Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 9 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 10

 Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic

Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang Englad ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.

Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.

    Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.

    Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)...dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.


Menurut John Matthews bertajuk Merlyn: Sharman, Prophet, Magician. Menurut penulis, Merlin dilahirkan dari benih syaitan. Iblis sangat tidak berpuas hati dengan keadaan hal ehwal bumi, maka diutuskan syaitan untuk menghamilkan wanita. Dan hasil perhubungan inilah, Merlin dilahirkan dengan keupayaan dan ilmu yang luarbiasa.

Merlin dikatakan seorang yang mempunyai kuasa magis dan sakti. Berkeupayaan memukau manusia melalui pemikiran, seorang dukun, seorang dapat mengubah sesuatu keadaan dan kemudian ke tempat lain tetapi arahan dan seruannya masih tinggal kedengaran di tempat yang ditinggalkan itu

Paras rupa Merlin tidak pernah dijelaskan dengan terperinci melalui mitos ini, dari banyak sumber yang saya rujuki kebanyakan nya adalah tidak sama. Ia seolah-olah adalah gambaran penulis sendiri. Akan tetapi bagi mengaitkan Merlin dengan Dajjal, terdapat satu sumber yang mengatakan Merlin bertubuh besar sedikit dari manusia dan sangat cerdik akalnya. Dia mengabdikan diri di dalam hutan untuk menanti zaman kegemilangannya dan mempersiapkan kemunculannya diangkat sebagai Tuhan/Penyelamat. Harus diingat tulisan sumber ini datangnya dari teks kuno Eropah, ditulis pada abad ke-14, dan penulisnya bukan seorang yang beragama Islam! Namun tidak mustahil jika beliau ada melakukan kajian dalam Al-Quran dan Hadith mengenai Dajjal.

Kisah Merlin juga dikaitkan dengan bongkah Stonehedge, kisah dia adalah guru kepada King Arthur dan adalah tulang belakang kejayaan England serta pembangkit kepada golongan barbarian, Anglo-Saxon. Terdapat ribuan teks yang ditulis mengenai nya untuk membuktikan Merlin adalah wujud dan berkomunikasi dengan manusia.

Sudahkah anda nampak perkaitan puzzle di sini? Stonehedge dan Merlin? Mari kita teruskan mengbongkar misteri makhluk ini.
Read More..

Rabu, 8 Februari 2012

Kisah Muhammad SAW Sejak Lahir Hingga Dilantik Nabi


Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Berikut diringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita.  Maklumat ini dipetik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.

Abdullah dan Aminah
  • ‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.
  • Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan.  Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
  • ‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
  • ‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di.  Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
  • Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
  • Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
  • Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:  14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur, api sembahan orang Majusi terpadam, gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
  • Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur.  Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.
  • Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
  • Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
  • ‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.
  • Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.
Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
  • Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.
  • Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).  Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.  Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
  • Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)

  • Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku.  Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.  
  • Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
  • Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.
  • `Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
  • `Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
  • Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
  • Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau. 
  • Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira.  Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.”  Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya.  Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
  • Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar.  Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
  • Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.  Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing.  Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah.  Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam.  Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
  • Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut.  Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah.  Maklumat ini diperolehi dari Maysarah.  Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju.  Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
  • Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.
  • Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH.  Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar.  Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Disarankan tuan/puan untuk mendapatkan kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci.
 
Beberapa kisah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ketika di Makkah boleh dibaca di sini, insyaALLAH: 
  1. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 1:  {LINK}
  2. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 2:  {LINK}
  3. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3:  {LINK}
  4. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4:  {LINK}
Mudah2an rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, insan yang telah banyak berjasa kepada kita akan semakin subur dan diikuti dengan semangat untuk menyambung perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkan segala sunnah2nya.
 
Shahmuzir Nordzahir,
Read More..

Selasa, 7 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 9

                    Cao Dai

    Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.

Di dalam Al-Quran jelas mengatakan bahawa Tuhan yang wajib disembah hanyalah satu. Dan tiada tuhan lain selainnya. Di dalam surah Al-Ikhlas 1-4:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


Allah telah berfirman bahawa hanya ia yang layak disembah dan hanya padanya sahaja tempat kita meminta sebarang hajat. Dan ia tidaklah mempunyai sifat seperti manusia yang boleh beranak dan diperanakkan. Lihat wahai penganut Kristian, cuba kaji balik agama anda. Mungkin anda akan menemui cahaya kebenaran jika anda betul-betul buka minda dan gunakan akal yang dikurniakan.

Saya tambah petikan dari Kitab kamu yang mengatakan Tuhan itu esa. Mungkin ayat-ayat ini tidak sempat diubah oleh tangan-tangan ghaib yang telah mengubah Injil asal.

    Now this is eternal life: that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent.
    John 17:3

    Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.
    Yohanes (John) 17:3

Ini bukan ayat rekaan saya, ini adalah ayat kitab kamu sendiri! Kalau tidak percaya anda boleh buka sendiri kitab kamu dan lihat sendiri. Ayat di atas dengan jelas mengatakan hanya Allah tuhan yang benar dan Nabi Isa a.s itu adalah utusan Allah sahaja, bukan TUHAN!

