Pages

Search This Blog

Followers

like Batu

Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 7 Mac 2011

Di Mana Kan Kucari Ganti MTV

 

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya
Read More..

Kuasa Rakyat Suara Keramat


Kanak-kanak juga berpesta setelah berjaya menghalau Firaun Mesir Hosni Mubarak dari tampuk kuasa

Kejayaan rakyat Mesir menghalau Hosni Mubarak turun dari takhta Presiden mendapat pujian satu dunia termasuklah di Malaysia..Itulah.. Kuasa Rakyat...Suara Keramat..

Untuk itu bersempena kemenangan rakyat Mesir..hati ini ingin mengajak kembali ke belakang zaman ketika di era 1970an..dimana ketika itu Kuasa Rakyat Suara Keramat berkumandang diudara membela golongan rakyat miskin nun jauh diutara sana..semoga paparan ini dapat memberikan satu pengajaran kepada golongan muda yg sememangnya belum lahir ketika itu (termasuklah aku)...bahawa Kuasa Rakyat Malaysia setara hebatnya seperti mana kini yg berlaku ke atas rakyat Tunisia dan Mesir..

Apa yang akan dipaparkan nanti satu peristiwa sejarah yg telah tertulis dan perlu dikaji oleh golongan muda masa kini..

Mengapa kita perlu mengkaji sejarah ..? Kerana sejarah membentuk masa kini, maka sekiranya kita salah memahami sejarah lampau, besar kemunkinan kita salah faham mengenai masa kini kita sendiri.Kesanya mungkin membawa kepada tindakan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh sejarah hari ini.- Afareez Abd Razak Al-Hafiz



Pada 22 dan 25 November 1974,beribu-ribu orang petani miskin mengadakan perarakan lapar kerana membantah kenaikan harga barang keperluan harian dan kejatuhan harga getah yang mereka hasilkan.Mereka juga hendak menarik perhatian terhadap berita bahawa beberapa orang anak petani miskin menjadi korban kelaparan.Khabarnya ,kanak-kanak ini keracunan setelah makan ubi gadung,yang tidak dibasuh dengan bersih ,oleh kerana ibu bapa mereka kekurangan wang untuk memberi makanan.

Walaupun perarakan lapar itu menjelmakan masalah rakyat yang serius,namun menteri,pegawai dan media semuanya cuba hendak menyembunyikan daripada pengetahuan umum.Tindakan mereka tidak diambil hirau oleh pihak berkuasa.Semuanya membisu seribu bahasaterhadap hal-hal yang ditimbulkan .akan tetapi,masakan bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru.Suratkhabar Tionghua melaporkannya sedikit,akan tetapi tidak ramai yang membaca.Orang Melayu tidak tahu sama sekali mengenainya.

Satu hari,seorang pelajar dari Kedah datang ke rumah memberitahu tentang perarakan di Baling itu.Aku ceritakan kepada beberapa orang pemimpin pelajar di Universiti Malaya(UM).Mereka pergi memastikan cerita tersebut, dan selepas ini membuat keputusan menunjukkan perasaan ata berdemo,untuk menarik perhatian umum terhadapnya.



Mula-mula siswa di UM berdemo.Kemudian berjangkit ke Institut Teknologi MARA (ITM) Universiti Kebangsaan (UKM) di Kuala Lumpur, Universiti Sains (USM) di Pulau Pinang dan Politeknik Ungku Omar di Ipoh pula.Para pelajar mulai sedar akan erti peristiwa di Baling itu.Dengan melancarkan tunjuk perasaan,mereka berharap agar dapat ,menarik perhatian umum dan kerajaan mengambil langkah segera bagi membaiki keadaan rakyat tani yang miskin itu.

Kebetulanya,semaa petani Baling menjerit suara penderitaan mereka,Parlimen yang baru dipilih mengambil keputusan menaikan elaun bulanan anggotanya daripada RM1000 kepada RM1500.Ini seumpama menyiram benzin ke atas kemarahan para pelajar.Mereka bukan saja bertambah kuat menuntut pembelaan hak rakyat bahkan bertambah lantang membantah tindakan Parlimen.



