, dia menghubungi mu untuk memberitahu ada kenduri doa selamat dan tahlil di rumah . Sebagai balasannya, kau jawab, “Ibu, saya terlalu sibuk, tidak berkeluangan untuk balik!”
Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.


Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang....

 Dan tiba-tiba di satu ketika kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan buat ibu mu.... sayangnya dia telah tiada lagi...

JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH SAYANGMU LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU.


JASA BONDA                                      

kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia bekerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
                                                         
punya kekuatan jiwa
punyai maruah..


leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
pesan ibu terpahat di hati
beringat-ingatlah berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang


engkau semakin dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda....
Read More..

Air Mata Seorang Wanita

 Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Tuhan berkata: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh " "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya " "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan." "Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
Read More..

Jumaat, 18 Februari 2011

Era Kebangkitan Ummah; Zaman Keemasan

Di awal-awal bab buku ini, kita telah pun membincangkan tentang dunia Islam yang kucar-kacir dan konflik-konflik yang semakin meningkat. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, pen­deritaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Para pembaca mung­kin terkejut dengan kisah-kisah yang di­dedahkan ini. Seseorang yanga gagal berfikir sedalam-dalamnya mungkin akan melakukan kesilapan dengan menganggap adalah sesuatu yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan juga menganggap apa sahaja yang dilakukan tidak akan membawa sebarang keputusan yang positif. Namun pada hakikatnya, ia berbeza sama sekali. Apa yang sedang berlaku adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.
Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman
Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.
Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah mene­rangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.
Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih meng­gembirakan.
Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata," dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
...kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)
Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)
Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.

Umat Islam Pernah Menghadapi Kesukaran yang Sama Dahulu
Sepanjang buku ini kita telah melihat banyak penerangan-penerangan terperinci tentang penderitaan yang berlaku di negara-negara Islam, termasuk pengeboman hospital bersalin di Chechnya, pembunuhan kejam ke atas wanita hamil di Bosnia, dan pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang dilakukan oleh askar-askar Israel di Palestin. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk lagi pernah dirasai oleh masyarakat Islam di zaman dahulu. Para pemerintah ateis atau pun pemimpin terkenal dari pelbagai bangsa telah mendera utusan-utusan yang dihantar kepada mereka dan juga masyarakat yang beriman. Mereka telah mengusir rakyat yang tidak bersenjata dari tanah air mereka dan terus menindas mereka. Salah satu contoh paling jelas ialah Firaun. Sewaktu Firaun menikmati hidup yang penuh mewah, pemerintah Mesir purba ini telah menyebabkan penderitaan ke atas umat Islam di waktu itu, dengan kata lain ke atas kaum Bani Israel. Allah telah menggambarkan penderitaan kaum Bani Israel di dalam al-Quran:
Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Firaun) dan para pengikutnya; mereka mengenakan seksaan berat ke atas kamu, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup. Dan pada yang demikian itu ada ujian-ujian yang besar dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 2:49)
Satu rahsia penting telah diberitahu menerusi ayat ini: Kekejaman Firaun adalah untuk menguji keimanan seseorang. Dengan cara yang sama, Allah mahu menguji umat Islam pada hari ini dengan kekejaman yang sama. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia ini dan juga syurga-Nya yang penuh dengan segala nikmat di Hari Akhirat nanti. Kenikmatan yang tidak terbatas di syurga adalah sebagai balasan ke atas orang-orang beriman yang telah hidup di dalam dunia yang sementara ini. Banyak masyarakat Islam yang telah mengalami kepayahan serupa di zaman dahulu, dan ia diuji lagi ke atas umat Islam hari ini. Allah telah menerangkannya seperti berikut:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)
Seperti yang kita dapat lihat menerusi ayat ini, orang-orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah dengan kesusahan dan masalah, namun Allah sentiasa memberikan bantuan. Di samping itu, seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, pertolongan itu pasti datang segera.

Apabila Moral Islam Menguasai Dunia, Kekejaman Akan Berakhir
Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada dominasi Islam di serata dunia. Terdapat banyak persamaan di antara semua ini dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muham­mad s.a.w. tentang Zaman Keemasan. Memandangkan zaman ini tidak datang di zaman kita, jelaslah bahawa dominasi Islam yang meluas yang diceritakan di dalam al-Quran sebenarnya merujuk kepada Akhir Zaman yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mem­per­sekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)

Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap me­nyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meski­pun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)
Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:
Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)
Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka me­mohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)

Kekayaan Yang Melimpah Ruah di Zaman Keemasan

Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan juga adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)
Banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:
Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)
....Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan me­nurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi' al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)
Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)
Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:
Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)
Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)

Berita Baik Zaman Keemasan

Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.
Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.
Adalah salah untuk berkata, "Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya." Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.
Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk meng­hapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21:18)
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.
Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman
Read More..

Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit Peperangan

Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata te ntang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian ber­pindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya ber­sebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke­pe­ra­wa­nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahu­lu kita mesti mema­hami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa se­telah pembubaran Per­seku­tuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang me­miliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya meng­hembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.

Ketakutan Terhadap "Albania yang Lebih Hebat" dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang buruk.
(Al-Mu’min, 40:51-52)
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak meng­untungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.

Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.
1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang.
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai "tidak diperlukan."
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.
 Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan.
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo

Gambar-gambar yang menunjukkan apa yang sedang berlaku di Kosovo telah dipampang di dada-dada akhbar, namun dunia masih berdiam diri. Pengkebumian beramai-ramai, rumah-rumah dibakar, dan bayi-bayi dibunuh di dalam buaian tidak membawa apa-apa kesan bagi kebanyakan manusia.

Bosnia: Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.

Serb terus melakukan rompakan dan pembunuhan walaupun mereka berundur dari Kosovo. Satu juta umat Islam Kosovo yang melarikan diri hidup dalam keadaan yang sengsara.
Selepas Perang Dunia I, "Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia" telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan negara-negara Ero­pah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herze­govina mengisytiharkan ke­merdekaannya. Walau bagai­manapun, Serb telah menawan negara tersebut dan men­jalan­kan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.

 Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku.  Sebuah perkuburan beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.
Beberapa kes penyeksaan di sana yang dilaporkan oleh umat Islam kepada Kenyataan Tribunal Jenayah Perang Antara­bangsa PBB dengan jelas menunjukkan tahap peng­­aniyaan yang telah di­laku­kan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan Tadic.
Badan kaku yang mati akibat dibunuh dibiarkan begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.
Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya kepada Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah-jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek. Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.
Penyembelihan dan pembersihan etnik yang begitu lama di Bosnia mungkin sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia telah meninggalkan satu tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb mengajukan ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam di Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan mata penduduk dunia.
Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang dikenakan genocide kejam hanya kerana mereka beragama Islam, akan mendapat sokongan secara aktif dan praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap lapisan masyarakat, terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka memulihkan keadaan.
Read More..

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN

MUKADIMAH

Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...
Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.
Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...
Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."
Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)
Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:
...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)

Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan Antara masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.
Read More..