    I am the Lord, and there is no other; besides me there is no god. I arm you, though you do not know me,
    so that they may know, from the rising of the sun and from the west, that there is no one besides me; I am the Lord, and there is no other.
    Isaiah 45:5-6

    Bahwa Akulah Tuhan dan tiada lain lagi; kecuali Aku tiadalah yang ilah adanya, maka Aku sudah mengikatkan pinggangmu, meskipun engkau tiada mengetahui akan Daku.
    Supaya dari pada masyrik sampai kepada magrib diketahui orang, bahwa kecuali Aku tiada ilah lagi, bahwa Akulah Tuhan dan tiadalah lain,
    Yesaya (Isaiah) 45:5-6


    Hear, O Israel: The Lord is our God, the Lord alone.
    Deuteronomy 6:4

    Dengarlah olehmu, hai Israel! sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya.
    Ulangan (Deuteronomy) 6:4


Tidakkah kamu mengkaji kitab-kitab kamu? Jika kamu rajin mengkaji, kamu akan menemui kebenaran yang mereka sembunyikan dari kamu! Carilah cahaya kebenaran, saya doakan kamu segera menemuinya sebelum terlambat.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
Al-Imran:64
Read More..

Isnin, 6 Februari 2012

Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti.



Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar...

Bila ikut kata nafsu, semua nya kita mahu, iman pun kelu..bila ikut kata hati, semua kita turuti, lupa tentang mati...namun..bila ikut kata AKAL..kita akan sedar tiada yg kekal...kecuali: ALLAH YANG MAHA PENCIPTA LAGI MAHA PERKASA.... "
 
Read More..

Ahad, 5 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 8

Kod #7: Triniti agama pagan

Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.

Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.

Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.

Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.


"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya)."
(Quran, al-Isra: 85)


Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.

Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).

Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya penrnyataan bahawa TUHAN ITU SATU:

EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.

ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.

ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.

ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.

ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.

Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.

Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.
Read More..

Sabtu, 4 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 7

Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

    Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.

    Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).

    Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.

Saya sudah menulis artikel tentang obelisk ini sebelum ini. Jangan terkejut jika di negara kita juga turut sama mempunyai binaan Dajal ini. Untuk artikel lanjut, klik sini!


    Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

    Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.

    Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.

    Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.

    Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?

    Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.

Mengikut Judith Flanders, Mysteries Of The Ancient World, halaman 31 menyatakan:

    "It was hardly two centuries ago that sightline to the midsummer sunrise was first detected at Stonehenge. It was not until nineteenth century that similar alignments were noticed in other stone circles. And it is only in the last decade that other orientations have been confirmed, unexpectedly to the cardinal points of nort, east, south and west, directions that remain teasingly unexplained. How they were achieved in times when there was no pole star in unclear.""

    Lebih kurang dua kurun dahulu, buat pertama kalinya garisan yang berjajaran dengan terbitnya matahari musim panas dikesan pada susunan batu Stonehenge. Hanya pada kurun ke-19 jajaran yang sama dikesan wujud pada lingkaran batu lain. Dan hanya pada abad akhir bentuk orientasinya disahkan, di luar jangkaan ia menunjuk tepat ke arah utara, timur, selatan dan barat, arah yang sehingga kini membingungkan para pengkaji. Bagaimana pembinanya mampu melakukannya sedangkan tidak arah kompas bintang pada waktu itu."

Satu lagi fakta mengejutkan, dipetk dari Reader's Digest, Strange Stories, Amazing Facts II, halaman 341.

    "Researcher in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence to blind springs also emerged...Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with 'blind springs' where water wells up but not break the surface."

    "Para pengkaji Amerika secara bersama mendedahkan bahawa pembentukan jaringan garisan lurus itu, artifak kaum Indian dan binaan batu agam jelas dibina dan diletakkan oleh manusia dan bertemu dengan mata air yang terbenam...Para pencari air disokong dengan kajian geologis menemui bahawa garisan putih dan lokasi purba bertemu dengan mata air yang terbenam."

Ada sesuatu yang terlindung yang perlu difahami oleh kita semua. Mengapakah bongkah-bongkah ini dibina di atas jajaran ley dan blind springs? Menurut Alfred Watkins yang menemui fenomena ini, perkataan ley membawa maksud 'garam' di dalam bahasa purba. Asal perkataan itu dipercayai diperolehi sebagai denai (jalan) pedagang mengangkut garam. Denai itu bukan hanya menjadi laluan malah mempunyai Earth force (kuasa Bumi).

Menurut kajian mereka, para dowser menggunakan denai ini bai mencari air. Ini bermakna ley itu mengarah ke punca mata air yang terbenam atau dikenali sebagai blind springs. Teori Watkins telah disahkan oleh pakar matematik dan jurutera Alexander Thom pada tahun 1960. Beliau mengatakan bahawa lokasi semua bonglah batu di Eropah khususnya di Britain adlah berjajaran dengan fenomena astronomi dan berakhir dengan tempat terbitnya sumber mata air - Blind springs.