Apabila mereka mendapati tindakan dalam lingkungan kampus masing-masing tidak berkesan, para pelajar ini mengambil keputusan berkumpul di Kuala Lumpur untuk mengadakan satu rapat raksaskadi tengah-tengah ibu kota itu sendiri.Mereka berhimpun di Padang Kelab Selangor pada 3 Disember 1974.Rapat itu disertai pelajar daripada hampir semua pusat pendidikan tinggi, terdiri daripada berbagai-bagai kaum ,sungguhpun majoritinya Melayu.Mereka membuktikan kemampuan tenaga pelajar bersatu dan bertindak memperjuangkan tuntutan dan hak rakyat tertindas dibumi mereka berpijak.

Rapat yang bermula secara aman menjadi kelam-kabt oleh sebab tindakan liar pihak polis mengepung pelajar-pelajar itu dan menghujani mereka dengan bom gas pemedih mata .Sebahagian besar pelajar bertempiaran lari,kebanyakan menuju ke masjid dan hanya berkumpul dihadapanya.Keadaan bertambah buruk apabila pihak polis menembak gas pemedih mata ke arah pelajar di luar dan dalam masjid itu...
Read More..

Ahad, 6 Mac 2011

Emelda, Farah Diba, Elena, Laila dan Rosmah

Presiden Tunisia, Zine el-Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat. Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri keluar negeri. Gaya hidup Laila yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya seorang presiden.
Hari ini apabila isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiba-tiba menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia kerana berperanan ‘lebih sudu dari garpu’ dalam kepimpinan kerajaan 1Malaysia, ia mengingatkan kita kepada rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya


ZAMSHA telah menghuraikan watak Laila dalam Harakah keluaran lalu. Saya ingin menyambung dengan beberapa wanita pertama lagi. Antaranya Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.
Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, Emelda juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).
Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?
Bersama suaminya Marcos, Emelda sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli-belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. Setiap kritikan rakyat terhadap tingkahlakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.
Selepas kejatuhannya, Emelda menjadi popular dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri dictator Rumania Nikolai Ceausescu. Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. Pada Jun 1973 Elena muncul sebagai orang kedua terpenting dalam hairaki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu-isu antarabangsa.
Pada tahun 1980, Elena menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. Senarionya sama dalam pemerintahan mana-mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.
Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai Ceauşescu. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. Elena semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.
Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana-mana diktator, Farah Diva muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.
Farah Diba seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa-apa program yang selaras dengan kehendaknya. Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.
Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeini 1979 berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Laila, Emelda, Elena atau Farah Diba adalah antara nama-nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.
Menarik juga untuk kita persoalkan apakah sifat-sifat tersebut ada pada ‘wanita pertama Malaysia’ Rosmah Mansor? Hingga setakat ini dialah pemegang watak Perdana Menteri apabila menggantikan Perdana Menteri sewaktu sakitnya, Menteri Luar apabila mengetuai delegasi negara ke beberapa buah negara luar, Menteri Hal Ehwal Wanita dengan projek Permatanya dan Menteri Pertahanan apabila merasmikan program PLKN. Adakah Rosmah seorang pemboros membelanjakan wang negara? Entahlah, rakyat lebih tahu.
Cuma bezanya setakat ini suaminya Najib belum menyerlahkan watak diktator tulen. Selagi adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mengurung manusia tanpa bicara, selagi tiada kebebasan media sepenuhnya, selagi jentera kerajaan disalahgunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik BN; bermakna sifat diktatornya tetap ada, namun mungkin ia belum setaraf para diktator dunia.
Soalnya, apakah rakyat harus menunggu sampai Perdana Menteri Malaysia menjadi diktator tulen baru rakyat berkira-kira untuk menyahkan Najib dan Rosmah dari persada kuasa? Masa itu sudah terlambat. Jadi jangan sampai negara huru hara macam di Tunisia dan Mesir baru nak bertindak. Bertindaklah segera melalui proses demokrasi yang aman.
Read More..

Sabtu, 5 Mac 2011

Pemilik Facebook,Mark Zuckernberg Menawarkan Ganjaran Tentera Yang Membunuh Rakyat Palestin

Read More..

Dr Asri : Rejim Yang Zalim Mesti Ditukar!

Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:

“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Rakus
Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi.
tunisia_first_lady_leila_ben_ali.jpg
First Lady Tunisia - Leila Ben Ali
Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.
Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.
Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!
Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.
Bohong
Para pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).
Salah Sasaran
Malang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!.
mubarak-image.jpg
Gambar Hiasan
Hari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?
Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).
Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).
Demonstrasi Aman
Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.
Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.
Read More..

Jumaat, 4 Mac 2011

Apakah beras pula akan 'shortage'??

Yang mula-mula panik bila dapat berita ini ialah gurkah-gurkah politik di'port'. Mana tak panik sebab satu hari kita kena melantak benda ni sampai tiga empat kali, jadi kalau lah benda ni akan ada 'shortage' nanti, tak panik kah??! * lu pikir lah sendiri..!

Yang pastinya seorang gurkah politik di'port' yang merupakan seorang 'independent consultant' a.k.a 'broker' bebas telah mendapat satu 'job' untuk mencari gudang-gudang kosong untuk disewa, dan kawan yang suruh dia cari gudang-gudang kosong tu pula merupakan seorang peniaga yang berurusan dengan barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan minyak. Lalu keluarlah kalam "Depa nak stok beras".

Sekerat dua kawan-kawan gurkah-gurkah politik di'port' yang ada di BERNAS telah memberitahu yang Malaysia melalui agensinya BERNAS telah menggandakan pembelian beras dari Thailand dan Vietnam untuk membuat simpanan stok sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan akan berlaku krisis makanan global.

Kawan yang berurusan dengan beras ini pula ialah jenis yang berniaga atas angin. Bila dapat tahu yang sesuatu barang keperluan akan naik, dia akan mula membeli dalam kuantiti yang banyak dan simpan seketika. Jadi bila ada berlaku 'shortage' barangan, time itu lah dia akan tolak barang dia.

Jadi kesimpulanya ialah gurkah-gurkah politik di'port' berharap supaya pihak berwajib perlu berjaga-jaga dan buat pantauan-pantauan yang perlu supaya tidak ada orang yang akan cuba mengambil kesempatan.
Read More..

Khamis, 3 Mac 2011

Cerita Wang (Rahsia Sebenar) - Bahagian 1

Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. "belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)" biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.



Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.

(klik sini untuk lihat video)

Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi", akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.

(klik sini untuk lihat video)

Jijiknya Riba' itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba' ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba'. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wil*****. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'.

Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik... "ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya.." Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" dihati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, "Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari



Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan "Federal Reserve Note" iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)", dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.

Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.
Read More..

Rabu, 2 Mac 2011

Mesej Revolusi Mesir Kepada Penguasa.