Apa Makna Semua Ini?

Perkara ini bukan suatu kebetulan. Kedudukan bongkah batu ini diletakkan dengan tujuan yang telah dijangka dan satu perancangan yang tersembunyi. Kembalikan ingatan kita kepada hadith Nabi S.A.W:

"Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di Bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid At-Thur dan Masjid Aqsa."
(Riwayat Imam Ahmad, sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26)

HAARP ( High Frequency Active Auroral Research Program)

Jadi, KEMUNGKINAN BESAR DAJJAL AKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI HAARP UNTUK MENGELUARKAN AIR SEWAKTU KEMARAU TIGA TAHUN MENJELANG KEDATANGANNYA. INI MEMBANTU 'TAYANGAN PERDANANYA' UNTUK MEMPERHAMBAKAN UMMAT!
Read More..

Jumaat, 3 Februari 2012

KISAH DAJJAL BAHG 6

 Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun

    Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.

    Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.

    Manakala teori penulis pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.

Kenapa binaan piramid ini ada di kebanyakan tempat-tempat lokasi tamadun purba? Tidakkah anda terfikir ia sudah pasti diilhamkan oleh orang yang sama. Seakan tanda dia telah menjelajah dan menyesatkan ketamadunan itu.
Read More..

Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah SAW


Bismillah walhamdulillah. Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad, kama sollaiTA `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim. InnaKA Hamidun Majid.

Berikut ini saya petik beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. 

Hadith-hadith ini telah saya salin dari kitab yang sangat terkenal iaitu kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Kitab ini yang menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.” (HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)
Hadith 4:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertbuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.” (HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Hadith 5:

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.” (HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadith 6:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 7:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
  • "Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 8:

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
  • “Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar. Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya putih kemerah-merahan.Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya). Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat. Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya. Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak. Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit. Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”(HR at-Tirmidzi)

Itulah antara beberapa hadith yang dimuatkan di dalam Syama’il Muhammadiah yang sempat saya salin berkenaan rupa bentuk fizikal Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Nombor-nombor hadith yang saya sebut di atas tidak mengikut susunan seperti dalam kitab tersebut. Ada lagi beberapa hadith yang lain…

Amat digalakkan tuan/puan memiliki buku ini kerana di dalamnya banyak lagi riwayat hadith yang menceritakan cara kehidupan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam seperti bagaimana Nabi menyikat rambutnya, rupa pakaiannya, cincinnya, serbannya, cara Rasulullah makan dan minum, wangian Rasulullah, cara Baginda berbicara, bergurau, tertawa, cara Rasulullah berbekam dan lain-lain lagi.

Semoga ALLAH mengurniakan rasa cinta dan upaya kepada kita semua untuk ikut sunnah-sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam. La haula wa la quwwata illa biLLAH.

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad.

Shahmuzir bin Nordzahir,
www.muzir.wordpress.com
Read More..

Rabu, 1 Februari 2012

UMNO Anti Israel Dan Yahudi? Biar Betul....Jangan Otak Kita Dilembukan


APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar?  Kes liwat, hancur lebur.  Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa.  Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu.  Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.


 Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang.
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel.  Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar.  `Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani.  Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar.  Sebab apa?  Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.  Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh.  Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita?  Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya.  Umno anti Israel?  Jangan sampai termuntah ok.

Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel.  Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai.  Mengapa kerajaan berdiam diri?  Fitnahkah Chegu Bard?  Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu.  Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno). 

Oleh Zaini Hassan

KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
/Sumber:  Chegu Bard
"
 
Read More..

KISAH DAJJAL BAHG 5

Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?

Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.

Menurut pandangan perubadi saya, filem 2012 itu diwujudkan untuk menimbulkan ketakutan di dalam fikiran manusia yang akan terjadi sesuatu pada 2012. Apa yang ditunjukkan di dalam filem itu kemungkinan besar tidak akan berlaku sebaliknya akan berlaku sesuatu yang besar (perang atau peristiwa lain) yang akan menyebabkan masyarakat dunia terdesak untuk menerima bantuan. Dan ketika itulah akan datang penyelamat membawa berita gembira tetapi mempunyai helah di sebaliknya, jika kita tidak menerima bantuan itu, mungkin hidup kita akan terseksa. Inilah permainan Dajal untuk membuatkan manusia menerimanya sebagai Tuhan.





    Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.

Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?

Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.

    Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua
    kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi

    Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “...pemerintah akan kembali.....penghujung waktu...” – maklumat disusun daripada The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.

    Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.

Empayar China juga tidak terlepas dari mendapat kunjungan 'pemerintah agung' ini. Dan dia akan kembali di akhir zaman nanti. Horus, Maharaja Shi Huangdi? Mengapa mereka seakan mempunyai kaedah yang hampir sama? Adakah mereka ialah orang yang sama? Simpan 
dulu jawapan anda, tunggu sehingga ke akhir artikel ini.
Read More..