"Biasanya sukar untuk manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa atau insiden yang berlaku pada pihak lain. Kejatuhan Husni Mubarak belum tentu mengendurkan jerutan pemerintah terhadap kebebasan dan keadilan di negara masing-masing. Presiden atau Perdana Menteri lebih suka mengambil sikap berhati-hati sambil bertindak mengawal situasi. Mereka tidak akan bermurah hati untuk melunaskan kehendak rakyat , khususnya kehendak pihak pembangkang dalam negara.
Mereka bersikap demikian kerana berandaian situasi, pemasalahan dan layanan kepada rakyat berbeza. Perdana Menteri dalam respon awalnya menolak revolusi rakyat berlaku dalam negara dengan beralaskan slogan ‘rakyat didahulukan’. Seolah-olahnya, Mesir tidak mendahulukan rakyat; yang mendahulukan rakyat ialah Malaysia sahaja. Benar Mesir tidak mempromosikan 1Mesir, “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Namun apa yang Husni Mubarak lakukan dan dakwakan selama ini ialah segala perancangan kerajaannya adalah dalam kerangka membangunkan hidup rakyat Mesir. Cuma beliau tidak berkata, “rakyat didahulukan.”
Dalam usaha membangunkan kehidupan rakyat Mesir, Husni Mubarak menimbun kekayaaan untuk diri sendiri. Nepotisme dan kronisme diamalkan. Rakyat terus dicengkam dengan masalah kenaikan harga barang, kos hidup yang melambung sementara gaji kakitangan kerajaan dan pendapatan rakyat tidak meningkat selaras dengan kos sara hidup.
Di Malaysia, pemimpin kerajaan bercakap  ke sana sini dengan projek berbilion ringgit. Namun rakyat semakin tercabar dengan kenaikan harga barang. Maka rakyat mula mempertikaikan konsep rakyat didahulukan apabila rakyat terasa merekalah yang kena dahulu. Sehingga kini, rakyat masih mampu menyerap tekanan. Keadaan ekonomi tidak sekronik di Mesir. Namun senario semasa memperlihatkan arah ke mana titik nokhtahnya akan tertuju. Dengan prestasi ekonomi negara sekarang, kita dapat menjangkakan akan tiba saatnya rakyat akan menghumbankan pemerintah seperti Mubarak dan konco-konconya.
Selain itu, ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem demokrasi yang diamalkan oleh penguasa semakin membuak. Rakyat akan menilai sejauh mana adilnya pilihan raya seterusnya. Bagaimanakah SPR berperanan? Bagaimanakah keadilan media dipersembahkan kepada rakyat? Andai kata rakyat terasa bahawa mereka diperbodohkan melalui demokrasi ala Mesir, maka tidak mustahil mereka akan bangkit menuntut hak politik mereka.
Kerajaan BN dan SPR boleh melakukan apa-apa sahaja mengikut takrifan dan cita rasa mereka selagi rakyat boleh bersabar. Ya, rakyat Malaysia tinggi tahap kesabaran, sederhana tahap keberanian dan rendah semangat jihadnya.  Seandainya penguasa merasakan tahap-tahap itu akan terus kekal begitu, maka selayaknyalah kerajaan terus melayan rakyat seperti hari ini.
Read More..

Selasa, 1 Mac 2011

BN mirip Rejim Hosni, Ada potensi digulingkan ?

 PARIT BUNTAR, 13 Feb : Suara rakyat Mesir akhirnya telah berhasil menggulingkan sebuah rejim setelah 18 hari berdemonstrasi di jalan raya dengan kehilangan ratusan nyawa warga marhein disebabkan keangkuhan seorang diktator menggunakan polis sebagai perisai.
Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,” kata ADUN Titi serong, YB Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya, semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.
Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.
Selain itu beliu juga berpandangan bahawa beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.
“Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini” jelasnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengulas revolusi yang telah berlaku di Mesir tidak mengambil masa yang lama seperti kerana kepesatan teknologi maklumat dalam era ICT.
“BN dinasihati jangan bertingkahlaku seperti Hosni dalam hal memerintah, rakyat tidak boleh ditipu, maklumat terkini negara mudah dicapai dengan kemudahan internet.” Ujarnya.
Dalam pada itu Khalil menyatakan, Berdasarkan rekod BN tidak pernah adil kepada rakyat dalam banyak hal serta isu, Khalil mengingatkan bahawa PRK di Merlimau dan yang terbaru akan berlaku di Kerdau merupakan suara rakyat yang wajib didengari oleh kerajaan.
Beliau menggesa rakyat perlu menyatakan suara protes terhadap BN dengan mengundi Pakatan Rakyat bagi memastikan gelombang Malaysia baru yang lebih selamat dapat diteruskan hingga menjelang PRU 13.
WASSALAM,
Read More..

Awie Cinta Kristal OST HKLBR 2010

Read More..